CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tanam Aksesori Dalam Mata. Tak Takut Ke?

18-7-2019 11:40 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4937| Komen: 35|Original author: Oleh: Nia M

Kalau dibiarkan, manusia semakin lama semakin ekstrem. Fesyen bertindik sudah semakin luas, yang pada asalnya di telinga, hidung, lidah, dan ada juga yang bertindik di kemaluan!

Kini nampaknya, fesyen bertindik sudah mula sampai ke bahagian mata. Seorang wanita, Lucy Luckayanti dari New York telah mencipta rekod dengan menjalani pembedahan kecil menanam aksesori platinum berbentuk hati di dalam bebola matanya. Pembedahan itu menelan kos sebanyak 3000 USD namun menurut Lucy, dia langsung tidak menyesalinya. 

Kredit foto:life.shared


Pembedahan itu dijalankan oleh seorang pakar bedah mata di New York, Dr Emil Chynn, di dalam bilik kaca di pusat rawatannya, agar orang yang lalu-lalang dapat menyaksikan sendiri proses itu. 

Kredit foto: life.shared


Menurut Chynn, prosedur pembedahan itu sangat mudah dan ringkas. Dia hanya menggunakan gunting kecil untuk mengoyakkan sedikit sahaja lapisan membran yang menyelaputi mata putih pesakit. Kemudian, dia hanya menyelitkan sahaja aksesori tersebut ke dalam bahagian mata pesakit. Potongan yang dibuat sangat kecil sehingga tiada jahitan pun diperlukan bagi pembedahan itu. 


Pembedahan mata tersebut hanya mengambil masa 5 minit dan pesakit akan sembuh dalam masa tiga hari, serta akan dapat melihat dengan sempurna tanpa merasakan apa-apa objek berada di dalam mata. 

Chynn berkata dia pada ketika itu sedang mencari pesakit pertama yang sanggup menjalani pembedahan aksesori mata, dan Lucy muncul tepat pada masanya. Dia pada awalnya berhasrat untuk mencari mana-mana selebriti untuk menjalani pembedahan itu. 

Chynn juga turut menyatakan, pesakit boleh memilih untuk membuang aksesori itu dengan menjalani kaedah pembedahan yang sama dalam masa 5 minit sahaja. 

Kredit foto: life.shared


Walaupun Dr Chynn sangat menekankan bahawa prosedur itu selamat dijalankan, pihak Akademi Ophtalmology di Amerika menegah orang awam daripada menjalani pembedahan aksesori mata kerana tiada bukti yang menyokong bahawa ia selamat. Selain itu, banyak lagi kemungkinan yang boleh berlaku seperti pendarahan dan jangkitan pada mata. 

Hari ini, harga bagi pembedahan aksesori mata sudah makin melonjak. Bagaimana jika trend ini sampai ke Malaysia? Mungkinkah ramai anak muda yang akan menjebakkan diri?  - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-7-2019 11:50 AM
Pansai doktor ni buat duit pasti dia tahu benda macam ni senang jadi tarikan buat golongan muda untuk mencuba
Quote mieymiey 18-7-2019 11:55 AM
Eeeee ngeri
Quote intan_smsb 18-7-2019 12:01 PM
omaigoddd nak cantik punye pasal
Quote kucingitam 18-7-2019 12:02 PM
gilerlah..tak rasa rimas ke
Quote Bersotong 18-7-2019 12:04 PM
kapir2 leh nginzal kt thread ni
Quote CiliPadiSedap 18-7-2019 12:08 PM
sis vokuru buat kat miss v dia, sekarang dh jd asam keping xberjawa
Quote mawar_mustika 18-7-2019 12:09 PM
tgk pun rasa ngeri
Quote yuki812 18-7-2019 12:15 PM
cantik ke gitu...
Quote matkpop 18-7-2019 12:21 PM
Gila. Apa2 jadi boleh buta mata tu.
Quote jijilaaa 18-7-2019 01:40 PM
xdek keja nak buh aksesori mata..buta kalu naya ja
Quote harizs 18-7-2019 01:43 PM
Kebodohan ada mcm2 jenis
Quote kaoru44 18-7-2019 02:06 PM
Orang lain lahir2 buta..yg shat mata xda mslh..p cari mslh..mmg xda keje dh kot..
Quote arm_band 18-7-2019 02:07 PM
letak la aksesori warna merah, baru la menyerlah kat mata putih tu
Quote cikatilia 18-7-2019 02:20 PM
dibuatnya buta
naya
Quote oshinz 18-7-2019 08:33 PM
Kalau buta camne.. mmg takde efek ke bubuh kat mata tu?
Quote Lengkong 18-7-2019 08:36 PM
Tak risau ke mata rosak


Quote RatuDunia94 18-7-2019 09:07 PM
Eeee.. x rasa rimas ke ada bendasing dlm mata.. iols pakai co tact lense je dh rasa rimass
Quote MakareyumSuciey 18-7-2019 11:31 PM
Manusia2 bodoh dah mula menguasai dunia
Quote ikanmasin 19-7-2019 12:37 AM
elok2 mata saja cr penyakit.kang btl2 buta..
menyesal tak suda nnt..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.234265 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top