CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Kerana Reka Cerita 'Naga Gergasi' Menyebabkan Gempa Di Sichuan

11-7-2019 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5327| Komen: 13

Lelaki berusia 50 tahun ditahan selepas memuat naik di laman sosial gambar suntingan 'naga gergasi' yang didakwanya menyebabkan gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan pada 17 Jun lalu.


Kredit foto: Mothership

Memetik Shanghaiist, lelaki dikenali sebagai Zhang itu memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen:

"Orang ramai dikejutkan dengan kemunculan seekor naga gergasi sepanjang 120 meter dengan ukuran diameter 1.5 meter yang melompat keluar dari sebuah sungai kecil pada jam 2 petang. Jawatankuasa Perbandaran Chengdu amat prihatin terhadap perkara ini.

"Pihak berkuasa sudah dikerahkan ke lokasi kejadian dan difahamkan, haiwan itu ada kaitan dengan gempa bumi yang berlaku."


Kredit foto: Shanghaiist


Posting berkenaan dimuat naik selepas gempa dengan magnitud 6.0 melanda bandar Yibin yang meragut 13 nyawa.

Walaupun jelas gambar itu palsu, ia telah dikongsi ramai orang hingga polis terpaksa melancarkan siasatan untuk mencari penyebar khabar angin berkenaan kerana menyebabkan masyarakat panik.


Kredit foto: Shanghaiist

Kredit foto: Shanghaiist

Selepas ditahan, Zhang memohon maaf atas kesalahan menyunting imej berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan dengan tujuan untuk bergurau sahaja. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 11-7-2019 03:34 PM
saj nak femes kut.........
Quote Artemesiaa 11-7-2019 03:36 PM
Banyak sangat tonton pilem Journey to the west ni
Quote Acikgomen 11-7-2019 03:45 PM
Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh bela naga tau
Melingkar2 kat leher putera tuh kak dewi cakap
Quote kaklong32 11-7-2019 05:53 PM
gurau yg membawa padah
Quote putericahaya999 11-7-2019 06:04 PM
gurau abahdia gitu
Quote amisery 11-7-2019 07:09 PM
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote amisery 11-7-2019 07:10 PM
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote CiliPadiSedap 11-7-2019 10:57 PM
Acikgomen: Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh be ...

Itu bukan naga itu doraemon
Quote buapakperut 12-7-2019 04:46 AM
dah macam fb page indon husnul khotimah, ketik share untuk lehat ular ini bergerak, komentar amin
Quote Foxey 12-7-2019 04:24 PM
Boleh buat gurau benda camni. Padan muka kena siasat
Quote -Suri- 29-8-2019 04:13 PM
Cari pasal btl
Quote saifulms 29-8-2019 04:45 PM
Gurauan yang membawa padah hahaa... Sebab tu la kita ni kalau nak bergurau pun berpada2 lah, jangan sampai ada hati yang terluka..
Quote noraidil_06 4-10-2019 05:13 PM
Acikgomen: Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh be ...


Puteri boh nama lain x leh ke?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.202411 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top