CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdepan Dilema Mentimun Lawan Durian, Pemilik Dan Waris Kampong Bharu Terpaksa Jual Tanah?

26-7-2019 11:39 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7929| Komen: 66|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Masa depan pemilik tanah Kampong Bharu dan waris-waris mereka menjadi tanda tanya berikutan keputusan kerajaan untuk membangunkan semula kawasan itu. Kredit foto: Malaysiakini


Semua pemilik tanah di Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan waris-waris mereka berdepan kemungkinan hilang pegangan terhadap hartanah masing-masing berikutan situasi 'mentimun dan durian' yang ditimpakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap mereka.

Memetik notis daripada Persatuan Pemilik Tanah dan Waris Tanah Kampong Bharu (PPTWT.KB) bertarikh 23 Julai 2019 yang tular dalam media sosial, mereka diberi beberapa pilihan iaitu pembelian tanah secara sukarela atau kerajaan akan menggunakan kaedah undang-undang atau kedua-duanya sekali.

Notis yang ditandatangani Setiausaha PPTWT.KB, Zainudin Ismail itu menyatakan bahawa semua pemilik tanah dan waris-waris terbabit perlu membuat keputusan sebelum sesi dialog bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad diadakan di Dewan Felda, Jalan Semarak pada 21 September depan.


Khalid Abdul Samad dijadualkan menghadiri sesi dialog. Kredit foto: Facebook

Walaupun mereka bebas membuat pilihan, PPTWT.KB membangkitkan isu-isu kritikal akibat tindakan pengambilan oleh kerajaan PH untuk membangunkan Kampong Bharu.

Antara isu-isu yang dikatakan tidak memberi kelebihan kepada pemilik-pemilik tanah adalah mereka akan kehilangan hak terhadap tanah yang diwarisi sejak lebih 100 tahun lalu untuk selama-lamanya.

Selain itu, mereka juga perlu membayar cukai jualan tanah di mana jumlah berkenaan dipotong daripada bayaran pampasan yang diterima.

"Pemilik tanah akan dibayar wang berjuta ringgit dari hasil jualan tanah. Namun, wang ini perlu dibahagi-bahagikan kepada 50 ke 100 waris yang berhak.

"Jumlah wang jadi kecil ini tidak dapat beli rumah mampu milik sekalipun," jelas PPTWT.KB.

Turut disuarakan adalah kebimbangan tentang nasib mereka yang tiada tanah dan tempat tinggal setelah wang pampasan yang diterima habis digunakan.

"Kesan jangka panjang: Kampong Bharu akan terlepas kepada orang luar. Anak cucu akan merempat di kampung sendiri terpaksa sewa bangunan siap dibina," tambah persatuan itu.

Noti sesi dialog daripada PPTWT.KB bertarikh 23 Julai 2019. Kredit foto:  Facebook

Diharapkan sesi dialog tersebut digunakan sewajarnya untuk mencari jalan penyelesaian bagi Kampong Bharu serta semua pihak yang terlibat.

Jika Chinatown di Jalan Petaling dan Little India di Brickfields dapat dibangunkan sebagai kawasan warisan kaum Cina dan India, elok juga Kampong Bharu dibangunkan semula sebagai kampung warisan Melayu di ibu kota dengan mengambil kira kepentingan para pemilik tanah dan waris-waris mereka. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 26-7-2019 11:52 AM
kemon NGO.. selamatkan warisan melayu.. kampung melayu ni
Quote laksmanabentan 26-7-2019 11:55 AM
kalau di jaga elok2 kampung baru nih jadi cantek jer mcm real kampung melayu...
tp skrg da banyak sgt gerai kat situ.... adooii... spoilt aja permandangan...
gerai2 tumbuh mcm cendawan....
Quote kakigebang 26-7-2019 11:57 AM
biasa camtu la kalau tanah dah 4-5 keturunan, dapat la pampasan sorang sikit..nama dlm geran sampai 100 lebih..mmg payah nak bahagi, kecuali jual dan bahagi duit tu...ada kawan kt kg baru, famili diorng pun mmg nak jual
Quote Kurex 26-7-2019 12:06 PM
Edited by Kurex at 26-7-2019 01:12 PM

