CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hackers' Dedah Ancaman Bom Bakal Berlaku Di KL Sentral, Polis Buru Pemilik Twitter

2-8-2019 12:35 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4164| Komen: 16|Original author: Oleh: intan

Petang semalam kecoh seketika di media sosial Twitter apabila sebuah akaun daripada luar negara @agencialmais telah digodam oleh seorang individu yang dikenali sebagai limzhengyan.



Individu tersebut kemudian memuat naik status kicauan yang mengatakan sebuah 'bom' telah diletakkan dalam sebuah beg dan akan diletupkan di KL Sentral. Individu tersebut kemudiannya 'tag' beberapa akaun penting iaitu RapidKL, KTM dan juga PDRM.


Kicauan tweet tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan ternyata akaun yang di-'tag' oleh individu tersebut memberi respon pantas dengan meminta nombor telefon untuk dihubungi.

Bertindak balas dengan maklumat itu, pihak Polis Diraja Malaysia telah mengarahkan Unit Bom dan jentera anjing K9 untuk membuat pemeriksaan sekitar KL Sentral. Pusat Kawalan IPD Brickfields telah menerima laporan dan maklumat daripada pihak MRCB KL Sentral  bahawa terdapat ancaman bom telah berlaku di kawasan terbabit.


Sehubungan dengan ancaman bom tersebut, operasi dan perniagaan sekitar KL Sentral telah ditutup sekitar jam 11 malam. Namun hasil siasatan mendapati tiada objek mencurigakan dijumpai dan dipercayai maklumat yang diperoleh daripada individu tersebut adalah palsu dan tidak benar. Ancaman bom yang dikatakan berada di Kedutaan Rusia juga dilaporkan palsu.

Kini pihak polis telah bekerjasama dengan MCMC untuk mengesan siapakah dalang di sebalik penyebaran berita palsu tersebut. Tweet asal ancaman bom tersebut juga telah dipadam.

Keadaan dilaporkan tenang dan terkawal.- CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2019 12:54 PM
Hanat btol hackeers neh
Sure dia ngah gelak terbahak bahak
Quote cmf_premierleag 2-8-2019 01:10 PM
tgk film police story,polis HK dpt call ada bom palsu kt mall
pastu jackie chan selkau polis HK cepat2 halau sume pengunjung mall keluar..soo chaotic
skali bila ketua polis smpi, takde bom pun
teruk jackie kene marah
skali bila lps jackie kene marah, mmg bebetul mall tu meletop kebabom
baru ketua polis tau yg jackie x main2
Quote awanearisu 2-8-2019 01:27 PM
Percubaan untuk menguji tahap kebertindakan pihak keselamatan kita ke?

Macam mana pun, mengenangkan pelbagai kes yang telah pun berlaku di negara-negara jiran, syabas diucapkan kepada tindakan pantas pihak keselamatan.
Palsu atau tidak, segala maklumat yang diterima ternyata tidak dipandang ringan.
Quote slavehunter 2-8-2019 01:40 PM
Perkataan "bomb" tu tak bleh buat main2 atau gurau2 dimana mana pun....especially dalam bus, train, aircraft. Kalau gurau pun tetap boleh kena penjara.
Quote ikanmasin 2-8-2019 02:13 PM
risaunya nnt bila betul2 ada takde apa2 tindakan..
tp ni siap bg detail pl kan..
Quote CiliPadiSedap 2-8-2019 02:19 PM
shernazz replied at 2-8-2019 12:54 PM
Hanat btol hackeers neh
Sure dia ngah gelak terbahak bahak

dia boleh terlepas kalau pakai device pakai buang, wifi hack. so plus minus good hacker takkan tinggal trace easily
Quote cahaya_almas 2-8-2019 02:29 PM
Jahatnya...terus igt psl bom beraniati kt ngra2 jiran......kslau benda sama terjd pd ngra kita tak tau lah mcm mana....ngeri nya bila fikir...
Quote batmana 2-8-2019 02:39 PM
ied kt damansara tu sapa punye la plak...
Quote emma.giggs 2-8-2019 02:40 PM
Knp tb2 hackers tu ckp ade dkt kedutaan rusia skali? Adekah ade kene mengena dgn kes ex ratu rusia? Dendam punye pasal. Huishhh jauh tol imaginasi aku
Quote kechikchomel 2-8-2019 02:46 PM
rumah kat Bukit Damansara tu rumah siapa lak?macam mana boleh jumpa ied tu kat situ?

pagi tadi bombing kat bangkok. dah la kat sana tgh ada summit apa ntah
Quote white_musk 2-8-2019 02:47 PM
berani budak ini menyakat kedutaan rasiya
Quote kentel 2-8-2019 02:48 PM


https://mforum.cari.com.my/forum ... =1168863&extra=
Quote shernazz 2-8-2019 09:25 PM
CiliPadiSedap replied at 2-8-2019 02:19 PM
dia boleh terlepas kalau pakai device pakai buang, wifi hack. so plus minus good hacker takkan tin ...

Kaka tolong hackkan bank
Kasi masuk akaun sejuta dua
Quote amimikey 2-8-2019 10:45 PM
heh tapi musykil jugak ada ied tetiba tu, maybe betul la kot mmg dah ada perancangan tak al qaeda ke isis ke apa kan. ya allah lindungi la malaysia ni
Quote giyomi 3-8-2019 11:00 AM
awanearisu replied at 2-8-2019 01:27 PM
Percubaan untuk menguji tahap kebertindakan pihak keselamatan kita ke?

Macam mana pun, mengenangk ...

betul tu, benda camne tak bole aamik ringan...kudos to the force involved dlm operasi ni
Quote gigahertz 5-8-2019 12:23 AM
awanearisu replied at 2-8-2019 05:27 AM
Percubaan untuk menguji tahap kebertindakan pihak keselamatan kita ke?

Macam mana pun, mengenangk ...

I rasa ada pihak nk buat kacau.bbila bom meletus Negara macam US & China akan msuk campur atas nama perangi pengganas.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top