CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memalukan! MotoGP Sepang Dicemari Insiden Kecurian Alat Ganti, Komputer

4-11-2019 10:38 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4161| Komen: 20|Original author: Tukang Tulis

Insiden kecurian di khemah lima pasukan MotoGP Sepang mengakibatkan kerugian lebih RM200,000. Kredit foto: Lalasport

Lima pasukan yang bertanding dalam MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini dikejutkan dengan insiden kecurian alat ganti motosikal dan peralatan komputer bernilai lebih RM200,000.

Memetik laporan Lalasport pada 1 November, pasukan-pasukan yang terlibat adalah Gaviota Angel Nieto, CIP Green Power, BOE Skull Rider Mugen Race, Reale Avintia Arizona 77 dan Red Bull KTM Garlic. 

Difahamkan, kesemua pasukan berkenaan tidak mempunyai tempat di padok kerana ruang tidak mencukupi dan mereka diletakkan di khemah yang didirikan di tempat letak kereta P1.

Menurut pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi, pencuri telah mengambil set lengkap penyerap hentakan, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel, pemanas tayar, spring untuk fork dan penyerap hentakan belakang.


"Kami berharap pengurusan litar akan memberi maklum balas terhadap insiden ini," katanya.

Penyerap hentakan adalah salah satu komponen motosikal yang dicuri (Gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian Online, polis telah menahan tiga pekerja syarikat keselamatan yang kesemuanya lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 30-an bagi membantu siasatan berhubung insiden kecurian tersebut.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah menjelaskan, mereka ditahan kira-kira pukul 1 pagi pada 3 November dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

"Kita masih menjalankan siasatan sebelum mengesahkan sama ada ketiga-tiga pekerja keselamatan itu terlibat atau tidak kerana semasa kejadian berlaku mereka sedang bertugas di sekitar lokasi. Polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi," jelasnya.

Pasukan Angel Nieto turut menjadi mangsa kecurian (gambar hiasan). Kredit foto: MotoGP.com
Beliau memberitahu, kawasan insiden berlaku adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik oleh Litar Antarabangsa Sepang.

Mereka yang didapati bersalah mencuri mesti dikenakan hukuman maksimum kerana perbuatan jenayah ini telah mencemarkan nama negara. - CARI
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TravellingBear 4-11-2019 10:49 AM
Astagaaaaaa
Quote batmana 4-11-2019 11:03 AM
kerja org dlm juge ni.

pstu pengurusan litar pun sengal, tak pantau sekuriti situ..

Quote Melorqe 4-11-2019 11:30 AM
syarikat baru tubuh ke ni?
Quote Sangkar_Emas7 4-11-2019 11:40 AM
Serius laaa....buat malu je. Haihhhh.
Quote kentel 4-11-2019 11:41 AM
PPRT nya security.....ambik penyamun bekerja cmni la...
Quote Kurex 4-11-2019 11:42 AM
kurex dapat tiket free tapi tak pergi.... sebab tak minat...
Quote Ina8895 4-11-2019 11:51 AM
Geng mat rempit kot
Quote Ina8895 4-11-2019 11:59 AM
Kurex: kurex dapat tiket free tapi tak pergi.... sebab tak minat...


Nasib baik ko tak pegi. Kalo tak diaorang ingat ko yang curi
Quote saviour_09 4-11-2019 12:14 PM
ni yang curi
yg bergaduh bertumbuk berkungfu dgn security sebab tak dapat masuk pun ada

beza bikers dgn rempit
ni la dia

Quote Artemesiaa 4-11-2019 12:22 PM
Harap bukan kes pencuri sekongkol dengan guard supaya senang masuk mencuri macam yang selalu berlaku di kawasan perumahan sudah
Quote orgsepang 4-11-2019 12:37 PM
Memalukan. Jangan pihak keselamatan cums tegas bab barang & makanan yang tak boleh dibawa masuk saja.
Quote zorrro_03 4-11-2019 12:57 PM
menteri tisu koyak kena jawab...  mcm2 sial laaa pentadbiran baru niiiii
Quote Ina8895 4-11-2019 01:48 PM
saviour_09 replied at 4-11-2019 12:14 PM
ni yang curi
yg bergaduh bertumbuk berkungfu dgn security sebab tak dapat masuk pun ada


Mat indon yg tumbuk orang tu
Quote saviour_09 4-11-2019 02:00 PM
Ina8895 replied at 4-11-2019 01:48 PM
Mat indon yg tumbuk orang tu

sama2 bertumbuk sis
3 lawan 1
babi pun boleh mati
tapi ok la indon tu steady lg boleh berdiri lepas kena keronyok macam tu

spesis nak bergaduh bertumbuk je ni tak boleh hidup bermasyarakat
elok duduk hutan rimba

Quote kasibiman 4-11-2019 02:18 PM
sekuriti = gaji rendah. sbb kalau gaji mahal inflasi.

sudahnya ini la kualiti yg dapat.
Quote Perawankota 4-11-2019 03:04 PM
Adoi... Mestilah org dalam tu jugak..
Quote top5complete 4-11-2019 03:52 PM
kecurian 200k korang kecoh.. rompakan 2 billion tak pula kamu kecoh?
Quote maharani_gebu 4-11-2019 04:31 PM
ntah2 kes bertumbuk tu saje drama sebab saje nak alih perhatian security supaya geng curik bule buat kje hanat diorg!

Quote Ladybird910 5-11-2019 08:08 AM
Kurex: kurex dapat tiket free tapi tak pergi.... sebab tak minat...

Laaaa.awat xminatt?kan byk laki sado sanaa..blh cuci mata..

klu tau xmo pigi blh amik tix dr kurex..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071364 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top