CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Allah Yang Gerakkan Hati Semua Bantu Kes Adib" - Peguam Terharu, Bersyukur

2-10-2019 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4950| Komen: 39

"Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas lega.

"Bagi saya ALLAH lah yang menggerakkan hati semua dalam membantu dan memudahkan kami dalam berhadapan dengan kes Allahyarham Adib ini."


Begitulah yang dikatakan oleh peguam, Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. 

Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Sinar Harian, peguam ini berkata keputusan mahkamah itu benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini selepas pelbagai cabaran dilaluinya dalam kes tersebut. 

"Kalau ikutkan sebagai seorang peguam sepatutnya kita tidak merasakan apa-apalah.


"Apa-apa keputusan sama ada memihak atau tidak memihak, sepatutnya kita terima sebab itu adalah keputusan mahkamah terima dengan reda, tapi pada saat itu saya tak dapat lari daripada perasaan sebak untuk kes ini sahaja banyak rintangan yang telah dilalui,begitu susah payah bila dapat keputusan itu rasa sangat-sangat bersyukur memang rasa alhamdulillah akhirnya keadilan untuk arwah dan keluarga," katanya lagi. 

Katanya lagi, dia tidak berasa seperti wira kerana ia merupakan tanggungjawab serta merasakan keluarga tersebut 'perlu dibantu'.

Malah, pertolongan yang diberikan juga percuma tanpa ada sebarang bil atau caj. 

"Sebenarnya saya tak rasa saya seorang wira, saya rasa ini tanggungjawab, saya rasa tak ada lagi sumbangan lagi yang boleh saya berikan kepada arwah, ini kemahiran saya dan gunakan kemahiran dengan ilmu undang-undang yang saya ada ini untuk membantu arwah, tapi saya tak tahu kenapa saya terpanggil untuk membantu," katanya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knights 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni
Quote imransulaiman 2-10-2019 12:47 PM
Kenapa susunan bahasa berita ni hauk sangat?? Google translate ke? {:dot
Quote Skuau 2-10-2019 01:30 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

#KNIGHTSJIWATAKTENTERAM
Quote dodolgemok 2-10-2019 01:35 PM
Ummah xnak komplen dia xpakai kelubong menutup aura heshe ke? Tiba2 perempuan free hari jdi hero pak lobai
Quote sarah82 2-10-2019 01:40 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

Sentap la tu.. Kalah kan
Quote msdummy.2018 2-10-2019 01:50 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

dia cakap banyak sebab dia ada sumbangkan sesuatu untuk keadilan & membantu..kita yang xberi apa sumbangan nie xpyh lah nk jeles2 atau melebih...doa jer dlm diam2...
Quote harizs 2-10-2019 02:00 PM
Edited by harizs at 2-10-2019 02:01 PM



Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung inkues kematian anggota bomba itu.

Permohonan ex-parte (sebelah pihak) itu difailkan Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab kepada Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam.

"Permohonan itu sudah difailkan pagi tadi," kata Kamaruzaman pada hari ke-40 prosiding inkues berkenaan.

Sementara itu, peguam, Mohd Zubir ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata, Tommy telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lepas.

"Dalam afidavit tersebut, Tommy menyatakan bahawa kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul oleh mana-mana orang (sedangkan punca kematian belum diketahui),” katanya.

Beliau berkata antara kandungan permohonan ex-parte itu menyatakan Tommy telah cuba untuk menindas peguam Syazlin Mansor daripada menjalankan tugasnya sebagai peguam bela dan peguam cara serta pegawai mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) , bomba dan keluarga Muhammad Adib
Quote jazaa100 2-10-2019 02:06 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

Dia terangjn perkara sebenar sbb sblm ni dah byk sgt spin....
Quote jazaa100 2-10-2019 02:07 PM
Wartawan tak interbiyw doktor yg kata arwah di langgar ke?....
Quote johan-adx 2-10-2019 02:12 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

dia layak bckp byk..biar la kt dia..
percuma je kan dia bantu kes adib ni..
Quote sarah82 2-10-2019 02:25 PM
harizs replied at 2-10-2019 02:00 PM
Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini memfailkan permohonan untuk memulakan pros ...

Aku x sabar tunggu ni pulak.. Mesti ada menyalak sebab AG kesygn kena heret kes hina mahkamah
Quote Foxey 2-10-2019 02:32 PM
Alhamdulillah, syukur
Quote iwansa 2-10-2019 02:49 PM
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni

gmbr DP ko tu pla diam seribu bahasa
Quote Supersirap 2-10-2019 03:00 PM
Tahniah diucapkan
Quote lil_honey 2-10-2019 03:22 PM
buat pro bono oiii...kes susah lak tu...nak lawan AG lagi
Quote Kurex 2-10-2019 03:26 PM
masa tomi tomes hanat dilantik, ramai orang puji kepandaian leluhur kerala sedangkan mereka tau lidah kerala tak boleh dipercayai
Quote Perawankota 2-10-2019 06:56 PM
Terima kasih syazlin.
Quote CardiGans85 2-10-2019 07:24 PM
Good job lin.
Quote Eric.n9 2-10-2019 07:27 PM
jazaa100 replied at 2-10-2019 02:07 PM
Wartawan tak interbiyw doktor yg kata arwah di langgar ke?....

tak boleh diganggu... kan sakit?
warded lg aritu kan?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.086866 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top