Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan politik kotor tidak memberi keuntungan kepada negara dan masyarakat. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kontroversi video lucah membabitkan seorang menteri kabinet.
"KR tegas dan konsisten menolak sebarang politik kotor.
"Terutamanya apabila kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara," katanya dipetik MalaysiaKini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu turut menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran video lucah berkenaan.
Video klip itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan intim, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan menyerupai seorang menteri kabinet.
Haziq Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin menerusi Facebooknya membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut yang didakwa dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lalu. - CARI
Post time 13-6-2019 12:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bila kena batang hidung sendiri pandai plk kata politik ini kotor.habes selama ini orang ph main politik kotor utk rebut kuasa soci morni plk. ingat ya Allah maha kaya .apa kita buat kat phk lain akan balik terkene pd diri kita. rasain
kalau politik FITNAH macam mana pulak pudin?? Politik MENIPU mcm mana pudin ooiii??nak sembang pandang kiri kanan laa pudin ooiii.. hang ingat hang cakap kat pemuja pkr saja ka.. ramai menilai pudin oii..hang sembang lebih laa pudinn..harga barang mahai hang dah p survey ka?? politik kotor konon… PH telus konon.. pigidahhh