Dubai sememangnya terkenal sebagai salah satu bandar termewah di dunia dan terkenal dengan adanya menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.
Ia menjadi tarikan pelancong dari serata dunia dan kini, Dubai telah membina satu lagi destinasi pelancongan baru iaitu Taman al-Quran pertama di dunia atau dikenali sebagai Quranic Park. Menarik!
kredit foto Supplied
Quranic Park dibina di atas tanah seluas 64 hektar yang terletak di daerah Al Khawaneej dan mula dibuka untuk pengunjung pada 30 Mac lalu. Pembukaan taman al-Quran ini diyakini dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dan mendalami kitab suci berkenaan selain menghayati segala keindahan yang terkandung di dalamnya.
Quranic Park ini dibangunkan bertujuan menjadi jambatan penghubung intelektual dan komunikasi budaya antara golongan yang datang dari latar belakang budaya agama dan cara hidup berbeza.
kredit foto whatson.ae
kredit foto whatson.ae
kredit foto whatson.ae
Di dalam Quranic Park, terdapat banyak tanaman seperti yang diceritakan dalam Al-Quran seperti pohon anggur, delima, ara, zaitun dan sebagainya. Taman ini juga mempunyai ruang rekreasi untuk kanak-kanak, ruang teater, gambaran ibadah umrah dan lain-lain lagi bagi menonjolkan kehebatan dan keistimewaan kitab suci umat Islam ini.
Taman ini bukan sahaja menarik golongan beragama Islam, malah juga golongan bukan Islam dengan adanya 12 taman, gua mukjizat dan danau terbelah yang menjadi lambang peristiwa Nabi Musa A.S berpisah dari Laut Merah.
Pengunjung dapat meneroka gua yang dibina di sana dan menghayati kisah-kisah nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran. Pengalaman menyusuri kawasan padang berpasir, oasis kelapa sawit, bangunan kaca, menikmati pemandangan air pancuran dan sebagainya pasti tidak dapat dilupakan pengunjung Quranic Park.
kredit foto Antonin K??lian Kallouche/Gulf News
kredit foto bayut.com
kredit foto gccpremiumbrands.com
kredit foto Reuters
kredit foto Reuters
kredit foto Reuters
Pada awal pembukaannya, Quranic Park berjaya menarik 100,000 pengunjung! Wah, pasti teruja kaki melancong untuk menjejakkan kaki di sana pula kan? - CARI |