Dubai sememangnya terkenal sebagai salah satu bandar termewah di dunia dan terkenal dengan adanya menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Ia menjadi tarikan pelancong dari serata dunia dan kini, Dubai telah membina satu lagi destinasi pelancongan baru iaitu Taman al-Quran pertama di dunia atau dikenali sebagai Quranic Park. Menarik!
Quranic Park ini dibangunkan bertujuan menjadi jambatan penghubung intelektual dan komunikasi budaya antara golongan yang datang dari latar belakang budaya agama dan cara hidup berbeza. Taman ini bukan sahaja menarik golongan beragama Islam, malah juga golongan bukan Islam dengan adanya 12 taman, gua mukjizat dan danau terbelah yang menjadi lambang peristiwa Nabi Musa A.S berpisah dari Laut Merah. Pengunjung dapat meneroka gua yang dibina di sana dan menghayati kisah-kisah nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran. Pengalaman menyusuri kawasan padang berpasir, oasis kelapa sawit, bangunan kaca, menikmati pemandangan air pancuran dan sebagainya pasti tidak dapat dilupakan pengunjung Quranic Park. Pada awal pembukaannya, Quranic Park berjaya menarik 100,000 pengunjung! Wah, pasti teruja kaki melancong untuk menjejakkan kaki di sana pula kan? - CARI
|
LadyCarefree replied at 4-7-2019 11:14 AM
Klau buat kt mesia mesti syarat masuk kene pkai tudung kn
anony-mous replied at 5-8-2019 04:06 PM
Kalau boleh free hair, mcm ironic pulak. Sb dlm quran suruh tutup aurat. I rasa kalau buat mcm
Ma ...
LadyCarefree replied at 5-8-2019 05:51 PM
Taman je pon.
ADVERTISEMENT