CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Kalau Boleh Berjimat, Kenapa Perlu Membazir Di Bulan Mulia?

24-5-2019 10:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3720| Komen: 14|Original author: Oleh: natrahn


Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia, tetapi masalah pembaziran makanan sering berlaku setiap tahun pada bulan penuh berkat ini. 

Pada 2018, sebanyak 20 tan makanan dibazirkan di Perlis sahaja ketika di bulan Ramadan. Secara purata, sebanyak 270,000 tan makanan dibazirkan pada bulan Ramadan setiap tahun menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Bulan Ramadan sepatutnya mendidik manusia bersikap sederhana, berjimat cermat dan tidak melampaui batas, namun sebaliknya yang berlaku. Bulan Ramadan juga kita perlu mengawal nafsu, tetapi rakyat Malaysia berbelanja mengikut nafsu dengan membeli atau memasak makanan untuk berbuka puasa secara berlebihan. Manakala, di tempat lain ada yang terpaksa makan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.



Ihsan Google - Kanak-kanak Syria terpaksa memakan apa sahaja untuk mengisi perut

Sumbangan makanan kepada golongan gelandangan semasa bulan puasa juga sangat berlebihan sehingga makanan itu akhirnya dibuang begitu sahaja. Hal ini dikongsikan aktivis masyarakat terkenal, Syed Azmi menerusi hantaran beliau di laman Facebook.




Orang lain juga perlu dibantu

Perkara ini mendapat maklum balas salah seorang netizen. Beliau mencadangkan agar sumbangan makanan ini boleh diberikan juga kepada pelajar-pelajar di IPTA. Mereka juga merupakan golongan yang perlu dibantu kerana lazimnya terdapat ramai golongan pelajar yang kurang berkemampuan.





Baik makanan diagihkan kepada individu bekerja...

Manakala, netizen lain berpendapat, sumbangan makanan juga boleh diberikan kepada pekerja awam mahupun swasta yang tidak sempat berbuka atau menghadapi kesukaran untuk membeli juadah berbuka mahupun pekerja asing yang menghadapi kekangan kewangan ketika berada di perantauan.



Pelbagai kempen dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan pembaziran ini. Sebenarnya, pembaziran ini berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri yang tidak menghargai makanan. Ini kerana, walaupun pelbagai kempen kesedaran dibuat oleh pelbagai pihak, pembaziran makanan tetap berlaku malah meningkat saban tahun. 

Pendidikan awal bermula dari rumah. Mari kita cuba tip berikut untuk mengelakkan pembaziran di bulan ramadan khususnya dan bulan-bulan lain amnya pada tahun ini dan pada masa akan datang. 


1: Masak  sendiri di rumah
Sila rancang menu masakan untuk seminggu dan senaraikan barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Elakkan membeli barangan ketika sedang lapar kerana dikhuatiri terbeli barangan yang tidak perlu. Masak sendiri lebih jimat dan bersih.


Tips 2: Simpan lebihan makanan dengan elok dan selamat
Simpan lebihan makanan dengan teratur samada secara penyejukan, pembekuan atau penyimpanan pada suhu bilik. Labelkan nama makanan dan tarikh makanan tersebut mula disimpan. Boleh rujuk laman web Kementerian Kesihatan untuk maklumat kaedah penyimpanan makanan dengan lebih lanjut.


3: Rancang pembelian sebelum ke bazar Ramadan
Sekiranya tidak sempat masak sendiri, bazar Ramadan sememangnya pilihan terbaik yang kita ada. Rancang perbelanjaan dengan betul semasa ke bazar. Hadkan pembelian dan bawa duit secukupnya sahaja. Satu makanan berat dan satu jenis kuih sudah memadai.


4: Sedekahkan makanan kepada masjid

Makanan yang masih belum dimakan boleh disedekahkan ke masjid. Boleh dibawa ketika solat sunat tarawikh. Dapat pahala sekali.


5: Masak semula makanan lebihan
Makanan lebihan semasa berbuka boleh dimasak semula untuk dimakan ketika bersahur. Anda boleh mengolah semula makanan lebihan tadi menjadi menu lain. Contohnya ayam goreng/ayam panggang yang dicarik-carikkan boleh dijadikan bahan tambahan untuk memasak nasi goreng. 

