CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Perlu Dayang Istana Atau Pembantu," -Cara Permaisuri Agong Layan Suami Tambat Hati Netizen

12-6-2019 04:01 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6936| Komen: 11|Original author: Oleh: intan

Bergelar isteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memang dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Selain daripada aktif terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, Tunku Azizah juga sangat dekat di hati rakyat jelata kerana keperibadiannya dan juga tidak kisah akan status dipegang beliau pada ketika ini.

Tunku Azizah dan Sultan Abdullah menggelarkan diri mereka sebagai 'Abdullah' dan 'Azizah' telah menzahirkan ucapan aidilfitri baru-baru ini di laman sesawang Twitter. Menggunakan 'tweethandle' @cheminahsayang , Tunku Azizah sering melayan tweet dan ucapan rakyat jelata tanpa mengira status dan bangsa.


Namun, baru-baru ini tular gambar Abdullah dan Azizah meraikan hari lebaran di media sosial. Yang menjadikannya berbeza dengan gambar-gambar lain adalah layanan yang diberikan Tunku Azizah kepada suaminya Sultan Abdullah yang sangat mesra, tanpa sebarang pembantu dan dayang istana.

Gambar yang memaparkan Tunku Azizah sedang sibuk menyediakan santapan di meja makan Seri Paduka Baginda itu telah mendapat perhatian netizen kerana ianya jarang dipamerkan kepada tatapan umum tambahan pula ianya datang dari golongan bangsawan dan diraja. Foto-foto berkenaan telah dirakam oleh seorang jurugambar, Don Mahathir pada 2 Syawal yang lalu di Istana Abdulaziz , Kuantan.

Fokus ceduk makanan
Kasih sayang isteri terhadap suaminya..
Tak perlu pembantu..
Sejuk mata memandang..
Contoh teladan untuk isteri di luar sana..

Manalah suami tak sayang..


Sweet sangat kan? Bergelar isteri kepada Agong tidak menjadi alasan untuk Tunku Permaisuri untuk tidak melayan suami tersayang. Para isteri-isteri di luar sana ambil teladan dan contoh atas keperibadian Tunku Azizah ni ya! Daulat Tuanku! -CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-6-2019 04:22 PM
Layanan hebat pon kena madukan juga..
Quote top5complete 12-6-2019 07:01 PM
agong pun manusia juga.. cuba darjat mereka lebih tinggi dari rakyat malaysia... kalau aku jadi kerabat diraja pun.. aku lebih suka mak yang suapkan aku nasi ke.. urus hidup aku ke.. lebih berkat
Quote matbad 13-6-2019 01:50 AM
RatuDunia94: Layanan hebat pon kena madukan juga..

Bukan dosa pun..terlebih mampu
Quote mizZue 13-6-2019 02:46 AM
Rpa masa ada ig dulu( sblm ig ttp selepas dia bergurau caption psl ds rosmah rasanya berkenaan nasi lemak ke apa yg agak viral juga) pernh share cerita yg masa kecil almahrum dia hntr ke dapur utk belajar hal2 rumah tangga.dari situ dia belajar memasak dan segala hal ehwal rumahtangga.tu antara didikan almahrum katanya.tu sbb dia xkekok didapur malah sediakan juadah utk ank ank.ank ank dia pun tahu masak juga .teringat shepard pie dia dn antara menu fav ayahanda dia ialah apa ntah ..dgg kot yg dibalut satu layer ke layer dgn kobis ..jd bulat cantik aja..oh..rpa..bukalah ig semula...suka tfk dia msk mcm mcm.
Quote lee_sakura 13-6-2019 07:51 AM
permaisuri ni mmg baik sgt orgnya, pandai masak & layan suami tp tetap bermadu jg...
Quote girlfridayz 13-6-2019 03:07 PM
dulu masa kuantan banjir, tunku azizah ni turun padang tau masakkan utk mangsa banjir..
kita kalau dok kat level dia pon belum tentu tak eksyen macam tu kannn.
Quote belilies 13-6-2019 04:36 PM
mizZue: Rpa masa ada ig dulu( sblm ig ttp selepas dia bergurau caption psl ds rosmah rasanya berkenaan nasi lemak ke apa yg agak viral juga) pernh share cerit ...

Lahhh.. iols dulu ada folo gak. Patutlah dah xnampak kat ig, ingatkan sbb dh kluarkan cookbook reropernye psl makros.
Quote cheekylala 14-6-2019 01:36 PM
my favourite Queen
Quote Yeehaw 14-6-2019 10:47 PM
RatuDunia94: Layanan hebat pon kena madukan juga..



Ada jugak ke???
Quote Cikpuan7272 16-6-2019 12:33 AM
Selalu rasa permaiauri ni sgt wlsweet.. dulu selalu ikut ig dia sebelum habis dia ttp
Quote MelahJanda 16-6-2019 08:41 PM
org kg ketapang pekan tu no. 3 ye

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036181 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top