Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dalam Kongres Maruah Melayu. Kredit foto: Facebook / Astro Awani
Kritikan terbuka terhadap nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ti memang amat jarang sekali kedengaran.
Rata-rata orang ramai memuji suara beliau yang tidak pernah sumbang dan sentiasa memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Namun, sekumpulan netizen mempunyai pandangan berbeza terhadap persembahan Tok Ti semasa menyampaikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) bagi mengiringi ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam 6 Oktober.
Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tokoh-tokoh politik dan agama Melayu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu. Kredit foto: Facebook /
Sebahagian daripada mereka mendakwa Tok Ti tidak menghayati sepenuhnya maksud lagu yang bertujuan membangkitkan semangat orang Melayu itu.
Malah, ada yang berterus terang mengatakan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tersebut dalam nada yang sumbang.
Kredit foto: Facebook
Beberapa netizen pula mempersoalkan tentang bait lirik pada bahagian akhir lagu yang tidak sama dengan versi asal yang ditulis oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi.
Bait yang pada asalnya berbunyi 'Melayu kan gagah di nusantara' ditukar kepada 'Kita kan gagah di nusantara'.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Sebenarnya perubahan lirik itu tiada kaitan dengan Tok Ti kerana lirik baharu telah digunakan selewat-lewatnya pada tahun 2012.
Lirik baharu. Kredit foto: 1LIRIKLAGU.COM
Lirik asal. Kredit foto: Blog Mesin Taip Buruk
Nampaknya Tok Ti juga sudah terheret dalam kancah perang politik yang semakin panas antara penyokong-penyokong pelbagai parti politik di Malaysia. - CARI
|