CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Soalan Susah, Calon SPM 'Serang' IG Peluncur Udara Yang Tak Disangka Benar-benar Wujud!

10-11-2019 10:06 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11942| Komen: 29|Original author: Oleh: natrahn

Gambar Hiasan Ihsan Google

Semata-mata kerana soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ada menyebut perihal kegiatan luncur udara (paragliding), sebahagian calon peperiksaan itu 'menyerang' Instagram Laura Melissa Wiliam yang terbabit dalam sukan itu.

Semuanya bermula apabila mereka gagal menjawab soalan Bahasa Inggeris kertas 2 yang memaparkan watak bernama Melissa yang suka dengan aktiviti sukan paragliding

Keadaan menjadi lebih hangat apabila calon mendapati Melissa sememangnya wujud di dunia sebenar serta menjumpai akaun Instagram beliau seperti dikongsikan di Facebook Cikgu Shah (Shahzalina Ghazali).



Lantaran itu, sebahagian warganet turut tampil memohon maaf di Instagram Laura Melissa berikutan tindakan calon SPM tahun yang dianggap tidak bermoral.




Tindakan tidak matang pelajar ‘bergurau’ dengan meninggalkan komen menyindir Laura Melissa telah mengundang rasa tidak senang pemilik akaun tersebut.

Mana tidaknya, tanpa berbuat apa-apa kesalahan dia menjadi mangsa buli siber pelajar Malaysia.




Melissa meminta mereka yang meninggalkan komen mencaci sebaiknya berfikir sebelum bertindak. Namun, pengalaman ini sangat membantu dalam kajian buli yang sedang beliau jalankan. 

Dia juga mengelak untuk memuat naik sebarang entri sehingga keadaan kembali reda.

Rasa sedih dan ralat melihat sikap generasi muda kita yang baru saja menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019. Itu baru soalan SPM. Bagaimana agaknya anak-anak ini menghadapi realiti kehidupan kelak?

Apapun, ibu bapa perlulah mendidik dan menjaga anak-anak ini supaya jadi lebih berakal, matang dalam tindakan dan juga lebih beradab. - CARI
1

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-11-2019 10:20 AM
Budak2 la ni.. Aku rasa lembik sgt.
Quote misssakura 10-11-2019 10:46 AM
kreatif budak2 ni. kalo iols tak terfikir pon nak buat gitu. tapi tu la... kreatif tak bertempat pulak.
Quote sfrnna 10-11-2019 10:51 AM
Middle name je pun. Aduhh budak2 ni.
Quote dua_chzy 10-11-2019 11:08 AM
Edited by dua_chzy at 10-11-2019 11:12 AM

Soalan tak susah pun. Yang bodo BI ja kata susah. Soalan bahagian ni senang kata stodens akak (yang pandai BI dan asal pedalaman kampung hutan).

Akak hada baca pasal sheols. Memula tu, kelakar ja komen2 yang muncul. Tapi bila dah rempit2 bodo BI datang mengomen, tu yang terus wujud komen caci maki tu.

Btw, sheol menafikan sheol memang watak dalam artikel tu? Cerita sheol dan cerita watak dalam artikel tu 99.99% sama dek. Sila salahkan pembuat soalan.
Quote evlinne 10-11-2019 11:40 AM
dua_chzy replied at 10-11-2019 11:08 AM
Soalan tak susah pun. Yang bodo BI ja kata susah. Soalan bahagian ni senang kata stodens akak (yang  ...

Camne bentuk soalannya sis? Cuba kupas sama2
Quote putericahaya999 10-11-2019 12:25 PM
Hahaha haha pembuat soalan inspired drp beliau Tapi lupa tukar nama watak
Quote dua_chzy 10-11-2019 12:28 PM
Edited by dua_chzy at 10-11-2019 12:33 PM
evlinne replied at 10-11-2019 11:40 AM
Camne bentuk soalannya sis? Cuba kupas sama2


Section C Kertas 2 ni hada 2 bahagian: 1. Reading Comprehension (Soalan Pemahaman - 10 markah) dan Summary (Rumusan - 15 markah). Soklan berdasarkan article. Tiap2 tahun article yang kuar memang berbentuk naratif (story).

