Filem dampak yang tidak bocor hanya berjaya kutip 600 ribu sahaja walau pelakonnya Aron jugak. Kes KL GANGSTER 2 ni agak pelik Hari pertama tayangannya dah kutip 1.2 juta Jumlah setakat ni untuk 4 hari dengarnya dah 3.4 juta. Ramai yang sokong film melayu lagi nampaknya. KL Gangster 2 Kutip RM1.2 Juta Hari Pertama Tayangan Tahniah diucapkan buat pihak produksi yang terlibat. Nampaknya dengan kejayaan ini, ia sekaligus membuktikan bahawa penonton masa kini sudah semakin matang dan bijak untuk menilai kualiti sebenar karya seni anak muda tempatan seperti Syamsul Yusof.Dalam pada itu, mungkin dengan kehadiran barisan pelakon-pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Razak serta Riduan Hashim turut dijadikan sebagai salah satu tarikan utama penonton untuk melihat aksi-aksi hebat mereka di pawagam berbanding di dalam CD.Bagaimanapun, diharapkan dengan kutipan tertinggi filem KL Gangster 2 ini, sedikit sebanyak ia akan membakar semula semangat Syamsul untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih hebat di masa akan datang.
|
ADVERTISEMENT