CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Penjara Maut Terjun Jambatan Pulau Pinang

6-9-2019 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8807| Komen: 57

Seorang lelaki dipercayai sarjan di penjara maut selepas terjun di Kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, malam tadi.

Lapor Harian Metro, kejadian 10.35 malam itu menyebabkan mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia di lokasi akibat parah di seluruh badan selepas terhempas atas batu.



Foto: Harian Metro

Menurut laporan, terdapat kesan kecederaan di kaki kanan, siku kiri, dahi kanan dan belakang badan mayat yang ditemui dalam keadaan tertiarap di celah batu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian berkata, siasatan mendapati mangsa meninggalkan Proton Waja miliknya di tepi jambatan sebelum terjun.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa terjun pada ketinggian 70 meter dari atas jambatan.

Selepas diperiksa, sekeping kertas yang tertera alamat rumah dan nombor telefon bimbit abang serta adiknya ditemui di dalam kereta itu.


Difahamkan, polis kemudian memanggil dua pegawai di tempat kerjanya untuk membuat pengecaman mayat yang kemudian memaklumkan lelaki terbabit merupakan seorang sarjan di penjara dan sudah berkahwin serta memiliki empat anak.

“Mereka juga mendakwa yang lelaki terbabit sebelum ini ada mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Sungai Petani, Selasa, lalu serta di beri cuti sakit selama sehari.

“Si mati juga memaklumkan kepada mereka yang dia menghidap gastrik dan sukar tidur malam,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 6-9-2019 12:21 PM
tak sayang nyawa ke wey kau ni?
Quote kentel 6-9-2019 12:29 PM
biozipstar replied at 6-9-2019 12:21 PM
tak sayang nyawa ke wey kau ni?

ketahuilah yang gangguan mental tu benar....
Quote matchstick 6-9-2019 12:35 PM
Tinggi nya 70m..mcm bangunan 20 tingkat
Quote Buritan 6-9-2019 12:41 PM
kentel replied at 6-9-2019 12:29 PM
ketahuilah yang gangguan mental tu benar....

Gangguan mental siannya.. susah kalo melibatkan mental ni
Quote prettyuglybabe 6-9-2019 12:41 PM
harap anak dah besar-besar la boleh berdikari..
Quote Boomibulat 6-9-2019 12:43 PM
matchstick replied at 6-9-2019 12:35 PM
Tinggi nya 70m..mcm bangunan 20 tingkat

Jambatan PP stinggi tu ke..
Quote sarah82 6-9-2019 01:00 PM
Boomibulat replied at 6-9-2019 12:43 PM
Jambatan PP stinggi tu ke..

Kat tgh tu tinggi.. Aku dulu masa kerja.. Kalau ada kes bunuh diri or cubaan bunuh diri dan aku terperangkap sbb depa.. Mmg sepanjang hari aku cursing saja.. Geram
Quote sukacactus 6-9-2019 01:13 PM
Oh igt lompat masuk laut
Terhempas ke batu rupanya
Quote mongoose_kidz 6-9-2019 01:18 PM
ke didiagnos penyakit kronik.
cancer ke..lalu terus amik keputusan utk bunuh diri..
kesiannya lahai kat family member
Quote keds 6-9-2019 01:19 PM
sesungguhnya gangguan mental itu benar...
lagi satu kalau jenis perut ada masalah cubalah makan alkaline based foods
kurang sikit perut meradang macam aku sebab acid
elakkan pemakanan yang boleh trigger
kalau tak ,....nnt nak tidur pun susah melayan kerenah perut sebab acidic tinggi
tapi cepat cepat la consult doktor
Quote weezerfan 6-9-2019 01:38 PM
Huhu... Apelah yg dia pikir dh separuh usia tp mati bunuh diri. Bukan lama dh nk seksa tu... Tah2 taun depan mati kena kanser. Tp dia seniri chose to cut his life early
Quote Mahadaya 6-9-2019 02:10 PM
mcm kesan fluoroquinolones sj ni
Quote kualibesi 6-9-2019 02:29 PM
malay ke nie? kesiannnn anak2 wey.
Quote fliphair8 6-9-2019 02:33 PM
aku really harap dia buat ni atas sebab mental illness or berhalusinasi disebabkan penyakit etc.  
Quote Dewa19XKangen 6-9-2019 02:34 PM
dia lompat kat tengah memang bubuh batu la.. mukin nak bagi mayat elok kot..
Quote yuki812 6-9-2019 02:35 PM
hidup pon susah..
mati pon susah
Quote awanysss 6-9-2019 02:42 PM
mental illness ni silent killer kann
Quote kentel 6-9-2019 02:54 PM
Buritan replied at 6-9-2019 12:41 PM
Gangguan mental siannya.. susah kalo melibatkan mental ni

kemungkinan besar la....sbb takkan dia nak purposely tinggal contact number dkt dgn mayat dia....
Quote Buritan 6-9-2019 02:57 PM
kentel replied at 6-9-2019 02:54 PM
kemungkinan besar la....sbb takkan dia nak purposely tinggal contact number dkt dgn mayat dia....
...

Ape ke lagii.. org yg mental jah betani utk terjun.. org normal dia sayang body dia laa..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055375 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top