CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afiq Muiz Tarik Aisyah Azman Ketika Ditemu Bual Isu Putus Tunang, Dah Kenapa?

22-8-2019 11:31 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 21926| Komen: 78|Original author: Oleh: LilRose

"Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini (isu putus tunang)."

Pelakon Aishah Azman menegaskan konflik yang berlaku antara dia dan bekas tunang, pelakon Syafie Naswip tidak ada kena mengena dengan keluarganya.



Kredit foto: IG Aisyah Azman

"Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi," katanya kepada Gempak.

Menurut Aisyah, dia kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan hanya mahu memberi fokus kepada kerjayanya.


Kredit foto: IG Aisyah Azman

"Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya hanya mahu fokus kepada bidang hiburan. Saya ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala," katanya lagi.

Rupa-rupanya, berlaku sesuatu tidak diduga ketika aktres itu ditemu bual Gempak.

Menurut portal hiburan itu, sesi temu bual terpaksa dihentikan secara tiba-tiba apabila pelakon Afiq Muiz yang juga abang kepada Aisyah menariknya untuk beredar dari situ.


Kredit foto: IG Afiq Muiz

Dunia hiburan sebelum ini dikecohkan apabila muncul berita melaporkan seorang pelakon lelaki ditahan polis kerana membelasah bekas tunangnya selepas wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Kenapa Afiq Muiz yang turut berada di tempat kejadian ketika Aisyah ditemu bual Gempak menarik aktres itu untuk beredar? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • yeos2

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookingholic 22-8-2019 11:47 AM
"Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi," katanya kepada Gempak.

Then masa kena interview isu putus tunang takmo ckp pulak? Motiff?
Quote beta_carotene 22-8-2019 11:50 AM
Sah pompuan ni dgn family dia yg problem
Quote umbut 22-8-2019 11:53 AM
Tergangu betul tgk tahi lalat kat dahi tu.. rasa nak cabuttttt
Quote didinfriends 22-8-2019 12:05 PM
Family ni patut dipulaukan je dari dunia hiburan. Tak sudah2 bawak masalah.
Quote msdummy.2018 22-8-2019 12:09 PM
eloklah tuh diam2 jer..umum pun dah tau fam diaorg bermasalah dr zaman eina kan....so eloklah dia tarik adik dia balik..since naswip pun diam membisu...lagipun lama2 org akan nmpk siapa yg bersalah....tuhan skrg bagi cash jerrrr
Quote fazila17 22-8-2019 12:09 PM
Tak yah berlakon dah la. Bingit jah
Quote bungaros 22-8-2019 12:13 PM
Takut adik terlepas cakap kah kalau diasak soalan bertubi2 oleh press.  Kang tak pasal2 terkantoi pulak.  Lain kali bawak mastermind awak tu pi mana2 sekali.  Takat bawak bodyguard yg tak berapa nak berani tu...huh!
Quote dewi_rina 22-8-2019 12:13 PM
Muka sebijik betul adik beradik ni
Copy paste habis
Quote lasagna 22-8-2019 12:22 PM
well we see lah camne nti.. siapa btul n siapa yg bunyi lebih.
org kat sna aman2 and tenang2 aje.. sket pun tak bg statement pape.
Quote Kurex 22-8-2019 12:29 PM
Apahal nampak busuk afiq ni.. Afiq, wangi sikit plis, boleh aku tumpang lena atas dada
Quote AshkieLa 22-8-2019 12:50 PM
artis2 ramai team ayi(syafie naswip)...
so meols rasa fishy sikit kat pempuan ni, abangnya n family.

Quote leogirl8902 22-8-2019 12:55 PM
defensive.
Quote fushimi 22-8-2019 12:57 PM
lasagna replied at 22-8-2019 12:22 PM
well we see lah camne nti.. siapa btul n siapa yg bunyi lebih.
org kat sna aman2 and tenang2 aje..  ...

selalu orang yang salah akan banyak bunyik demi meraih simpati

orang yang tak salah memang tak banyak bunyi sebab tak tahu nak cakap apa


Quote lasagna 22-8-2019 12:59 PM
fushimi replied at 22-8-2019 12:57 PM
selalu orang yang salah akan banyak bunyik demi meraih simpati

orang yang tak salah memang tak  ...

ohh yess slalunya gitew lah kan..
xpe kita nengok jer camne..
Quote VirusDetected 22-8-2019 01:19 PM
mmg something wrong sgt 1 family ni
Quote aTiKah_aYuNi 22-8-2019 01:54 PM
ingat kan dah abis... muncul balik???

korg senyap dah laaa
Quote maayi 22-8-2019 02:03 PM
dewi_rina replied at 22-8-2019 12:13 PM
Muka sebijik betul adik beradik ni
Copy paste habis

perangai pun lebih kurang.
curah terus dr acuan. hihi
Quote awanysss 22-8-2019 02:33 PM
bungaros replied at 22-8-2019 12:13 PM
Takut adik terlepas cakap kah kalau diasak soalan bertubi2 oleh press.  Kang tak pasal2 terkantoi pu ...

hahahaha mak dia ke mastermind tu
Quote haryatie 22-8-2019 02:41 PM
takut adik tersalah cakap..nanti kantoii

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.096025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top