CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Samun Rider Grab Food - Telefon Bimbit Penyamun Tercicir

11-8-2019 10:06 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 20824| Komen: 120|Original author: Oleh: natrahn

Tular di media sosial rakaman video seorang rider GrabFood disamun dua lelaki di Phileo Damansara, petang kelmarin. 

Detik cemas mangsa dipukul dan dibelasah sebelum suspek berkenaan cuba merampas dan melarikan motosikal milik mangsa dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian.



Kes Samun Rider Grab Food -  Suspek Kini Diburu Polis

Rider tersebut sedaya upaya mempertahankan motosikal Yamaha Y15ZR miliknya daripada dicuri suspek. Akhirnya, suspek terpaksa akur dengan kegagalan mereka untuk melarikan motor berkenaan. 

Pun begitu, penunggang terbabit mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan suspek seperti dikatakan rakannya, Zul Arif menerui Facebooknya.


Loading FB Post...


Dalam pergelutan itu salah seorang suspek telah tercicir telefon bimbitnya di tempat kejadian. Justeru, gambar suspek dalam telefon bimbit tersebut berjaya diperoleh dan mangsa dapat mengecam wajah suspek yang cuba menyamunnya. 

Gambar tersebut kini tular di media sosial dan pihak polis kini sedang memburu suspek.


Loading FB Post...

Setengah orang sanggup membuat apa sahaja kerja halal untuk meneruskan kelangsungan hidup dan di satu bahagian lain ada yang sanggup membuat apa sahaja walaupun menyalahi undang-undang dan memudaratkan orang lain. - CARI
3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 11-8-2019 10:40 AM
Hm penyamun mcm ni elok kasi mati je lah. Hidup pun menyusahkan org nk buat apa?
Quote Kurex 11-8-2019 10:42 AM
Ada gambar separa bogel tak dalam phone dia? Mesti ada kan?
Quote gummiebear 11-8-2019 10:51 AM
Dah ada anak bini dah pun. Nak kasi makan hasil haram kat anak bini ke? Moga cepat2 kena tangkap
Quote chipsmoremore 11-8-2019 11:08 AM
Alahai gambar family bahagia jerr

Betui ke gambar penyerang sama dkt hp tu, kot hp tu curi mana nak tau...

Kalo mangsa cam muka penyerang mmg kantoi la kalo dah sama dgn hp tu

Quote MsKathryn 11-8-2019 11:13 AM
Kurex replied at 11-8-2019 10:42 AM
Ada gambar separa bogel tak dalam phone dia? Mesti ada kan?


Semoga kurex dpt melihat gambar bogel lelaki itu
Quote Andyscenes 11-8-2019 11:13 AM
Masalah suspek pun xnk jumpa mangsa bila mangsa nak pulangkan hp tu kat rumah suspek. Suspek takut kena cam muka la tu.
Quote superficialmiss 11-8-2019 11:28 AM
Laki siapalah menyamun ni... kesiannya anak bini dia. Phone boleh bukak foto je ke? Socmed? Akaun forum takde? Haha
Quote makmelah 11-8-2019 11:37 AM
Anak bini sikit punya comel....laki penyangakkk rupanya....cuba carik rezeki halal mcm GrabFood rider tu.....buat food delivery....tapi TAKKKKKK pemalas punya pasal nk merompak org je keje...kalau aku sepak konek dia pastu bila dia kesakitan aku pijakk2 lagi konek dia sampai pecah! damn u!
Quote sehirkedi 11-8-2019 11:58 AM
Jahatnya lahai... Orang lain sibuk dan susah payah mencari rezeki halal dan dia pulak pi menyamun. Molek lah dengan kepala gondol dan gigi ronggak, memang seiring dengan perangai hazab.
Quote shernazz 11-8-2019 12:55 PM
Nanti ada la.keluar cite xdpt gaji 8 bulan..bini.sakit..konek disfunction...
Sebab tu menyamun..

Iols.ismkesian.budak.rider tu...isk...
Mesti dh lama.diperhatikan..
Quote natrahn 11-8-2019 01:09 PM
Kurex: Ada gambar separa bogel tak dalam phone dia? Mesti ada kan?

kah kah kah..gi mintak kat pulis hp tu  
Quote natrahn 11-8-2019 01:10 PM
superficialmiss: Laki siapalah menyamun ni... kesiannya anak bini dia. Phone boleh bukak foto je ke? Socmed? Akaun forum takde? Haha

malam tadi geng rider food grab berhimpun kat rumah suspek. Famili suspek cakap suspek dah tak balik rumah...
Quote makcikgemuk 11-8-2019 01:39 PM
Kurex: Ada gambar separa bogel tak dalam phone dia? Mesti ada kan?


Kat forum ni boleh block orang atau block komen tak? Dimana2 penat tengok Kurex dan fans dia yang lapar kote.
Quote buapakperut 11-8-2019 01:40 PM
astaga kau anak bini kau bagi makan duit hasil menyamun kah? apadan muka..hakak tepuk sambil joget mambo. semoga penyamun2 mega di malesia juga ditangkap
Quote bluebutter 11-8-2019 01:48 PM
makcikgemuk replied at 11-8-2019 01:39 PM
Kat forum ni boleh block orang atau block komen tak? Dimana2 penat tengok Kurex dan fans dia yan ...

Yup. Geli... Ngada ngada.. Meluat...
Quote mistified 11-8-2019 02:01 PM
Pemalas.bagi anak bini mkn hasil haram.tak malu ke dgn bdk grab food yg ko samun tu.
Quote bajusejuk 11-8-2019 02:10 PM
natrahn replied at 11-8-2019 01:10 PM
malam tadi geng rider food grab berhimpun kat rumah suspek. Famili suspek cakap suspek dah tak bal ...

tau kt mn psl berhimpun ni?
Quote ikanmasin 11-8-2019 02:15 PM
manalah keluarga suspek nak letak muka.dah kedapatan
padan lah muka .org elok2 usaha kerja keras cr rezeki halal
ko sedap2 jer nak curi motor org kan..sembunyi lama mana
tak lama kene tangkap jg..alhamdulillah bdk tu selamat takde
cedera teruk..dah lah motor tu jer utk dia cr rezeki ..semoga di
permudahkan utk tangkap suspek tu..
Quote matryoshka 11-8-2019 02:35 PM
Tapi kannn... Kalau tgk cctv tu ada je kereta lalu lalang..... Takde ke yg cuba nk tolong... Koman2 pun dok dlm kete hon lelama bg smua org alert. Sian mamat grabfood tu brhempas pulas nk pertahankan sumber priuk nasi dia huhuhu

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.150130 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top