Berita Harian baru-baru ini telah melaporkan lima kematian melibatkan perokok vape di Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan itu, ribuan lagi pengguna kini menghidap pelbagai penyakit pulmonary, malahan ada remaja yang kini sedang koma berdepan maut.
Bagaimanapun, kesan negatif ini cuba dibangkang oleh pengguna-pengguna tegar dan pengusaha produk vape tempatan yang tertekan dengan kisah negatif itu. Di sebuah portal Facebook Smokers Confession MY, sebuah kenyataan mempertahankan penggunaan vape dengan mendakwa semua mangsa kes kematian menggunakan produk dari pasaran gelap iaitu e-kanabis, berbeza dengan produk yang dipasarkan di pasaran tempatan. Admin portal itu mendakwa produk yang membawa maut itu dicampur dengan bahan-bahan yang merbahaya seperti ganja sedangkan produk yang ada di pasaran tempatan tidak mempunyai sebarang campuran. Kenyataan admin portal itu sebenarnya bertentangan dengan laporan susulan yang mengatakan tidak ada campuran larangan dalam kes kematian tersebut, dan kematian yang sama juga boleh berlaku sama seperti produk yang sama di pasaran. Satu lagi hujah penyokong vape ini mengatakan buat masa ini belum ada kematian di Malaysia, jadi bolehlah merokok sesuka hati tunggu ada kematian dulu baru berhenti, dan kononnya berita kematian itu hanyalah digembar-gemburkan untuk menakutkan perokok vape. Tidak cukup dengan itu, ada juga pro-vape yang berkata vape walaupun tidak 100% selamat tetapi sekurang-kurangnya ianya selamat sedikit daripada merokok . Kenyataan ini telah dinafikan oleh beberapa pakar kesihatan tempatan yang menyatakan impak vape sama bahayanya seperti merokok kerana kandungan kimia yang digunakan tidak dikawal. Mereka tidak menyedari bahawa option yang jauh lebih baik ialah berhenti merokok dan berhenti vape.- CARI
|
Gingerly replied at 25-10-2019 11:56 AM
Memang tidak bahaya pun vape ini bila setakat sukatan solution yang memadai. Yang rip kat us nun seb ...
gideoncross replied at 27-10-2019 04:27 PM
Mls nak bca sbb mmg dh thu vapers tegar xkan mngalah dlm issue ni. Lantak lh korg.
Sang_Pencinta replied at 28-10-2019 06:04 PM
Kalau baca puak tu punya defence di Lobak Merah lagilah sakit hati
ADVERTISEMENT