CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Keluarga Tunang Terima Semula Shahrizal Jaszle

2-10-2013 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19550| Komen: 127

Rabu Oktober 2, 2013
Oleh FERIDE HIKMET ATAK



Shahrizal Jaszle bersyukur keluarga tunang Redzwani Puteri sudang menerimanya semula.


PETALING JAYA
: Pelakon Shahrizal Jaszle bersyukur apabila keluarga tunangnya, Redzwani Puteri yang sebelum ini memutuskan tali pertunangan gara-gara kontroversi tangkap khalwat sudah menerimanya kembali.

Shahrizal berkata, dia tidak sangka akan diterima semula oleh keluarga Redzwani dalam jangka masa yang singkat iaitu pada pertemuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.

"Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Pada 16 Mei lalu, Shahrizal ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, atas kesalahan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.


Perhubungan cinta antara Shahrizal dan Redzwani lebih
kukuh sejak melalui pelbagai dugaan.


Walaupun aktor tersebut menyifatkan penangkapan itu sebagai satu perangkap namun Farah berkata mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa.

Kontroversi itu membuatkan keluarga Redzwani memutuskan pertunangan pada 10 Jun 2013 dengan memulangkan semula dua bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin berlian.

Sementara itu, Shahrizal berkata, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan untuk berhadapan dengan kes tersebut yang akan disebut di mahkamah syariah pada 12 November depan.

"Saya bersedia untuk berhadapan dengan kes itu dan sedang mengumpul bukti yang saya tidak bersalah. Kita lihat saja nanti. Insya-Allah semua akan berjalan lancar," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizal kini bekerja keras untuk mengumpul wang sebelum mengahwini Redzw dan berhasrat mengadakan majlis selepas kes mahkamah berkenaan selesai.

Malah pelakon drama Iman Nabila itu juga bersyukur kerana kontroversi tersebut langsung tidak menjejaskan perjalanan kariernya selain turut mendapat tawaran daripada pihak produksi Zeel Production.

"Memang sekarang ini saya tengah mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani. Dan buat masa ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama Dendam Lima Beradik arahan Along Kamaludin dan beberapa drama daripada pihak produksi Zeel. Selain itu adik saya, Shahid Jaszle kini menjadi pengurus saya," ujarnya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leezzaliza 2-10-2013 08:11 AM
Hmmmmm.... Tgk je la sampai mana... Klau da mase tunang pun blh bt hal, klau aku dah lame aku padam jantan ni.. Klau putus sbb selisih faham x pe lg tp klau da masuk bab curang.... Tiada maaf bagi mu.. Chittttt
Quote bronox 2-10-2013 08:14 AM
tengok muka dah tau dah
Quote tipuware 2-10-2013 08:14 AM
aku nk dgr statement daripada keluarga belah sana dulu, baru aku caya  
Quote ribena84 2-10-2013 08:17 AM
tunggu statement dr family puteri plak pas ni huhuhuhu
Quote AbukRokok 2-10-2013 08:23 AM
untungla kau shah jasli....
ini menjadi benchmark kpd rmai lelaki2 di luar sana
Quote kucing_gebu 2-10-2013 08:25 AM
kalau aku jd tunang dia aku xmau perkahwinan berisiko mcm ni...lebih baik aku padam je rasa sayang aku...
sayang tu boleh dipupuk...boleh datang lagi...tapi kalau boleh kawin biarlah sekali dan bahagia...(dgn izinNya...)
Quote little_sis 2-10-2013 08:26 AM
mmg untung.. dh kantoi pon masih diterima baik.. tp kalo kantoi lg pasni, mmg xde chance lg la dia..
Quote Leonarzi 2-10-2013 08:27 AM
Dah padan la tu..sorang kaki pompuan...sorang bimbo.... Selayaknya lah....bosan la cerita diorang ni....
Quote dayana88 2-10-2013 08:28 AM
mulut manis kot dia ni..xkan la famili redzwani tu x nampak2 lagi yg die ni camana? wallahualam hmmm
Quote meteorspeed 2-10-2013 08:30 AM
tunggu la kenyataan family puteri shahzali nie bukan leh caya pun
Quote matagua 2-10-2013 08:34 AM
boleh caya ke cakap mamat sorang ni? statement yg lepas2 macam orang in denial je....
Quote nordiana87 2-10-2013 08:34 AM
ensem nye shah....
Quote cmf_jeangrey 2-10-2013 08:35 AM
bagus juga...supaya lelaki dayus seperti dia ni tak terlepas ke tgn wanita2 suci

Quote teddygirl 2-10-2013 08:35 AM
betul k statement mamak ni..boleh pakai k??
Quote farahfatihah 2-10-2013 08:38 AM
wujud lg rupanya kisah dorg nih huhuhuhu
Quote AraBellaJuan87 2-10-2013 08:39 AM
ribena84 posted on 2-10-2013 08:17 AM
tunggu statement dr family puteri plak pas ni huhuhuhu

Aku stuju. Tp aku saspek si redzwani ni yg xleh lupa sgt kt jaszle.
tu yg buat mak pak dia terima.
Quote pet_ayut 2-10-2013 08:42 AM
perghhh..tebal nye muka shah jasli ni..lagi tebal dari tembok klcc
Quote miawpink 2-10-2013 08:44 AM
betul ke ni?
eh bila kes mahkamah dia tu?
bulan 10 kn??
Quote Mak_Bee 2-10-2013 08:45 AM
mungkin kali ni buku temu ruas..dan agaknya puteri pon xleh xde shah..sedia terima balik shah
doakan rumahtangga korang bakal bina kekal hingga akhir hayat

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047034 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top