Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan politik kotor tidak memberi keuntungan kepada negara dan masyarakat. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kontroversi video lucah membabitkan seorang menteri kabinet. "PKR tegas dan konsisten menolak sebarang politik kotor. "Terutamanya apabila kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara," katanya dipetik MalaysiaKini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu turut menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran video lucah berkenaan. Video klip itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan intim, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan menyerupai seorang menteri kabinet.
Loading FB Post... Haziq Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin menerusi Facebooknya membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut yang didakwa dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lalu. - CARI
|
R2D2 replied at 13-6-2019 11:20 AM
sebelum PRU14 kira mcm mana pulak?
kena batang hidung PH
Kurex replied at 13-6-2019 10:45 AM
Habis puak kau main cara kotor tu takpe pulak? Muka jenis takde nun war ro. Tak peloles. Nampak memb ...
ADVERTISEMENT