Kadang kala tidak faham mengapa sesetengah warganet gemar melempiaskan rasa amarah atau pun kata-kata hina kepada golongan artis. Kalau tak suka, tak perlu follow mereka ini di laman Instagram. Ini sebaliknya, bila sudah follow, tampil pula dengan komen-komen negatif yang sengaja dibuat untuk menyakitkan hati.
Itu yang berlaku pada penyanyi Datin Alyah baru-baru ini. Menerusi satu posting di IG miliknya, penyanyi Kisah Hati ini berkongsi kata-kata semangat untuk dirinya.
Namun, seorang warganet meninggalkan komen berbaur hinaan dan mengaibkan bila mengaitkan sekali suami Alyah, Datuk Ramli MS. "Tanpa suami di sisi tak guna wahai @alyah81. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pulak hampir rebah ke bumi," tulisnya.
Nampaknya Alyah cuba menjawab dengan begitu tenang sekali. "Kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah SW tu sebaik-baik perancang. Cuba awak belajar baca Al-Quran dan kisah Nabi Insya-Allah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain. "Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu. Mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni," tulis Alyah. Tak ada angin dan ribut, tak pasal-pasal terpacul komen busuk macam tu. Kesian, bertabahlah Alyah! - CARI |
ADVERTISEMENT