Dalam banyak-banyak pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini, nama yang mengejutkan tercalon ialah Delimawati Ismail dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Dilaporkan Harian Metro, Kak Limah juga mahu menang kerana bukan mudah terselit dalam pencalonan setanding dengan pelakon-pelakon baru lain seperti Mira Filzah, Erra Fazira dan Uqasha Senrose. "Pastinya saya mengharap untuk menang, apatah lagi pertama kali nama tercalon dalam Top 5. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya berada ke tahap ini. "Saya sangat menghargai sokongan peminat yang mengundi saya kerana itulah saya meletakkan harapan untuk menang walaupun sedar saingan begitu sengit daripada pelakon lain yang tercalon," katanya. Kak Limah juga meluahkan rasa terkejutnya kerana tercalon, memandangkan dia sudah berusia nenek dan bukan lagi pelakon wanita muda. "Saya memang terkejut dan tidak sangka apabila nama tercalon dalam senarai Top 5. Maklumlah, pada usia begini dan sudah lama dalam bidang lakonan ia sesuatu yang mustahil. "Namun, saya yakin berkat sokongan peminat yang tidak putus-putus terhadap saya apatah lagi selepas saya membintangi filem Hantu Kak Limah," katanya. Kesian kan, sudah lama berlakon baru bakatnya dipandang orang. Tetapi, Kak Limah memang sempoi! Jadi, apa kata kita undi Kak Limah untuk menang? Barulah dominasi Mira Filzah tak keterlaluan sangat kan! - CARI |
azimodin replied at 21-8-2019 10:38 AM
iouls dah lama mengabaikan ABPBH ni. doluu2 vote kat surat khabar. sekarang still vote macam dulu ke ...
Mfzg89 replied at 21-8-2019 10:33 AM
walaupn kak limah dah tua aku tetap nak kak limah menang..ank jebat x best, mira piljah makin lama m ...
ADVERTISEMENT