CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pelajar Ponteng Dibawa Ke Balai Polis, Ibu Bapa Kena Datang Jamin" - Eh, Betul Ke Tugas Polis Ni?

10-7-2019 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8724| Komen: 40|Original author: Oleh: Shimmer Shine




Isu pendidikan memang sentiasa hangat diperkatakan. Sementelah lagi dengan kes rotan pelajar perempuan baru-baru ini menyemarakkan lagi masalah dalam dunia pendidikan. Terbaharu seorang warganet berkongsi dua keping gambar yang memaparkan pelajar sekolah lelaki dan perempuan menaiki trak polis untuk di bawa ke balai polis.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sandakan, Sabah ini menyaksikan puluhan pelajar ditahan oleh pihak polis kerana didakwa ponteng sekolah. Mereka ditemui di kawasan pusat beli belah dan sekitar bandar dengan mengenakan uniform sekolah. Sejajar itu, pihak polis meminta ibu bapa pelajar berkenaan datang sendiri ke balai untuk menjamin mereka.

Persoalannya, perlukah polis diberi tangungjawab sebegini sedangkan tugas asasi mereka adalah menjaga keamanan negara? Di manakah peranan ibu bapa dan guru hingga tidak dapat mengawal situasi ini?



Kredit foto: Twitter

Rata-rata warganet bersetuju dengan peranan terbaharu pihak polis ini. Secara tidak langsung ia membuatkan para pelajar berasa takut untuk melakukan kesalahan yang sama selepas ini.

Bagaimanapun, mengenali sikap ibu bapa sekarang yang terlalu protektif juga turut merisaukan. Ini kerana ramai yang takut ibu bapa akan hilang pertimbangan lalu menyalahkan pihak polis di atas penangkapan anaknya itu.


Kredit foto: Twitter

Sementara yang lain pula memberi pandangan bahawa ponteng adalah perkara yang normal kepada mereka. Cuma ketika itu mereka bijak menggunakan peluang yang ada dengan menukar baju terlebih dahulu sebelum melepak di pelbagai tempat. 


Kredit foto: Twitter
Namun, tidak semua bersetuju dengan campur tangan pihak polis ini. Bagi mereka kesalahan ponteng bukanlah kesalahan yang terlalu besar hingga perlu diangkut dengan lori polis. Ia dibimbangi para pelajar akan merasa ketidakadilan berlaku hingga mendorong mereka melakukan kesalahan yang lebih besar.

Anda ada kisah ponteng? Setujukah anda dengan tindakan polis ini atau biarkan ianya ditangani oleh pihak sekolah? - CARI 
10

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watie79 10-7-2019 12:05 PM
hmmmm....budak2 zaman dulu elok jer jadik manusia...kena bantai ngan cikgu mesti lah ada sebab..jadik makbapak jangan manjakan sangat anak..ini ko pon sama nak menyaman cikgu yg mengajar anak kau erti hidup..last2 anak kau jadik hantu rayau kaki curik duit tabung masjid matpit
Quote Boomibulat 10-7-2019 12:14 PM
Sekali sekala polis buat mcm ni ok je...bg budak2 takut skit
Quote imransulaiman 10-7-2019 12:22 PM
Dah guru takde kuasa apa-apa untuk tangani masalah disiplin murid, biarlah polis campur tangan.. Padan muka ibu bapa yang selalu menangkan anak-anak! {:good
Quote budaktua 10-7-2019 12:25 PM
pe hal bermadah gurindam mcm tu..?

polis buat kerja sia2? cikgu tk buat kerja.. alang2 kena angkut dgn lori jadinya mencuri lebih baik?


tk tau nk letak dlm kategori mana penulis tu... yg pasti ada unsur bangang..

aku nk tanya apa skala bandingan yg digunakan utk menyatakan polis buat kerja sia2 & cikgu tk buat kerja?

