CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hattan Bengang Dengan Stesen Radio Popular Tempatan, Dah Kenapa Datuk?

30-10-2019 10:34 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9078| Komen: 41|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Hattan kesal dengan stesen-stesen radio popular tempatan yang dikatakan mengamalkan dwistandard.

Kredit foto: Instagram

Penyanyi rock otai, Datuk Hattan kecewa dengan sikap stesen-stesen radio tempatan yang didakwa mengamalkan dwistandard terhadap artis-artis senior yang seangkatan dengan beliau.

Memetik status dalam laman Facebooknya pada 29 Oktober, single yang dihasilkan artis-artis senior jarang disiarkan kecuali oleh stesen-stesen radio dalam talian.

Hattan menyatakan, stesen-stesen radio popular agak keberatan untuk memainkan lagu artis-artis senior dengan menjadikan rating sebagai alasan.

"Come on..guys..be pro...lah sikit.. ingat senang ke recording... adil lah sikit... ni bila nak konsert pandai pulak panggil senior artis turun...

"Search..Wings..Datuk Ramli Sarip, Datuk M Nasir semua masih power lagi," katanya.



Amy Search masih menjadi pilihan penganjur-penganjur konsert di Malaysia.
Kredit foto: Instagram

Beliau turut memberi contoh tiket konsert M Nasir yang habis dijual walau single yang dihasilkannya belum tentu disiarkan stesen radio.

"Yang dia orang mainkan lagu lama... tapi apa nak buat, radio bapak dia orang punya... kita yang senior ni melukut di tepi gantang," katanya.


Tiket konsert M. Nasir sentiasa habis dijual. Kredit foto: Instagram

Sebagai penyelesaian, Hattan mencadangkan agar persatuan artis mengendalikan stesen radio sendiri agar artis-artis senior sepertinya tidak dipinggirkan.

Betul juga cakap Hattan, lagu dan muzik yang dibawakan oleh artis-artis senior jauh lebih berkualiti daripada sebahagian besar artis baharu yang lebih terkenal dengan gosip berbanding bakat mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-10-2019 10:42 AM
Kurex dengar suria je... Ada je lagu lama dimainkan walaupun tak banyak
Quote Ina8895 30-10-2019 10:50 AM
Biso bonar
Quote cicicumel 30-10-2019 11:03 AM
Betol jgak dia cakap. radio psang artis bbnu tapi tang konsert atau show stealer utk award2 besar, artis senior atau lagu artis senior jugak yg dorang panggil.
Quote Ina8895 30-10-2019 11:05 AM
cicicumel: Betol jgak dia cakap. radio psang artis bbnu tapi tang konsert atau show stealer utk award2 besar, artis senior atau lagu artis senior jugak yg dorang ...


Artis instafemes bila buat show ke laut
Quote Boomibulat 30-10-2019 11:07 AM
Kurex replied at 30-10-2019 10:42 AM
Kurex dengar suria je... Ada je lagu lama dimainkan walaupun tak banyak

Dgr radio klasik lg best semua lagu lama..btw mana gmbr kg misa?
Quote wordlife 30-10-2019 11:08 AM
sebenarnya bukan artis lama je kena layanan mcm
ni, artis baru pon kena jua. rasa mcm ada unsur favoritisim dalam kalangan radio sendiri. nak tahu sapa, dengar jela radio lagu mana yang setiap jam setiap masa berputar. 2,3 orang tu jua. maybe sebab ada kabel kuat or bayar duit tepi
Quote Kurex 30-10-2019 11:11 AM
Boomibulat replied at 30-10-2019 11:07 AM
Dgr radio klasik lg best semua lagu lama..btw mana gmbr kg misa?

Tak sempat pergi sana.. Sebab hujan.. Kitaorang jalan ipoh je
Quote kakakko 30-10-2019 11:12 AM
wordlife replied at 30-10-2019 03:08 AM
sebenarnya bukan artis lama je kena layanan mcm
ni, artis baru pon kena jua. rasa mcm ada unsur fav ...

Ai rasa more to pilihan pendengar. Semua ni sebab nak jaga rating.
Quote hyie 30-10-2019 11:12 AM
sebab target radio berentak urban lebih kepada pendengar bbnu, acik2 mana la nak layan radio sangat. Sementelah acara live, konsert, pulak lebih kepada segmen pasaran acik2, dan juga bbnu...gitulah perumpamaannya. Iols pun tak rasa Datuk Hattan dengar radio hari2...dan beli album semua artis Malaysia kan...tapi ada je radio yang mainkan lagu2 baru artis senior cuma tak popular lah..
Quote hyie 30-10-2019 11:13 AM
acik2 kan dah stuck kat zaman lagu2 artis menjerit nak terkeluar anak tekak, lagu2 rock kapak...ko rasa?
Quote Janetnasuha 30-10-2019 11:14 AM
Letak lah lagu dlm spotify
Quote Ina8895 30-10-2019 11:16 AM
hyie: sebab target radio berentak urban lebih kepada pendengar bbnu, acik2 mana la nak layan radio sangat. Sementelah acara live, konsert, pulak lebih kepad ...


Kat spotify banyak je lagu artis otai
Quote lasagna 30-10-2019 11:20 AM
sbrnya kasi chance bbnu gak, tetapi yg lama tak dilupakan juga kann..
Quote Madel 30-10-2019 01:07 PM
Memalam sambil tunggu anak sedara aku abis tuisyen layan radio Suria Cinta dgn DjLin
Semua lagu2 lama 80an.
Mesti juga sesambil layan perasaan n dengar kisah cinta pendengar
Quote Perawankota 30-10-2019 01:22 PM
Aku jarang dengar radio.. Abis kuat bukak YouTube.. Tu pon bkn selalu... Naik kereta bukak gak radio.. Tp kereta pon gerak seminggu sekali jer.. So, mmg lmbt sikit lah nk tau lagu2 baru ni..
Quote Psfzi 30-10-2019 01:47 PM
Normal la tuuu... adat duniawi
Quote YomiuriLandMae 30-10-2019 01:59 PM
dia sebab artis2 senior ni showmanship, vocal performance wise mmg superb sbb tu laku keras utk konsert2, award2 sbb kena nyanyi live tp xde commercial value..

artis2 bbnu plak commercial value (song, appearance, fans service) mmg tip top itu x dinafikan.. tp in term of performance quality mmg ke laut dlm la..

so radio msti la pentingkan commercial value maa.. sbb in the end it's all about business!
Quote bondeh 30-10-2019 02:42 PM
Kurex replied at 30-10-2019 10:42 AM
Kurex dengar suria je... Ada je lagu lama dimainkan walaupun tak banyak

dulu kini & selamanyaaaa 'Dari Kekasih Kepada Kekasih' lagu crush dgn bdk MBS sekolah chuolls kan mahayemmmm
Quote hyie 30-10-2019 03:07 PM
Ina8895 replied at 30-10-2019 11:16 AM
Kat spotify banyak je lagu artis otai

spotify hampir semua artis ada..dan spotify bukan radio yach...cumanya, kalau sesebuah lagu tu dimainkan kat radio, lebih cepat jadi hits dan sampai kepada pendengar...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074129 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top