Membaca kisah isteri dipukul suami amatlah mendukacitakan. Jika takdirnya tiada lagi jodoh, jangan dipukul atau dicederakan isteri. Video seorang lelaki membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh tular selepas kisah berkenaan dimuat naik mangsa di Facebook. Status berkenaan disertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tangkap layar ugutan bekas suami mangsa serta gambar mangsa dan bapanya yang cedera selepas kejadian itu. Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya. Gara-gara memiliki wajah seakan sama dengan suspek, penyampai radio Issey Fazlisham nampaknya terkena tempias kes tersebut kerana turut diserang netizen di laman sosial media Instagramnya. Issey bagaimanapun tampil menjelaskan kekeliruan tersebut. "Tolonglah. Ini bukan saya gais. Ramainyalah orang tag, saya tak ada kena mengena dalam hal rumah tangga beliau," jelas Issey. |
umbut replied at 17-9-2019 10:35 AM
Takkan ler netz bodoh.. Ke ko yg viralkan diri ko
fofuler replied at 17-9-2019 11:01 AM
Omg i know the ex hubs and couldnt believe that he is this violent
ADVERTISEMENT