Ada pulak duit nak bayar jutaan ringgit.. Ala bodoh punya ph dengan @Knights sekali bodoh
Quote reenz013 26-7-2019 12:11 PM
selaku waris kt situ...x rasa kerajaan ada duit banyaktu...gebang lebihje
Quote mamaida28 26-7-2019 12:16 PM
pertahankanlah..syg dijual..ini aje warisan yg ada..pertahankanlah
Quote LadyCarefree 26-7-2019 12:17 PM
Bukankah diorng ni pon asalnya setinggan?
Quote Zalimohd 26-7-2019 12:59 PM
Kg tradisional di sg melaka boleh cantih dn indah.. Kenapa kg baru tak boleh.. Sbb org melayu itu sendiri.. Warga asing niaga mcm cendawan tumbuh.. Org melayu juga yg bagi..
Quote RumiMenari 26-7-2019 01:07 PM
Tmpt shooting drama
Quote Skuau 26-7-2019 01:13 PM
kalo ore x nk jual..ko nak paksa jugak??? boleh ke ko main paksa2 ore jual harta ore kat ko pulok??????? dh cam sarip dol pulok dah......
Quote shamsadis 26-7-2019 01:18 PM
padan muka, inilah balasan salah mengundi
Quote chandrahusin 26-7-2019 01:23 PM
aku lalu Kg Bharu ni tiap2 hari balik keja
kenapa aku tengok ramai org luar dari org Melayu kat sini
kedai2 makan pun byk masakan Padang
lepas tu kat lorong2 yg belah Dewan Sultan Sulaiman tu
kotornya nye lah haiii
byk plk stall kedai makan keliling tu
Quote pyropura 26-7-2019 01:32 PM
Elok lar dijual, kpg baru tu buat menyemak mata je kat tengah2 KL, mem pprt kan KL jah
Quote akusukaq 26-7-2019 01:41 PM
Edited by akusukaq at 26-7-2019 01:43 PM

ramai jgk pewaris yg  tidak dapat dikesan.ada jgk yg tak sedar mereke itu pewaris sbb ramai jenerasi lama dah mati .yg muda plk tak tau susur galur sbb tak rapat dan ada yg duduk luar negara.memang sgt rumit kes hak milik tanah kpg baru ni.
Quote kelapaparut 26-7-2019 02:22 PM
Iols tgk kg baru kedai makan byk yg siam tomyam, indon ayam penyet sate padang yg melayu nye ade la nasi lemak sket, awatla dieorg xleh wat mcm jln alor b bintang tu..
Quote pokaibanktokyo 26-7-2019 02:27 PM
Yang tak ada tempat tinggal nanti penyewa indon la. Tuan tanah melayu rilek je
Quote pokaibanktokyo 26-7-2019 02:33 PM
chandrahusin replied at 26-7-2019 05:23 AM
aku lalu Kg Bharu ni tiap2 hari balik keja
kenapa aku tengok ramai org luar dari org Melayu kat sin ...

Yang kehilangan tempat menjaja nanti penyewa indon la. Tuan tanah melayu rilek je
Quote jazaa100 26-7-2019 07:35 PM
LadyCarefree replied at 26-7-2019 12:17 PM
Bukankah diorng ni pon asalnya setinggan?

Kau dok ulu banat....tak yah cite pasal kg baru
Quote jazaa100 26-7-2019 07:36 PM
akusukaq replied at 26-7-2019 01:41 PM
ramai jgk pewaris yg  tidak dapat dikesan.ada jgk yg tak sedar mereke itu pewaris sbb ramai jenerasi ...

Kannn......

Last sekali buat tempat parking je...nk buat bangunan, tak dpt kesan waris

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058861 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top