CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Heret TNB Ke Mahkamah Jika Gagal Beri Layanan Adil Isu Bil Melambung

29-5-2019 02:48 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6597| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

TNB membuka kaunter khas bagi menyiasat aduan pelanggan tentang caj penggunaan elektrik yang naik mendadak. Kredit foto: TNB Careline


Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh dihadapkan ke mahkamah sekiranya gagal menyelesaikan aduan orang ramai berhubung bil elektrik terkini mereka yang tiba-tiba naik mendadak.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, langkah itu adalah pilihan terakhir yang boleh diambil oleh Suruhanjaya Tenaga sekiranya syarikat utiliti nasional tersebut tidak memberi layanan yang adil kepada pelanggan-pelanggan terbabit.

Beliau menyarankan agar orang ramai yang berdepan masalah itu menyalurkan aduan mereka kepada cawangan-cawangan TNB yang berdekatan terlebih dahulu.

"Yang penting, pengguna-pengguna pergi ke TNB, kalau tak dapat, datang ke Suruhanjaya Tenaga untuk membuat aduan.


"Kita akan memastikan semua orang didengari dan untuk saya, TNB perlulah bertanggungjawab," katanya seperti dipetik daripada rakaman video sidang media yang disiarkan dalam laman Facebook beliau pada 28 Mei.

Yeo Bee Yin. Kredit foto: Facebook


Baru-baru ini, ramai pelanggan TNB di seluruh negara berang apabila mendapati caj penggunaan elektrik mereka dalam bil elektrik terkini meningkat berlipat ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Bee Yin menambah, ST diberi masa 14 hari untuk menyiasat isu tersebut dan setakat ini, pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan TNB bahawa kenaikan itu adalah berpunca daripada tempoh bil selama 38 hari.

Beliau turut menjelaskan, kenaikan caj penggunaan elektrik tiada kaitan dengan kenaikan tarif elektrik atau pemasangan meter pintar.

Meter pintar bukan punca bil elektrik melambung tinggi. Kredit foto: Facebook TNB Careline

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Suruhanjaya Tenaga mengesahkan terdapat kecuaian teknikal dalam isu bil elektrik melambung tinggi.

Harap TNB mengambil pengajaran dari isu ini agar tidak lagi timbul masalah yang menyusahkan pelanggan-pelanggannya pada masa hadapan. - CARI

3

Bagus
4

Marah
4

Terkejut

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-5-2019 02:59 PM
Hurm pelik cmne kenaikan tidak di sedari. Mungkin ni salah 1mdb salah atlantuya, salah lava, salah sitirempit naik basikal lajak langgar kereta peYno
Quote SherryZass 29-5-2019 03:09 PM
Lol, dah orang ramai buat aduan baru dapat tahu ada kesilapan teknikal ke. Kalau takdak aduan, sampai bebila cas ikut suka je
Quote Kurex 29-5-2019 03:45 PM
Adan ukeeeee
Quote zorrro_03 29-5-2019 04:38 PM
heret ke mahkamah kononnnn....  test urin pun dekat setahun tak siap2.  tu satu kes je...  tnb ni berjuta kes kiamat tak selesai lagi kot main dengan puak2 phancing pring...   celaka betol BOD yang buat keputusan sewenang naikkan caj.   
Quote keds 29-5-2019 05:46 PM
Hmmmmmm.........
Quote tobby 29-5-2019 06:09 PM
zorrro_03 replied at 29-5-2019 04:38 PM
heret ke mahkamah kononnnn....  test urin pun dekat setahun tak siap2.  tu satu kes je...  tnb ni be ...

masa jadi pembangkang semua maklumat dia ada, serba serbi tahu. dah jadi menteri apa pun x tahu.  ko tu menteri, bagilah arahan hitam putih kpd TNB. TNB tu milik khazanah, chairman dia Madey.
Quote sitimon 29-5-2019 06:34 PM
pakiamah la ph

tak habis2 menyusahkan rakyat

rakyat tongong plak masih jilat ph

cambabi jilat taik dorang ni



Quote kasibiman 29-5-2019 07:53 PM
Buang Karan buat aduan Kat tnb.

Pergi suruhanjaya tenaga je terus.


Apa punya bodoh pegi mengadu kene rompak dgn pihak yg merompak. Jesus.
Quote gekkou 29-5-2019 09:31 PM
banyak bonus staff tnb tahun ni
tahniah la
Quote Mina2215 29-5-2019 10:25 PM
Semoga telus. Jangan bersimpang siur pulak nanti
Quote salmon-suki 30-5-2019 01:32 AM
CiliPadiSedap replied at 29-5-2019 02:59 PM
Hurm pelik cmne kenaikan tidak di sedari. Mungkin ni salah 1mdb salah atlantuya, salah lava, salah s ...

Salah juwon kot..kekeke~

Tp illogical kalau tak perasan..kan dorg bt bacaan meter secara manual..apekah?
Quote lostnfaun 30-5-2019 03:46 AM
Harap saham TNB tak jatuh merundum mcm saham TM...
Quote anniehanida 30-5-2019 08:19 AM
Ahahah..kena kencing..PH yang buat..PH juga yang cuba jadi hero..kononnya penyelamat rakyat.kes bil TNB..hancinggggg
Quote kasibiman 30-5-2019 08:22 AM
lostnfaun replied at 30-5-2019 03:46 AM
Harap saham TNB tak jatuh merundum mcm saham TM...

Dah tentu jatuh. Merudum ke Tak itub persoalan nnya
Quote kenarikelabu 30-5-2019 08:44 AM
Dah la menyusahkan rakyat, pastu soh plak rakyat pi kaunter dia adu masalah. Tak ke mcm bangang tuh??
Quote kekekek 30-5-2019 08:47 AM
Awat CEO baru TNB tu diam tak berkutik?
Quote mamajee 30-5-2019 08:47 AM
mereka akan adjust atau kita kena report
Quote CiliPadiSedap 30-5-2019 09:03 AM
Xlama lagi ada bonus atau berita lain , rakyat cepat lupa bil tnb same taktik zaman bn
Quote mizruncing 30-5-2019 09:11 AM
rasain looooo. TNB kan dh kaya raya. gigih nk caj mahal2 lagi

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.347696 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top