CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

5 Nostalgia Menjelang Aidifitri Yang Semakin Pupus Ditelan Zaman

30-5-2019 02:08 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 16146| Komen: 105|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Menangkap ayam yang dibela sendiri merupakan salah satu aktiviti keluarga menjelang Hari Raya Aidilfitri satu ketika dahulu (gambar hiasan). 

Kredit foto: Astro Awani

Bagi generasi yang dilahirkan sekitar 1960-an atau 1970-an, suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika mereka membesar adalah sangat jauh berbeza dengan apa yang dialami anak dan cucu mereka pada masa kini.

Kemeriahan dapat dirasakan pada minggu terakhir Ramadan di mana persiapan untuk menyambut hari raya semakin rancak dilakukan.

Kini, banyak aktiviti yang dahulunya berlaku sepanjang tempoh tersebut tidak lagi diamalkan dan boleh dikatakan hampir pupus.


Kredit foto: DariDapur.Com


1. Membuat kuih raya bersama keluarga

Tugas menyiapkan bahan-bahan serta mengadunnya dilakukan ibu, manakala anak-anak diberi tanggungjawab seperti menerap biskut mengikut acuan dan memasukkan kuih yang sudah dibakar ke dalam tin atau balang.

Kini, ramai yang lebih gemar membeli kuih dan biskut raya yang dijual di pelbagai tempat sehingga menyebabkan banyak rumah dikunjungi mempunyai koleksi juadah yang hampir serupa dan sama rasanya.


Kredit foto: Harian Metro

2. Pasang pelita sekeliling kampung

Cahaya dari deretan pelita minyak tanah yang dipasang pada tiang dahulu menerangi kawasan sekitar kampung mulai 10 malam terakhir Ramadan bagi meraikan malam tujuh likur.

Walaupun masih ada penduduk kampung yang menyalakan pelita, jumlahnya semakin berkurangan dan mungkin hanya untuk menyertai pertandingan sahaja. 

Harga minyak tanah yang semakin mahal juga mungkin menyebabkan ramai yang berfikir dua kali untuk menyalakan pelita setiap malam.


Kredit foto: Astro Awani

3. Kad raya

Kad raya sama ada yang dibeli atau buatan sendiri dikirimkan sebagai pengganti diri bagi mereka yang tinggal berjauhan dari insan-insan tersayang dan rakan-rakan.

Boleh dikatakan posmen dahulu tidak menang tangan bagi memastikan kad raya yang dikirimkan dapat dihantar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Seiring perkembangan teknologi hari ini, ramai yang lebih gemar mengirimkan kad raya elektronik atau menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.


Kredit foto: The JonJenin Site


4. Majalah edisi khas bumper raya

Satu ketika dahulu, boleh dikatakan hampir semua majalah yang tarikh siarannya hampir dengan Hari Raya Aidilfitri diterbitkan dalam edisi bumper yang lebih tebal dan mengandungi banyak bahan menarik untuk dibaca.

Walaupun harganya agak mahal, majalah-majalah seperti Gila-Gila, Ujang, Apo dan Gelihati serta majalah-majalah hiburan dan wanita laris bagai pisang goreng panas sehingga menyebabkan ramai pembaca setia terlepas peluang untuk memilikinya.

namun kini, lebih ramai yang suka membaca artikel dalam talian daripada membelek majalah sebenar.


Kredit foto: Carian Google


5. Berebut naik bas loncat

Apabila tiket bas ekspres habis dijual, pilihan yang tinggal hanyalah bas henti-henti atau lebih popular dengan gelaran 'bas loncat'.

Cabaran untuk menggunakan bas loncat adalah amat besar kerana sebahagian besar penumpang lebih gemar berebut daripada beratur mengikut giliran. 

Pelbagai taktik digunakan untuk 'chup tempat' termasuk mencampakkan dahulu beg pakaian ke dalam bas melalui tingkap yang terbuka. Yang peliknya, penumpang-penumpang lain bersikap 'gentleman' dan tidak mengambil kerusi yang telah 'ditempah' itu.

Sayu juga apabila mengimbau kembali nostalgia suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri yang semakin luput ditelan zaman. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 30-5-2019 02:21 PM
No 4 wajib
Quote Artemesiaa 30-5-2019 02:37 PM
6. Rebus ketupat malam raya tak guna ketupat segera
Quote saviour_09 30-5-2019 02:48 PM
been there done that

semua pernah & yes i am missing it sooooo much oi!

apakan daya~~~~
masa tak akan kembali~~~~
hancur musnahlah~~~~
semuanya~~~~

Quote itachiuchiha 30-5-2019 02:50 PM
anyam ketupat ramai2. wajib.
sblom anyam ketupat  g perang mercun dulu dgn kwn2.
skrg ni ramai yg xtau anyam ketupat.
dlm byk2 adk2 sepupu..ade sorang je kot yg pndai anyam ketupat.
itupun jenuh ajar anyam ketupat.
tiap kali raya, sume request class anyam ketupat. tapi..hmmm...x mnjadi pun.

i smpai skrg anyam ketupat. pas kawen, kt umah mak mentua pun, i anyam ketupat.
xnk mkn yg dlm plastic tu..x sedap.
Quote hussaini4675 30-5-2019 02:52 PM
Paling mencabar balik kampung naik bas loncat.

