CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Warisan, Netizen Kata 'Tak Ada Ummph!'

7-10-2019 11:52 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 16858| Komen: 99|Original author: Tukang Tulis

Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dalam Kongres Maruah Melayu. Kredit foto: Facebook / Astro Awani

Kritikan terbuka terhadap nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ti memang amat jarang sekali kedengaran.

Rata-rata orang ramai memuji suara beliau yang tidak pernah sumbang dan sentiasa memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.


Namun, sekumpulan netizen mempunyai pandangan berbeza terhadap persembahan Tok Ti semasa menyampaikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) bagi mengiringi ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam 6 Oktober.

Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tokoh-tokoh politik dan agama Melayu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu. Kredit foto: Facebook / 
Sebahagian daripada mereka mendakwa Tok Ti tidak menghayati sepenuhnya maksud lagu yang bertujuan membangkitkan semangat orang Melayu itu.

Malah, ada yang berterus terang mengatakan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tersebut dalam nada yang sumbang.

Kredit foto: Facebook
Beberapa netizen pula mempersoalkan tentang bait lirik pada bahagian akhir lagu yang tidak sama dengan versi asal yang ditulis oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi.

Bait yang pada asalnya berbunyi 'Melayu kan gagah di nusantara' ditukar kepada 'Kita kan gagah di nusantara'.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Sebenarnya perubahan lirik itu tiada kaitan dengan Tok Ti kerana lirik baharu telah digunakan selewat-lewatnya pada tahun 2012.

Lirik baharu. Kredit foto: 1LIRIKLAGU.COM
Lirik asal. Kredit foto: Blog Mesin Taip Buruk
Nampaknya Tok Ti juga sudah terheret dalam kancah perang politik yang semakin panas antara penyokong-penyokong pelbagai parti politik di Malaysia. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Ina8895


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 7-10-2019 11:58 AM
Nak melobi kot
Quote GegarVaganja 7-10-2019 12:02 PM
Low note dia tak sedap.
Gitu kau Ganja kritik low note Tokti
Tapi yela, kenapa suara dia macam membesar?

Quote potsshine 7-10-2019 12:11 PM
dia mmg dh kureng nyayiannya...dh lama x excersise kot..
Quote Kurex 7-10-2019 12:24 PM
Tak sedap.. Lagi2 ada mader.. Puihhh
Quote sleepandream 7-10-2019 12:24 PM
semua gigih feeling2 juri pengkritik profesional gitewww...
Quote Victorioussss 7-10-2019 12:41 PM
Pebende low note mcm ade something kt hidung

Iols ckp pasal penyanyi indon
Quote Perawankota 7-10-2019 12:52 PM
Lain gila dah suara tok ti skang
Quote missannabella 7-10-2019 12:53 PM
Kenapa mak cik dengar okay je. Bukan jilat. hahaha.  Malam tadi dkt BS je mcm semput. Dia demam katanya ye.
Quote sokmogitu 7-10-2019 12:55 PM
Tak boleh ke dia say NO untuk event2 mcm ni? Dulu-dulu saloma,  Sharifah aini takde beriya nyanyi untuk event politik pun. Lagu-lagu camni baik bagi Roy/ND Lala je nyanyi. Takpun Bob Mesra
Quote jlocute 7-10-2019 12:57 PM
Tok ti x sihat kan beberapa hari ni.. batuk selsema
Quote damian_lee 7-10-2019 01:14 PM
GegarVaganja replied at 7-10-2019 04:02 AM
Low note dia tak sedap.
Gitu kau Ganja kritik low note Tokti
Tapi yela, kenapa suara dia mac ...

Memang suara dia dah membesar dah ganja
X senipis time muda remaja dulu

Tapi nak kata xsedap idoklah
Namun nak kata sedap sangat2 idoklah gak
Quote LembingDayanti 7-10-2019 01:16 PM
aku rasa dia ni tak sihat. kat bigstage pun suara macam sherk. aku rasa dia sakit tekak.
Quote Orix 7-10-2019 01:23 PM
suara dia da besar.................. iols masih xleh lupa kenangan tkejut dgar suara sheols masa opening lagu aku cinta padamu kt ct n frens.....
Quote af_mania 7-10-2019 01:26 PM
sokmogitu replied at 7-10-2019 12:55 PM
Tak boleh ke dia say NO untuk event2 mcm ni? Dulu-dulu saloma,  Sharifah aini takde beriya nyanyi un ...


Penyanyi lelaki yg sesuai lagu patrioritik: Roy

Wanita: Liza Hanim or Aishah
Quote jee72 7-10-2019 01:27 PM
Nyanyi lagu mcm ni pun nk control cun, tu yg nmpk tak menjiwai.
Quote GegarVaganja 7-10-2019 01:29 PM
damian_lee replied at 7-10-2019 01:14 PM
Memang suara dia dah membesar dah ganja
X senipis time muda remaja dulu


Tapi yolah. Faham, xkan la selamanya suara kekal sebegitu kan. Setiap orang pun akan menua jua suatu hari kan. Maka, suara pun akan seiring dengan suara. Tapi ok la, sebab teknik vokal Tokti masih maintain, idok la macam Fauziah Latiff. Nampak struggle bila dia nyanyi bila dah berusia.
Quote whadda 7-10-2019 01:29 PM
nape lagu ni macam lagu nak dodoikan anak je
Quote damian_lee 7-10-2019 01:40 PM
GegarVaganja replied at 7-10-2019 05:29 AM
Tapi yolah. Faham, xkan la selamanya suara kekal sebegitu kan. Setiap orang pun akan menua jua sua ...

Pojiah latip nyanyi lagi ke?
Mcm xpenah nampak plak

Tapi kak pojiah memang off sejak azali kan ganja ...
Quote hyie 7-10-2019 01:49 PM
sape folo ig sheols taulah kondisi sheols yang tak berapa sihat sekarang inniew...sementelah sheols bukannya nak amik event ni pon pada asalnya, tapi mat sabu yang gegedik suruh khuens...bayangkan sheols tak cukup rehat..agittewww #teamkaratz

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top