CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Satu Rumah Bau Ayam, Tunang Gadis Ini Letak KFC Sebagai Hantaran Tunang

12-7-2019 04:22 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7919| Komen: 17|Original author: Oleh: intan

Rasanya, topik nilai hantaran untuk pasangan yang bakal bertunang atau berkahwin memang tak akan habis dibincangkan oleh masyarakat terutamanya melayu. Berapa ribu yang patut diletakkan sebagai hantaran, barang apa yang sesuai dibuat hadiah dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah tidak pernah selesai, ternyata isu hantaran memang sentiasa menjadi bualan hangat masyarakat.

Lain pula buat gadis ini, yang mengakui amat sukakan hidangan ayam goreng. Jadi, sebagai hantaran tunang, beliau meminta tunangnya untuk memberikan sekotak ayam KFC sebagai salah satu hadiah tanda pertunangan. Siap letak atas dulang tau. Habis satu rumah bau KFC!

Gadis tersebut iaitu Masidayu telah memuat naik untaian kisah tersebut di laman twitternya. Sebab suka sangat ayam, sekali dapat ayam KFC sebagai hadiah tunang.

Dah takda idea nak bagi apa
Tak sangka tunang buat betul-betul
KFC pun KFC lah, bedal je

Lapar KFC la pula. Majlis tunang pun tak perlu sambut besar-besar kan? Selalunya memang bagi makanan macam manisan, buah-buahan dan kuih muih sebagai tanda ikatan pertunangan. Tapi boleh tahan juga kalau hadiahkan KFC kan? Sedap pun sedap! - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Elanarose

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 12-7-2019 04:32 PM
Tred dah ada
Quote CikB 12-7-2019 05:45 PM
ok juga tu x semestinya benda mahal saja blh buat hantaran
Quote nono86 12-7-2019 05:57 PM
Yummy. Tp tunang ada hantaran ke.. Byk jgk blanje nk boleh ke kawen
Quote crazybeach 12-7-2019 06:06 PM
cam tak proper jah hantaran kfc bagi kotak sedebuk gituh dengan tompok2 minyak nya lagi. elok masuk dalam bekas then balut cantik2 bagi lawa lagi surprise kot. secret recipe tu takpe kotak dia dah lawa haha
Quote RatuDunia94 12-7-2019 06:15 PM
Mesti ayam tu dh sejuk lembik..
Quote buapakperut 12-7-2019 08:26 PM
Satu bucket yang dah tak panas boleh bau satu rumah ke. Propah je khau dekk
Quote meisapoya 12-7-2019 10:16 PM
Tetibe lapar balik niii padahal nak tido dah ni
Quote missyL 12-7-2019 11:04 PM
Klo wat gubahan ayam lg best. Tp cm poyo je couple nie  
Quote missDollie 13-7-2019 12:38 AM
Hmm.. Berhantu sungguh baca thread KFC.. Mesti tetibahhh bau KFC.. Mesti rasa nak order KFC.. Hmmm.. Kali kedua dh jd ni lepas thread Sultan beratur kat KFC.. Hmmm..
Quote salmon-suki 13-7-2019 01:35 AM
Hanya utk secebis attention...and yesss...congrats gurl..u got the attention u desperately needed...
Quote salmon-suki 13-7-2019 01:36 AM
missyL replied at 12-7-2019 11:04 PM
Klo wat gubahan ayam lg best. Tp cm poyo je couple nie

Gubahan ayam ala2 bunga convo y feymes bertahun2 dulu?kui3
Quote EncikRhoma 13-7-2019 10:49 AM
"abang bagi la hantaran ayam kfc..nanti ayang twit dalam twider. Mesti dapat banyak like dan retweet"
Quote batmana 13-7-2019 11:43 AM
beli frozen kfc la bagus
takdela lemau ayam tu
Quote hyie 13-7-2019 04:52 PM
ok je...at least benda tu memberi manfaat...anggap je la dia nak memeriahkan majlis dia...daripada mintak orang sponsor kat ig....opss
Quote missyL 13-7-2019 08:48 PM
salmon-suki replied at 13-7-2019 01:36 AM
Gubahan ayam ala2 bunga convo y feymes bertahun2 dulu?kui3

Kan. Cntik sket. Ayam pon xde la lembik lol
Quote chinta89 14-7-2019 09:12 AM
lapar perhatian.

ok lps ni BBNU nk bagi ape lagi kat hantaran supaya viral?

cekodok pisang ala2 stylu ferrero rocher? fries mekdi susun mcm pagar? burger mekdi style bukit2?
Quote Jorja 14-7-2019 06:10 PM
Demi akaun socmed ke sis

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.100112 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top