Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengejutkan orang ramai dengan berita kecederaan dialaminya dalam satu kemalangan ketika berbasikal. Memetik Harian Metro, kejadian berlaku ketika penceramah bebas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, Kuala Terengganu, petang semalam. Menurut laporan, sebelum kejadian UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya berkenaan. Malangnya, UAI terpelanting apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut mengakibat penceramah itu mengalami patah tangan kiri dan hidung. Difahamkan, pembantunya, Wan Safari Wan Ahmad berkata, UAI dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan segera. Dalam kemas kini di laman sosial penceramah itu memaklumkan UAI akan menjalani pembedahan di bahagian lengan. |
MarryPottet replied at 5-11-2019 10:32 AM
Takziah & moga diberi kesembuhan segera
Dunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berh ...
Boomibulat replied at 5-11-2019 10:34 AM
Basikal pn dh canggih zmn skrg..basikal tua dulu2 x de pun masalah berenti mengejut mcm ni..
MarryPottet replied at 5-11-2019 11:03 AM
1st time ni aku dengar kes basikal berhenti sendiri secara mengejut walau secanggih mana pun basik ...
MarryPottet: Takziah & moga diberi kesembuhan segeraDunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berhenti sendiri secara mengejut. Basikal cap apa agak ...
Knowlesi replied at 5-11-2019 07:24 PM
"Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ni"
Untungnya jadi orang yang dikenali dan berdui ...
ADVERTISEMENT