Membaca al-Quran merupakan salah satu amalan yang boleh dilakukan ketika beriktikaf. Kredit foto: Suara Muslim
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya beriktikaf di dalam masjid sepanjang 10 bulan terakhir bulan Ramadan di mana fadilatnya lebih banyak berbanding hari-hari yang lain.
Bagi mereka yang ingin melakukannya, berikut adalah perkara-perkara berkaitan iktikaf seperti dipetik daripada risalah Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
1. Syarat sah
Islam, berakal, tidak berjunub serta bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
2. Niat
Tidak sah iktikaf jika tidak dimulakan dengan niat.
Iktikaf mesti dilakukan di masjid. Kredit foto: Tanwir.my
3. Masjid
Iktikaf mesti dilakukan di masjid.
4. Waktu bermula iktikaf
Sesiapa yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari hari ke-20 Ramadan.
5. Waktu berakhir iktikaf
Selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan.
6. Perkara yang membatalkan iktikaf
Keluar daripada masjid tanpa hajat dengan sengaja, murtad, hilang akal kerana gila atau mabuk, datang haid atau nifas dan jimak.
7. Perkara yang sunat dilakukan
Solat sunat serta membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa. Begitu juga dengan menghadiri majlis ilmu dan membaca kitab hadis, tafsir dan sirah Nabi SAW.
8. Perkara yang harus dilakukan
Keluar dari masjid kerana hajat, mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit, mandi, memotong rambut atau kuku, memakai pakaian yang bersih dan berwangi-wangian.
Semoga kita semua bertemu dengan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. - CARI |