CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Cuba Sembunyi Dalam Longkang Lepas Pecah Rumah

29-10-2019 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3373| Komen: 16

Orang awam menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah longkang di Taman Inderapura, Kuantan jam 11 malam kelmarin.

Berita Harian melaporkan, mayat lelaki berkenaan disyaki terbabit dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah pada Jumaat lalu.



Foto: BH Online

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menemui mangsa berusia 47 tahun dalam keadaan tertiarap, dengan berseluar jeans, tetapi tidak berbaju.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, berlaku kejadian cubaan pecah rumah dalam kawasan perumahan itu pada Jumaat lalu.

“Ada kemungkinan mangsa lari menyembunyikan diri di bawah longkang itu,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan awal forensik tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan.


Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 29-10-2019 12:02 PM
bekas cikgu kata nya
kesian
Quote Atata 29-10-2019 12:05 PM
Tlampau neves sampai kena sakit jantung ke
Quote MissLana 29-10-2019 12:07 PM
saviour_09 replied at 29-10-2019 12:02 PM
bekas cikgu kata nya
kesian

kesiannya knp jd bekas cikgu umur pun belum pencen lg tu. sampai nak pecah masuk rumah org. sakit mental kot
Quote chinta89 29-10-2019 12:17 PM
biar btl... pengakhiran hidup aib mcm tu. ye ke cubaan pecah rumah? jgn2 kes lain? dosa weyh kalau bukan itu yg sebenanrya. malu keluarga deols kalau ini fitnah.
Quote rosli_nurizzati 29-10-2019 12:31 PM
aku tak tau pasaipa aku rasa simpati dgn nasib dia ni. mcm mental breakdown pun ada... curious about his life story? apa yang sebab dia jadi mcm ni.
Quote saviour_09 29-10-2019 12:33 PM
MissLana replied at 29-10-2019 12:07 PM
kesiannya knp jd bekas cikgu umur pun belum pencen lg tu. sampai nak pecah masuk rumah org. sakit  ...

mental or not pecah rumah or not
tak sure


yg sure nya he is an ex teacher & ex wife pun dah confirm kan



Quote saviour_09 29-10-2019 12:36 PM
KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Taman Inderapura, di sini malam tadi.


Mayat mangsa dikenali sebagai Rosmizi Suhani, 47, beralamat di Kampung Razali, Jalan Gambang, di sini ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam sebelum penemuan dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa hanya berseluar jeans tanpa baju ketika ditemui.


Menurutnya, hasil pemeriksaan awal, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.

“Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan pengecaman bekas isteri berdasarkan tanda pada lengan kanannya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



aka cikgu mizi
so aku assume dia ni bekas cikgu la
& a few komen yg cakap benda sama

Quote skullcandy 29-10-2019 01:11 PM
sudah ajal begitu..
Quote whadda 29-10-2019 02:08 PM
oo ex cikgu ke.. cemane boleh buat keje pecah rumah pulak.. pengakhirannye pon kat longkang
Quote kimsa-ra 29-10-2019 02:11 PM
Takziah..xbetul kot..
Quote Kurex 29-10-2019 02:24 PM
takut sangat kot....... mungkin ni 1 st time...
Quote clarizsa 29-10-2019 02:30 PM
Hmmm
Tuhan dah tolong jatuhkan hukuman
So

THANK GOD
Quote supermum 29-10-2019 03:11 PM
Ke dia jatuh. Coincidence pulak ada kejadian pecah rumah hari tu. Speculation je dia pelaku.
Quote mdhelmi 29-10-2019 03:39 PM
adui nape dikaburkan
Quote hiswife 29-10-2019 03:50 PM
Kesiannya.. Hopefully tak betul la pasal pecah rumah tu
Quote nono86 1-11-2019 07:54 PM
Mati dalam iman

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.176452 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top