“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.” Bagi sesiapa yang sudah menonton filem tersebut atau melihat ‘trailer’ filem ini, pasti dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai jalan cerita filem ‘Bencinta’ yang berkisarkan tentang keganasan yang berlaku terhadap wanita. Watak utama cerita itu, Fathia (lakonan Nora Danish) dipukul dan dikasari oleh suaminya, Faizal (Farid Kamil). Di akhir cerita, Fathia membalas dendam atas perbuatan suaminya itu.Status yang dikemaskini oleh Shila di laman Twitternya menimbulkan pelbagai tanda tanya. GUA menghubungi Shila untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu. Walaupun begitu, saya tetap akan teruskan rancangan saya untuk menonton filem ‘Bencinta’ bersama-sama dengan peminat saya di GSC Mid Valley pada Rabu, jam 9.45 malam,” jelas Shila memulakan perbualan. Ketika ditanya adakah sebenarnya Shila pernah mengalami situasi yang dialami oleh watak Nora Danish dalam filem itu sehingga dia menulis kenyataan ‘been there’, Shila enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.“Saya enggan mengulas lanjut. Orang boleh faham sendiri. Apa yang penting sekarang, saya mahukan wanita-wanita di luar sana tampil lebih kuat dan tidak menjadi lemah,” tutur Shila lagi.Mengulas mengenai rancangannya untuk menonton filem itu bersama-sama peminatnya, Shila menjelaskan yang idea itu datang daripada ibunya sendiri, Fauziah Sarman.“Idea untuk menonton filem itu datang daripada ibu saya sendiri. Jadi kepada peminat saya, Shilalas atau sesiapa sahaja yang ingin turut serta, boleh datang ke sana nanti. Selain dapat menonton dan menyokong filem tempatan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara saya dan peminat,” ujar pelantun lagu ‘Beribu Sesalan’ ini.Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Shila pulang ke Malaysia untuk mengadakan ‘showcase’ dan melancarkan album solo terbarunya pada 10 Oktober ini. Selain itu, Shila berada di Malaysia kerana ingin memberi sokongan buat Anugerah Planet Muzik 2013 yang bakal berlangsung pada 18 Oktober hadapan. Shila bertanding dalam lima kategori iaitu ‘Artis Wanita Terbaik’, ‘Lagu Terbaik Malaysia’, ‘Artis Serantau Paling Popular’, ‘Lagu Serantau Paling Popular’ dan ‘Ikon Media Sosial’.
|
ADVERTISEMENT