CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zed Zaidi Komen K- Pop 'Satu Pembaziran!'

4-10-2013 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10079| Komen: 58



KEMARAHAN Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berhubung bayaran kemasukan artis Korea pada Perhimpunan Sejuta Belia, pada tahun lalu ternyata berasas.

Pernah mempertikaikan jumlah bayaran hampir RM2 juta hanya untuk persembahan tiga kumpulan K-Pop (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet), Zed akhirnya terpaksa 'menutup mata' setelah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu memaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka ke sini.   

Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara 2012, kelmarin, yang mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta hanya untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop itu ternyata mengejutkan industri seni.

Menurut Zed, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sepatutnya boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan pembaziran dan bagi industri seni sendiri, ia dapat membantu lagi memperkembangkan industri dan membela nasib artis tempatan.

“Saya sokong keberanian Khairy (Khairy Jamaludin)  yang berani mendedahkan masalah dalam kementeriannya sekarang dan bertanggungjawab dengan perbelanjaan sebanyak itu biarpun pada ketika itu dia belum  lagi menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Sebagai menteri, beliau telus dalam menjalankan kerjanya dan ketua sebeginilah yang kita mahukan sekarang,” jelasnya.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 4-10-2013 12:48 PM
makin hangat isu k pop ni
Quote Santeira 4-10-2013 12:49 PM
Well, congrats, captain obvious.
Quote cikatilia 4-10-2013 12:56 PM
dia ni nak bertanding kan?
harus nanti nama k ena keluar sbb bidas parti sendiri
Quote totokreturn 4-10-2013 12:58 PM
Santeira posted on 4-10-2013 12:49 PM
Well, congrats, captain obvious.

Tapi betina2 gossip sibuk hal warna spender artis punyalah marah kat wardina bila komen pasal nih tau... kunun tunjuk bagus sgt...hahahaa
Quote sepiITUindah 4-10-2013 01:01 PM
nak kene maki ngan razak manap niii
Quote ogata 4-10-2013 01:08 PM
bagus.......
Quote honeybee1802 4-10-2013 01:20 PM
kali ni aku terpaksa bersetuju ngan jed jeidi..
Quote Sufeenan 4-10-2013 01:24 PM
Great job ZZ..
Quote JohnDeSouza 4-10-2013 01:28 PM
korea tu cina ka incik menteri?
Quote mast3r 4-10-2013 01:37 PM
Usah dilayan org yg minat kpop ni. Buat aje biase2 sudah
Quote nurfariezza 4-10-2013 01:38 PM
bru sedar ke zed zaidi oii...
ari 2 bkn main lg mcm nk cium montot dorg je...
skng bru nk lwan ea...
Quote BebeQ 4-10-2013 01:49 PM
nurfariezza posted on 4-10-2013 01:38 PM
bru sedar ke zed zaidi oii...
ari 2 bkn main lg mcm nk cium montot dorg je...
skng bru nk lwan ea. ...

motip uols tak baca artikel penuh? baca tajuk terus komen kah?
Quote BebeQ 4-10-2013 01:51 PM
sepiITUindah posted on 4-10-2013 01:01 PM
nak kene maki ngan razak manap niii

harus razak manap memaki zed zaidi pulak. dia kan dah termasuk dlm tuntutan 'promosi pesbuk/twitter' oleh kerajaan.
Quote vv2005 4-10-2013 02:08 PM
nanti ada page Peminat K-POP benci ZZ
Quote zad78 4-10-2013 02:35 PM
nurfariezza posted on 4-10-2013 01:38 PM
bru sedar ke zed zaidi oii...
ari 2 bkn main lg mcm nk cium montot dorg je...
skng bru nk lwan ea. ...

haiyoooo nooksss ooiiiiii....takdak baca dulu ka nyaaahhhhhh?????.....

Quote kosukeconan 4-10-2013 02:35 PM
bg I, 2 juta utk grup kpop yg koreans sndri buat derk ja (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet) mmg la mmbazir

Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok.


i xtau ada artis cina tempatan nih..
Quote famri7 4-10-2013 02:43 PM
Memang mrmbazir tahap lampir..tapi kat malaysia xda artis layak merasa 1.6 juta....zz nih laksana tahi hidung ..blakon x bernilai..muka x hensen lasng..pastu baka captain obvious..

At the end the day.duit 1.6 juta lagi baik bag rakyat mkn sedap2 time HB2013..buat buffet gila2...
Quote JohnDeSouza 4-10-2013 02:50 PM
hmmmm kita tengok apa tindakan yg depa kena
Quote lumie 4-10-2013 02:53 PM
ok.. yang ni im on ur side jed jidi!

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.108922 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top