CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tanya Sepatah, Jawab Sepatah.." Gelagat M Nasir Di Program Meletop Cuit Hati Penonton

14-6-2019 12:03 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 19376| Komen: 75|Original author: Oleh: intan

Bergelar lagenda dalam industri hiburan bukan perkara mudah untuk digalas kerana setiap gerak geri sering saja diperhatikan oleh peminat. Siapa tidak kenal dengan penyanyi Datuk M Nasir yang masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dan penghasilan karya seni di Malaysia. 

Baru-baru ini, beliau telah dijemput dalam sebuah program wawancara TV iaitu program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Datuk M Nasir sering dilihat sebagai seorang yang serius namun dalam program tersebut, beliau tampil bersahaja dan rupa-rupanya pandai berjenaka. Tak sangka pula ya!


Otai masih berbisa
Datuk M nasir yang kini mencecah umur 62 tahun pada tahun ini kelihatan segak mengenakan baju melayu dalam program Meletop. Pengacara Neelofa dan Nabil tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan berkaitan sambutan hari raya yang diamalkan setiap tahun.


Tanya sepatah, jawab sepatah
Ketika ditanyakan mengenai juadah kegemaran beliau ketika raya, Datuk M Nasir menjawab ketupat namun Nabil bertanyakan lagi dengan lebih spesifik mengenai makanan kegemarannya. Mimik muka dan jawapan bersahaja yang diberikan beliau ternyata mencuit hati penonton dan menghiburkan.


Datuk M Nasir juga tidak segan silu membahan Nabil sepanjang rancangan tersebut. Kelakar habis!

"Apa kenangan paling pahit sepanjang karier Datuk?"
Bila Nabil buat sesuatu yang tak kelakar..- M Nasir



Reaksi dan gelagat beliau ternyata menghiburkan netizen yang menonton rancangan tersebut. Korang tengoklah sendiri!



Macam kena soal siasat
Orang sastera, kurang bercakap tapi lebih berfikir dan berkarya

Di akhir rancangan, Datuk M Nasir juga telah mendendangkan lagu 'legend' di hari raya iaitu Suatu Hari di Hari Raya. Ternyata, otai masih berbisa. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 14-6-2019 12:09 PM
jwpn tok nasir mcm malas2 pun ada. hahaha! tp tetap comel iols rasa tok nasir ni.
Quote rainbowrainz 14-6-2019 12:43 PM
Lawaklah but rindu x tgk atok nasir
Quote lunaqiszara 14-6-2019 12:49 PM
boley jadi pengajaran kot pasni para pengacara sila buat homework dan tanyalah soalan yang mencabar sikit. hokey.
Quote disneyrecess 14-6-2019 01:19 PM
Cam ayah2 gitu, mana reti nak buat intro pastu masukkan isi penting pastu penutup. Arwah abah meols gitu la, tnya sepatah jwb sepatah. Jenis xberckp byk...
Quote mamaida28 14-6-2019 01:32 PM
M Nasir mmg sempoi
Quote sleepandream 14-6-2019 01:46 PM
heols dari dulu memang macamtu la.. cakap sepatah2 je.. sebab heols jenis kalau hurai panjang lebar memang akan terlalu deep atau lari tajuk... tak caya cer tanya wartawan yg penah interview heols
Quote mixed 14-6-2019 01:53 PM
heols mmg sejenis berckp berat mulut

dan kadang org igt heol berlagak

kalu x tak ada kes heols terlepas ckp
masa dulu2 zaman tun M jd PM

sape mahathir

klu x silap heols kena gam x bole  ada program tv oleh arwah tok mat
Quote Catpaw 14-6-2019 02:05 PM
dari kecik suka m.nasir ni {:love @Foxey
Quote MFR_IN 14-6-2019 02:07 PM
straight to the poits terus..
Quote MANLINGKONG1984 14-6-2019 02:14 PM
M nasir memang mcm tu dari dulu kan....Cakap sikit pastu senyum sikit..Pastu dah..
Quote Vamingomia 14-6-2019 02:18 PM
Mmg klakar wehhhh. Gelak akuu
Quote ciknam 14-6-2019 02:29 PM
jawapan & body language dia... harap semua pengacara sila buat homework padu ye..
Quote cyber_mania 14-6-2019 02:43 PM
62 dan masih hensem. Hahaha. Dia bubuh apa kat rambut n misai dia? Dok kaler hitam pekat lagi.
Quote wany93 14-6-2019 02:49 PM
m nasir ni legend lahh. dari dlu dia mmg mcm nii
Quote phalanx 14-6-2019 02:57 PM
Orang tua memang macam ni kan gaya jawab soalan
Quote tagas 14-6-2019 03:31 PM
legend nih jgn main2

berbisa dlm diam

karya nya sume tip top meletop
Quote hanna88 14-6-2019 03:32 PM
Muka muda M.Nasir ni.. Tapi memang jenis x bercakap sangat kan.. Kalau cakap pun straight to the point boleh buat orang terasa haha
Quote puanbintang 14-6-2019 04:09 PM
suka cara dia tu, walaupun kadang2 nampak macam berlagak pun ye tapi sejenis straight to the point..xde nak pusing sana sini berbelit - belit..
Quote virgo19 14-6-2019 04:17 PM
Bila dah masuk rancangan bual bicara kena la ramah dan mesra sikit. Cakap sepatah2 orang pun boring. Legend tak legend..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098664 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top