Seorang lelaki yang sebelum ini dihukum penjara kerana memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar kini nampaknya berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ini kerana Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini membuat keputusan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman 12 bulan penjara yang dijatuhkan ke atasnya. Menurut laporan Sinar Harian, permohonan berkenaan telah dibuat kepada Majistret Nur Shahira Abdul Salim pada 7 Jun lalu. Danial Tan Abdullah yang kini popular dengan gelaran Abang Botak juga dikenakan jaminan RM6,000 selain perlu melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran.
Pada 30 Mei lalu polis memberkas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor pada jam 3 petang selepas didapati menghentak dan memecahkan cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, pada sekitar 5.50 petang 28 Mei lepas. Polis turut merampas motosikal dan helmet Danial. Sementara itu, peguam lelaki itu, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan anak guamnya juga memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu. Rakaman video Danial yang bertindak memecahkan cermin kereta warga emas itu tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai. Bagaimanapun reaksi netizen dan orang ramai berbelah bahagi apabila Danial dikenakan hukumna 12 bulan penjara yang dikatakan terlalu berat. - CARI |
eyansss replied at 13-6-2019 10:32 AM
muka masih bongkak...
ADVERTISEMENT