CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tiba-tiba Maya Karin Petik Nama Nik Nazmi, Ada Apa-apa Ke?

7-10-2019 10:52 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6263| Komen: 28|Original author: Tukang Tulis

Maya Karin (kiri) dan Nik Nazmi Nik Ahmad  (kanan). Kredit foto: Twitter

Twitter Maya Karin tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan di Terengganu yang tidak menjawab soalannya dalam bahasa Inggeris turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen tentang hubungannya dengan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Seorang netizen bertanya mengapa pelakon filem Ombak Rindu itu memetik nama Nik Nazmi yang tidak mempunyai kaitan dalam status Twitter berkenaan.

Kredit foto:
Walaupun Maya turut memetik nama Dr. Maszlee Malik, perkara itu tidak kelihatan janggal kerana beliau merupakan Menteri Pendidikan.


Mungkin spekulasi timbul memandangkan Maya masih solo dan Nik Nazmi pula berstatus duda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim pada 2 Julai lalu.

Utusan Online pada 3 Julai melaporkan, Maya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan perceraian Nik Nazmi dan Dr. Imaan.

"Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi)," jelasnya.

Maya bertanya soalan dalam bahasa Inggeris kepada kanak-kanak perempuan terbabit dalam program ini. Kredit foto: Twitter
Status Twitter Maya tersebut juga mengundang pelbagai reaksi di mana sebahagian besar netizen mempersoalkan motifnya berbuat demikian.

Kredit foto: Twitter
Pada masa yang sama, segelintir netizen berpandangan bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah di negara ini masih lemah.

Kredit foto: Twitter
Setakat ini, masih belum ada respon daripada Nik Nazmi atau Maszlee terhadap isu yang dibangkitkan oleh Maya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 7-10-2019 11:01 AM
Gosip la sangat
Quote CatMiow 7-10-2019 11:01 AM
Ye ke?

Iols dengar lain,  tapi mungkin gossip je kot.
Quote Kurex 7-10-2019 11:05 AM
retis2 ni tak payah la masuk politik.. hilang terus classy si mayam karim ni selepas siti nurhalizurrrr
Quote rospinki 7-10-2019 11:08 AM
maya ni ada penyakit tiriod mata terbeliak-beliak
keco dak umo 10 tahun tak reti english..tu bukan tanda aras kebijaksanaan budak tu berfikir
Quote kucingitam 7-10-2019 11:13 AM
kang tag nama abam kj, bergaduh pula laki bini..biarlah dia tag yg duda...
Quote Ina8895 7-10-2019 11:14 AM
CatMiow: Ye ke? Iols dengar lain,  tapi mungkin gossip je kot.


Apa yang u dengar?
Quote achilles_heel 7-10-2019 11:29 AM
kan...x mengaku kata skandel sampai cerai berai. alih2 tag nama jantan tu kat post berkenaan. apa kaitan jantan tu dengan education apatah lagi negeri Terengganu?
Quote damian_lee 7-10-2019 11:29 AM
bukan ada kat thread gosip few months back pasal dia punca penceraian nik nazmi??
mungkin kenalan rapat jerrr
Quote Ina8895 7-10-2019 11:31 AM
achilles_heel: kan...x mengaku kata skandel sampai cerai berai. alih2 tag nama jantan tu kat post berkenaan. apa kaitan jantan tu dengan education apatah lagi negeri ...


Pasal nama dia ada nik kot
Quote seri_mawr 7-10-2019 11:34 AM
budak luar bandar mmg biasanya ckp english dlam kelas bahasa ingeris jek...

klu dah tingkatan 4 tanya soalan gini x reti jawab...ni baru dia mazlee kena pening kepala.......
Quote R2D2 7-10-2019 11:35 AM
Mana mana artis pun bila jobs kurang mcm tu lah hidup
Create kontroversi
Quote palmolive 7-10-2019 11:38 AM
Edited by palmolive at 7-10-2019 11:39 AM

Menyesal aku dulu malas baca
cakap inggeris sentiasa pelat lidah
nasib la baik pernah ku hafal
lagu nirvana

Quote minguk 7-10-2019 11:43 AM
so nak cakap budak2 terengganu tak pandai ke????????????
Quote Ina8895 7-10-2019 11:50 AM
R2D2 replied at 7-10-2019 11:35 AM
Mana mana artis pun bila jobs kurang mcm tu lah hidup
Create kontroversi

Artis kertu
Quote EmaAsmadi 7-10-2019 12:35 PM
Budak 10 tahun pun malas nak layan maya. Don't you get it?
Quote qistiena 7-10-2019 12:41 PM
masih relavankah acik nie???
Quote nanies 7-10-2019 01:32 PM
palmolive replied at 7-10-2019 11:38 AM
Menyesal aku dulu malas baca
cakap inggeris sentiasa pelat lidah
nasib la baik pernah ku hafal

Ada modal nak bercerita
ada benda nak diniaga
biar akhir dia tersedar
siapakah aku sebenar
Quote peko_lolo 7-10-2019 01:38 PM
rospinki replied at 7-10-2019 11:08 AM
maya ni ada penyakit tiriod mata terbeliak-beliak
keco dak umo 10 tahun tak reti english..tu bukan ...

Betul ke weh mata terbeliak tu tiroid?
Quote mea 7-10-2019 01:54 PM
peko_lolo replied at 7-10-2019 01:38 PM
Betul ke weh mata terbeliak tu tiroid?

iolss cek tiroid ritu pasal nilah..doktor tgk mata mcm terbeliak...result? syukur bebas tiroid...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036572 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top