Quote Artemesiaa 10-7-2019 12:29 PM
Ada baiknya polis bertindak sebegitu patut sedari dulu dah dilaksanakan
Quote Kurex 10-7-2019 01:31 PM
"anak saya baik orangny..."
Quote nononcrux 10-7-2019 01:38 PM
ini la dinamakan jenayah kecil..
Quote nononcrux 10-7-2019 01:39 PM
budaktua replied at 10-7-2019 12:25 PM
pe hal bermadah gurindam mcm tu..?

polis buat kerja sia2? cikgu tk buat kerja.. alang2 kena angku ...

kan.. bebal btl yg komen tu.. siap suruh kesian kan budak yg ponteng.. dia tak kesian ke org yng curahkan ilmu tapi bdknye ponteng..
Quote nikaido 10-7-2019 01:46 PM
budaktua replied at 10-7-2019 12:25 PM
pe hal bermadah gurindam mcm tu..?

polis buat kerja sia2? cikgu tk buat kerja.. alang2 kena angku ...

Budak2 twitter. Xperlu nak expect tinggi tahap pemikiran diorang
Quote Catpaw 10-7-2019 01:55 PM
komen manja sangat ponteng pun tak reti {:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile
Quote Catpaw 10-7-2019 01:58 PM
budaktua: pe hal bermadah gurindam mcm tu..?polis buat kerja sia2? cikgu tk buat kerja.. alang2 kena angkut dgn lori jadinya mencuri lebih baik? tk tau nk letak ...



ntah hapa2 madah gurindam, nampak sangat spoil macam budak tu tak boleh berfikir kesan ponteng kena tangkap polis, lebih baik mencuri katanya ye, dah mencuri jumpa polis semula lah kan. Ingat budak2 semua yg ponteng tu nak jadi pencuri ke? ada yg ikut2 kawan, dah kena tangkap pandai la otak dia fikir takut makpak lagi, malu lagi, kena ejek lagi
Quote Jiddin 10-7-2019 04:19 PM
Aku tak setuju dgn gurindam tu.
Aku setuju polis bawa budak ponteng Naik truck polis.
NBOS terbaik KPM Dan PDRM.

Aku ada follow FB sorang pensyarah UPM. Dia cerita dia bawa anak dia sekolah rendah pegi konferen kat OZ ka UK. Polis nmpk dia be ank dlm shopping complex waktu persekolahan, polis tahan Tanya kenapa anak X pi sekolah. Dia jwb dia tourist on holidays. Camtu prihatin.

It takes a village to raise a child. Parents and teachers alone are not sufficient.

Btw, penulis gurindam tu anak dia masuk truck Ka smpi bergurindam sedemikian rupa
Quote amerald 10-7-2019 04:38 PM
Setuju je polis yg ambik tindakan.
Bila cikgu tak da kuasa mendisiplinkan murid.
Baru mak bapak tu tahu perangai anak sendiri macam mana.
Quote DD1993 10-7-2019 05:24 PM
ok jugak cara polis mendisiplinkan budak2 skola ni.
Quote rayray28 10-7-2019 05:25 PM
Lor sudahnya x kan tugas guru plak dh monteng luar sekolah..ibu bapanya buat pe pulekk
Quote rayray28 10-7-2019 05:27 PM
budaktua replied at 10-7-2019 12:25 PM
pe hal bermadah gurindam mcm tu..?

polis buat kerja sia2? cikgu tk buat kerja.. alang2 kena angku ...

Ibu bapa terusung kecewa..duhh dh kalau di biarkan budak tu cmno..thats why asas didikan dari rumah tu benda pertama skali paling penting..lepas tu br lah didikan di sekolah menyusul
Quote palmolive 10-7-2019 05:36 PM
gurindam membawa maksud, takde saper yg salah.semuanya atas dasar kesian..hahahaha
Quote tobby 10-7-2019 05:45 PM
imransulaiman replied at 10-7-2019 12:22 PM
Dah guru takde kuasa apa-apa untuk tangani masalah disiplin murid, biarlah polis campur tangan.. Pad ...

Guru dah xde kuasa. Elok la bagi polis pulak. Tgk nanti ada x parents yg berani serang polis
Quote dua_chzy 10-7-2019 05:54 PM
Dari zaman Najib lagik, polis dah buat keje ni la.

Tiap balai di seluruh tanahair ini hada sekolah angkat. Pegawai2 polis juga wajib buat program bersama pihak sekolah. Deyol hada KPI huntok program outreach masyarakat sebegini.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.093576 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top