Mula-mula berebut naik bas Foh Hup KL - Seremban di Pudu Raya.

Lepas tu, berebut pulak naik bas Southern Seremban - Tampin di Perhentian Bas Seremban.

Bas pulak takdak air cond, padat macam dalam tin sardin & macam-macam bau ada.

Sampai kampung memang pening lalat la.
Quote AbukRokok 30-5-2019 03:16 PM
aku pernah beli kad raya yang terbesar utk buah hati

bila fikir balik... what a stupidity
Quote kucingitam 30-5-2019 03:19 PM
aku selalu terfikir...kalau bapak aku takde, sapa nak anyam ketupat utk aku? whoaaaa...aku tak reti...
Quote helicornia 30-5-2019 03:32 PM
itachiuchiha: anyam ketupat ramai2. wajib. sblom anyam ketupat  g perang mercun dulu dgn kwn2.skrg ni ramai yg xtau anyam ketupat.dlm byk2 adk2 sepupu..ade sorang j ...

iols sampai sekarang tak reti anyam ketupat wpun byk kali belajar.sudahnya rebus ketupak segera sajork
Quote uori 30-5-2019 03:40 PM
paling nyampah beli kad raya satu peket ada 5-6 keping tu. dahlah tak boleh bukak tengok design kad yang ada dalam peket plastik tu, balik rumah je bukak 4 dari kad aku beli tu untuk cikgu. hanatt sungguh!  tak cukup nak bagi kat crush!
Quote june-july 30-5-2019 03:51 PM
itachiuchiha replied at 30-5-2019 02:50 PM
anyam ketupat ramai2. wajib.
sblom anyam ketupat  g perang mercun dulu dgn kwn2.
skrg ni ramai yg ...

me kalau ada permintaan nak ketupat, baru i anyam.. jenuh nak ngadap seorang2
Quote itachiuchiha 30-5-2019 03:56 PM
june-july replied at 30-5-2019 03:51 PM
me kalau ada permintaan nak ketupat, baru i anyam.. jenuh nak ngadap seorang2

hahaha...mmg jenuh jgk tu. tp sbb nk mkn kan..buat jgk..
tp utk tetamu mmg bg yg segera je.
x mampu nk anyam byk2. tp klau ramai ahli yg pndai iols ok je.

Quote myakayina 30-5-2019 04:01 PM
AbukRokok replied at 30-5-2019 03:16 PM
aku pernah beli kad raya yang terbesar utk buah hati

bila fikir balik... what a stupidity {:1_555 ...

dia balas dgn kad besar jgk tak?
Quote myakayina 30-5-2019 04:05 PM
rindunya zaman beraya dulu2..semua diatas dah pernah buat..
Quote itachiuchiha 30-5-2019 04:12 PM
helicornia replied at 30-5-2019 03:32 PM
iols sampai sekarang tak reti anyam ketupat wpun byk kali belajar.sudahnya rebus ketupak segera sa ...

usaha tangga kejayaan...
iols dlu sbb putus cinta..smpai pndai anyam ketupat.hahahah
Quote CiliPadiSedap 30-5-2019 04:18 PM
Bas loncat dh tukar nama nas tingtong atau bas loceng keelyng
Quote hussaini4675 30-5-2019 04:22 PM
AbukRokok: aku pernah beli kad raya yang terbesar utk buah hatibila fikir balik... what a stupidity


Ada kad raya yang boleh main lagu raya
Quote sonatalady 30-5-2019 05:20 PM
rindu sgt2 raya dulu2.
semua diatas pernah merasa.

cuma fail buat ketupat..sampai skg ni.beli segera ajelah.
malam raya lah semua nak buat.rebusketupat..pasang langsir..keluar pinggan mangkuk cawan dalam almari..bersihkan...last2 tido kul 3 4 pg..

kul 5 dh bgn...siapkan semua sblm pergi sembahyang raya.
bole aje buat awal..tp nak rasa meriah mlm raya tu yg buat semua sambil tgk tv..secara langsung hiburan artis2 di rtm.

Quote palmolive 30-5-2019 05:25 PM
kad raya yg buni muzik tu..ada jual lg ker zaman ni?
Quote AbukRokok 30-5-2019 05:33 PM
myakayina replied at 30-5-2019 04:01 PM
dia balas dgn kad besar jgk tak?

balas kad biasa je ... jadi le

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.123136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top