CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Sakit Mental Tetak Jari Ketua Polis Besut Sampai Putus

16-8-2019 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2105| Komen: 16

Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak menetak Ketua Polis Besut, Terengganu, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi sehingga putus ibu jari kanan dan cedera di bahagian belakang kepala. 


Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku di hadapan rumah Mohd Zamri di Maping Padang Luas, Besut pada pukul 12.50 tengah hari kelmarin. 

Suspek difahamkan sudah ditahan pada jam 4.15 petang di Felda Selasih, Besut selepas cuba melarikan diri. 

Gambar hiasan. Kredit foto: carian internet

“Ketika kejadian mangsa didatangi oleh suspek berumur 32 tahun yang juga jiran mangsa yang mengadu mangsa telah menaman pokok kelapa di kawasan tanah miliknya.

“Mangsa tidak melayan dan menyuruh suspek untuk balik namun suspek telah ke kereta dan membawa keluar sebilah parang panjang dan menetak mangsa,” kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail. 

Akibatnya, Mohd Zamri, 55 putus ibu jari tangan kanan dan cedera di bahagian belakang kepala. 

Dikatakan mangsa cuba mengelak namun suspek sempat menetak di bahagian kepala hingga suspek terjatuh dan berlaku pergelutan. 

“Susulan itu suspek melibas parangnya dan terkena ibu jari kanan sehingga putus. Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan masih dirawat di HUSM,” katanya. 

“Sebelum ini suspek pernah mengadu kepada mangsa dengan mendakwa rumahnya diserbu oleh pihak polis, namun dakwaan itu tidak betul," katanya lagi. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 16-8-2019 12:21 PM
Naya betul.
Quote figurae 16-8-2019 12:29 PM
ah...sudah..
Quote imransulaiman 16-8-2019 12:43 PM
Aduuuuuh! Jari ku terus berasa ngilu! {:cryrun
Quote Boomibulat 16-8-2019 12:46 PM
Sakit mental x blh bicara la kan..
Quote diggerr 16-8-2019 12:50 PM
Wehh kesiannyaaa
Quote white_musk 16-8-2019 12:51 PM
Lelaki melayu sememangnya mental
Quote Artemesiaa 16-8-2019 01:07 PM
Bahaya bila ada jiran yang sakit mental tak tahu bila dia boleh bertindak ganas
Quote KIM.K 16-8-2019 03:16 PM
Artemesiaa replied at 16-8-2019 01:07 PM
Bahaya bila ada jiran yang sakit mental tak tahu bila dia boleh bertindak ganas

Biasa yang ganas2 ni kuat provok merata. Tukang kipas
Quote Asdan 16-8-2019 03:51 PM

aku dah kata banyak kali, jangan makan ikan, ada sumpahan
Quote Fleur81 16-8-2019 04:23 PM
Jari yang putus tu boleh sambung balik ke?
Quote helicornia 16-8-2019 05:20 PM
wpun ketua polis tp bila org gila kalah jugak
Quote ikanmasin 16-8-2019 05:27 PM
saspek mengalami masalah mental dahlah
menetak bukan alang2 sampai putus jari2
ngilu nya..
Quote olezzeli17 16-8-2019 06:49 PM
Fleur81 replied at 16-8-2019 04:23 PM
Jari yang putus tu boleh sambung balik ke?

Kalau cepat bawa gi hospital Insya Allah boleh d sambung balik.. Tp kena pastikan dulu segala saraf kat jari yg putus tu masih ok..
Quote MissVixen 16-8-2019 06:51 PM
Malangnya nasib dapat jiran psycho...pasal pokok kepala pun habis jari terbang. bertuahnya orang ada jiran yang baik.
Quote ffbeauties 16-8-2019 07:27 PM
Mental sebab dadah ke
Quote Nenolen 19-8-2019 11:06 PM
Wuittt...dah mcm drama Watcher pulak...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039340 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top