CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergambar Atas Kubur, Pemilik Butik Mohon Maaf Selepas Dihentam Teruk

7-11-2019 10:59 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5131| Komen: 26|Original author: natrahn

Kredit Foto : FB Viralpress Malaysia


Pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26 akhirnya tampil meminta maaf apabila mendapat kecaman hebat orang ramai usai gambar penggambaran pakaian pengantin di kawasan perkuburan Kristian butik beliau menjadi viral di media sosi@l.

"Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,"katanya memetik laporan Harian Metro.


Gambar itu  tular di media sosi@l hingga mengundang kemarahan warganet yang kurang senang dengan tindakan jurugambar seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam mahupun penganut agama Kristian.

Kredit foto: Twitter

Menurutnya, gambar yang diambil pada Ahad lalu adalah untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti.

"Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.

"Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.

"Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,"katanya ketika dihubungi Harian Metro malam tadi.

Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya dan apabila ia menjadi tular, beliau menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.

Beliau memaklumkan menerima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan meminta warganet tidak menyalahkan model yang terlibat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan meranalah badan. Banyak lagi tempat-tempat menarik untuk meragakan pakaian perkahwinan dan banyak lagi cara untuk promosikan perkhidmatan.

Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.- CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-11-2019 11:03 AM
aku jenis tak faham kalau dridal dress dibuat kepuk kepuk macam tu..
Quote melati00 7-11-2019 11:15 AM
Nak cari kelainan konon..agak agaklah takkan tak boleh berfikir..kalau lepas ni bangsa lain ambik gambar atas kubur orang islam pulak apa perasaan...harap bodoh tu simpan sikit..
Quote buapakperut 7-11-2019 11:18 AM
baju nya so yesteryear, design kena dengan kuburan. btw model ni memang takde common sense ke, ikut je arahan semua sampai baring kat celah tu. hadoi..
Quote stargazer20 7-11-2019 11:21 AM
Mana letaknya otak ko dik???hormat lah tempat persemadian agama lain...nak promosi butik banyak lagi tempat  menarik di Msia ni..
Quote Boomibulat 7-11-2019 11:27 AM
Janji org sedar kewujudan butik dia..
Quote MadameOnion 7-11-2019 11:34 AM
semoga bisnes mu ke kuburan  dan hantu2 kubur tu mengikut korang balik ke rumah dan menghantui korang seumor hidup (termasuk model bimbo dan jurukamera)
Quote Artemesiaa 7-11-2019 11:46 AM
Bertindak tampa berfikir akibat sendiri juga yang susah akhirnya
Quote imransulaiman 7-11-2019 11:52 AM
Koleksi peribadi paleotak! {:laugh
Quote cutieslilies 7-11-2019 12:00 PM
alasan ko tu pelik sgt..... mcm tak sekolah... respect laaa tempat org.... bukan umur 6 tahun..26 kottt


betullah kata netizen..bodoh tu free...tp dia nie kaut semua tak tinggal sikit pun ....
Quote RatuDunia94 7-11-2019 12:54 PM
One ko setuju utk muat naik kat mana2 platform sosial.. ko dh boleh expect kot benda tu akan jd viral.. lain la ko muat naik gambar masak sambal belacan je.. siput sedut ke.. mmg x lah org nk viralkan.. ni gambar pengantin muslim kat kubur kristian.. what are you thinking??
Quote fushimi 7-11-2019 01:07 PM
Kurex replied at 7-11-2019 11:03 AM
aku jenis tak faham kalau dridal dress dibuat kepuk kepuk macam tu..

itulah pesen nama dia

kurex apa tau asyik nak BERSEMOGA je
Quote azhardanil 7-11-2019 01:09 PM
Dia mintak maaf.. Tapi skrg org dah kenal butik die.. Advantage?
Quote cmf_shalom 7-11-2019 01:25 PM
Jilaka...adoi hahhaha FB_IMG_1573103298146.jpg
Quote sarah82 7-11-2019 01:34 PM
cmf_shalom replied at 7-11-2019 01:25 PM
Jilaka...adoi hahhaha

Wei.. Aku pinjam.. Hahahaha.. Patutnya wajah hantu kak limah wei
Quote EvieWanKenobi 7-11-2019 01:37 PM
merepek sungguh..
akal letak mana?
Quote cmf_shalom 7-11-2019 01:47 PM
sarah82 replied at 7-11-2019 01:34 PM
Wei.. Aku pinjam.. Hahahaha.. Patutnya wajah hantu kak limah wei

sila2..aku pun ambik dr org hehehe
Quote joyahglam 7-11-2019 01:48 PM

hahaha.. patutnya tapak tangan model tu bertukar sekali. baru real
Quote sarah82 7-11-2019 01:59 PM
cmf_shalom replied at 7-11-2019 01:47 PM
sila2..aku pun ambik dr org hehehe

Mesti hijabista otak tak ada ni dok dlm rumah kacip gigi sbb kena troll.. Selayaknya
Quote Kurex 7-11-2019 02:05 PM
fushimi replied at 7-11-2019 01:07 PM
itulah pesen nama dia

kurex apa tau asyik nak BERSEMOGA je

semoga kurex tak terkena sumpahan dress kepok2 ramlah ram

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.412129 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top