Majlis graduasi memang sangat dinantikan oleh para pelajar universiti setelah bertahun berpenat lelah menuntut ilmu di menara gading.
Sudah pasti, para graduan tidak senang duduk memikirkan busana pakaian untuk digayakan di hari bersejarah tersebut. Kerana sudah pasti akan ada sesi bergambar bersama sahabat handai dan keluarga untuk diabadikan sebagai tanda sudah bergelar siswazah di universiti. Namun, setiap tahun pasti ada rungutan mengenai gambar tidak cantik ketika menerima skrol ijazah di atas pentas. Ada yang tak 'ready', tak senyum dan sebagainya. Berikutan perkongsian seorang pengguna twitter ini, ramai pula yang memberi respon mengenai gambar 'tak jadi' mereka ketika menerima ijazah. "Tak sia-sia bayar RM 50, tak sia-sia 4 tahun belajar, I am proud"
Pengguna twitter DannyAl Zainal ini telah berkongsi gambar konvokesyen beliau yang tidak seperti diharapkan dek kerana juraian papan mortar yang dipakai menutupi wajahnya ketika majlis tersebut. Justeru itu, ramai pula warganet memberi respon dan berkongsi gambar-gambar 'tak jadi' mereka di atas pentas. Kelakar habis! Bayar RM 250 dapat gambar tengah tidur Seperti dirasuk pun ada Nasib kita sama... Siap edit, kreatif betul! Yang ini terus Missing In Action! |
ADVERTISEMENT