Akak difahamkan soklan tahun ni senang berbanding tahun lepas. Stodens akak pon sunyum2 ja kuar dari bilik peperiksaan. Yang pandai la. Yang tak berapa nak pandai memang muka agak sugul akak lehat.

Akak tak nampak lagik soklan. But berdasarkan komen2 stodens Malaysia, nampaknya soklan berdasarkan pengalaman ngeri acik kokesen semasa paragliding.

IMG_20191107_080849.jpg
Quote RatuDunia94 10-11-2019 01:41 PM
Ayoo dik dr ko duk hadap fon menyumpah org. Better fokus for next paper.. time iols spm dulu x tau pon soalan tu bersarkan kisah benar ke tak.
Quote Victorioussss 10-11-2019 02:11 PM
Comel la melissa ni..mohon next time gliding jatuh kat laman rumah iols pulak ye

Boleh kita mandi sama2..
Eh..makan sama2

Typo
Quote adeqbun 10-11-2019 02:32 PM
aku lepas exam upsr pmr spm trus kambus soalan..xmau ingat dh..move on je ke nect paper..bile dh habes trus horeeeyyyy pedulikan ape yg dh dijawab..xkuasa la nak kecam org yg xde kaitan
Quote Psfzi 10-11-2019 02:54 PM
Lpas abis jwp exam tak pikir pon nk check bagai
Quote evlinne 10-11-2019 04:06 PM
dua_chzy replied at 10-11-2019 12:28 PM
Section C Kertas 2 ni hada 2 bahagian: 1. Reading Comprehension (Soalan Pemahaman - 10 markah) d ...

iols masih tapaham

Cuma iols tertarik dgn display picture kat bawah sekali tu uols ke?
Quote LadyCarefree 10-11-2019 04:11 PM
Dah usetard instafemes pon dok komen2 membahan kt ig orang xfaham BM pastu semua pakat gelak. Konon bertambah lawak sbab orng yng dibahan xfaham.
Iols pelik jenis yng rasa ni lawak. Ckap BM orng tu xfaham pastu sndiri rasa lawak.
Quote dua_chzy 10-11-2019 04:14 PM
evlinne replied at 10-11-2019 04:06 PM
iols masih tapaham

Cuma iols tertarik dgn display picture kat bawah sekali tu uols ke?


Pembuat soklan SPM huntuk bahagian C kertas 2 ni barangkali inspired by Melissa punya kisah. So he/she pun buat la artikel pasal cerita si Melissa ni yang hampir hilang nyawa masa pi paragliding. Stodens kita found out Melissa ni wujud in real life. Tu yang deyol pi membatak mengomen di Insta acik Melissa.

Memang soklan BI SPM selalunya berdasarkan kisah benar. Dolu2 pernah kuar soalan pasal Yin yang diselamatkan oleh Mila the Beluga whale. Yang tu pon wujud dan memang kisah benar bila akak goohle.

Gamba bawah tu bukan aiol. Tak pasan pulok. Screenshot ni aiol amek dari sorang cikgu. Dah terpampang pulok wajah deyol laki bini di porom ni.
Quote mizzmimi 10-11-2019 04:22 PM
ni lah bahana budak bodoh dapat internet

buat malu nama malaysia ja
Quote shernazz 10-11-2019 05:06 PM
Habisntu
Takkan nak.letak.vivy yusof?
Quote belilies 10-11-2019 06:30 PM
Saban tahun makin kretip kebengapan pljr lemah ni. Lagi2 lepas batch dak SPM 7g.
Quote isseliparjepun 10-11-2019 06:50 PM
Contoh kebanyakan remaja Malaysia menggunakan socmed tanpa berfikir panjang. Sedih. Kalau tengok di page page viral, remaja seawal usia 12 tahun pun dah pandai menggunakan bahasa kasar menghentam dan memerli sarkastik pengguna medsod lain. Harap2 forumer termasuk aku pun akan pantau penggunaan telefon pintar dan medsos anak anak serta anak buah.
Quote damsel_fiji 10-11-2019 08:02 PM
bila si bangang2 dapat internet..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.188689 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top