Semoga amalan ini dapat mengelakkan pembaziran di bulan mulia ini khususnya dan juga dapat menambahkan amal jariah kita. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 10:46 AM
hari tu bawak RM10 ke pasar ramadan
dapat kuih, popia basah je..
Quote Intanmahsuri 24-5-2019 11:23 AM
Simpan dan masak semula makanan berlebihan. Terasa syahdu tengok makanan masuk tong sampah sebenarnya - betapa pembaziran nya.

Kalau makan kat luar tak habis - aku tapau bawak balik rumah.

Quote sufi^_^ 24-5-2019 11:30 AM
Yg tak sempat masak for berbuka I paham. Tapi yg boleh masak kat rumah I tak paham apa motif hari2 nak kena beli2 kat bazir remdan, lepas tu makan tak habis masuk tong sampah je. Susah benor ke masak ni? Dah tu memang kalau bulan remdan hari2 nak kena makan spesial ke, makan biasa2 tak boleh ke?
Quote sufi^_^ 24-5-2019 11:30 AM
Intanmahsuri replied at 24-5-2019 03:23 AM
Simpan dan masak semula makanan berlebihan. Terasa syahdu tengok makanan masuk tong sampah sebenarny ...

Iye, ada manusia kat atas muka bumi ni mati tak makan. Kita selamba je buang makanan tak habis makan.
Quote sufi^_^ 24-5-2019 11:32 AM
I setuju kalau instead of bagi kat gelandangan, bagi kat student uni. Memang ramai yg ikat perut, nak2 anak2 orang susah. Ramai yg duit elaun duit biasiswa duit pt dorang hantar balik kampung sebab tak sanggup tengok mak ayah tak makan.
Quote natrahn 24-5-2019 11:38 AM
EvieWanKenobi replied at 24-5-2019 10:46 AM
hari tu bawak RM10 ke pasar ramadan
dapat kuih, popia basah je..

tu lah kat bazar mahal ... beli popia basah kat bazar Putrajaya, isi lobak + sos + kacang tanah.. selalu kan isi sengkuang, taugeh, udang..tabur barang goreng..tu semua dah takde... tipah tertipu
Quote coolie83 24-5-2019 12:28 PM
ayat popular wa dengar semalam "benda boleh membazir, buat pe berjimat"

ahahaha
Quote Artemesiaa 24-5-2019 12:55 PM
Bukan tak boleh berjimat tapi napsu makan mereka kuat tu yang akhirnya ada yang terjebak beli macam2 tapi tak dimakan tong sampah yang kenyang
Quote whadda 24-5-2019 01:02 PM
bulan puasa tahun ni sehari je ke bazar.. sehari tapau kedai.. lain2 masak sendiri..  puas pon puas.. ade lebih boleh panas kan buat sahur esok pagi.. tak macam beli.. kul 10 malam dah basi
Quote nononcrux 24-5-2019 03:45 PM
kalau dulu ye, mmg sgt membazir pergi bazar habis hampir RM50 1 day.. dan esok 30 dan esok 40.. tapi sekarang tak lagi, tahu ape yang nak mkn then balik.. Alhamdulillah kenyang smpai ke sahur
Quote natrahn 24-5-2019 04:05 PM
coolie83 replied at 24-5-2019 12:28 PM
ayat popular wa dengar semalam "benda boleh membazir, buat pe berjimat"

ahahaha

kannn ahahahah... tapi membazir tetap amalan syaitan. syaitan dah kena ikat. kadang tu kita plak jadi setan tak sedo diri beli itu ini. Rasa cam beli sikit tetiba dah sampai  rumah baru sedor diri banyak huhuhu
Quote tagas 25-5-2019 11:42 AM
dah akhir zaman

nafsu menguasai akal
Quote Foxey 25-5-2019 03:07 PM
Kat kampung mahupun kat KL, memang no. 1 tu adalah pilihan - masak sendiri. Kat kampung, kalau pun membeli, memang beli kuih-muih cukup2 je (kadang tak cukup, tak puas makan ) sebab mak akan marah kalau membazir
Quote rje 25-5-2019 04:25 PM
Bawak rm10 dapat roti john kubis lebih je

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033972 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top