CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gantung Diri Lepas Bunuh Isteri Kerana Cemburu Dengan Hritik Roshan

13-11-2019 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6901| Komen: 43

Dek kerana api cemburu, lelaki tergamak menikam isterinya sampai mati sebelum menggantung diri sendiri.

Times of India melaporkan, lelaki berusia 33 tahun di Amerika Syarikat itu cemburu kerana isterinya meminati bintang Bollywood Hritik Roshan.



Kredit foto: IG

Dineshwar Budhidat dari Queens dilaporkan menikam isterinya, Dojoy, 27, yang juga pelayan bar sebelum menggantung dirinya di sebatang pokok pada Jumaat, lapor The New York Post.

Menurut rakan mangsa, Budhidat dikatakan terlalu cemburu kerana isterinya sangat meminati aktor terbabit.

"Dia kata, suaminya akan meminta Dojoy menukar saluran lain setiap kali dia menonton filem mahupun mendengar lagu Hritik di rumah mereka kerana tidak tahan terlalu cemburu.

"Dojoy pula tidak akan melepaskan peluang menonton semua filem lakonan Hritik," kata Mala Ramdhani, 52.




Menurut sumber polis, Dojoy sudah berpindah keluar dari apartment mereka, tetapi pada hari kejadian dia bersetuju singgah ke situ untuk menghabiskan masa bersama suaminya dengan menonton filem.

Budhidat kemudian mengirim pesanan ringkas kepada adik mangsa dengan mengatakan dia baru sahaja membunuh Dojoy.

Lelaki itu juga sempat berpesan bahawa kunci apartment itu disorokkan di bawah pasu bunga sebelum meninggalkan mayat isterinya di rumah berkenaan untuk menggantung diri di sebatang pokok di sebuah padang berhampiran.

Menurut laporan, lelaki itu mula memukul mangsa hanya beberapa minggu selepas mereka berkahwin pada Julai.

Berikutan itu, Dojoy mendapatkan perintah perlindungan mahkamah selepas Budhidat ditahan pada Ogos kerana menampar dan mencekik wanita itu seminggu sebelum melakukan pembunuhan itu.

Menurut seroang lagi rakan mangsa, Rodney berkata, Budhidat mungkin terlalu obses dengan isteri sendiri hingga terlalu cemburu.

Malah, Dojoy pernah memberitahu rakan-rakannya bahawa segala gerak-gerinya dikawal dan sering dipukul suami selain menerima. Budhidat juga pernah mengugut akan membunuh isterinya.

Tetapi, Dojoy tidak pernah menganggapnya serius kerana dia sayangkan suaminya itu, kata Rodney. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babydoll 13-11-2019 12:56 PM
huishh!! teruknye sampai berbunuh. bkn bini dia blh dpt pun Hritrik tu.


Quote sarahmirza 13-11-2019 01:17 PM
Kahwin takde cinta ni...
Baca nama dah macam keturunan sama dengan Hitrik...
Kebanyakan mereka ni arranged marriage sebab nak kekalkan leluhur..
Quote Kurex 13-11-2019 01:17 PM
siapa je yg tak suka hitrik? hensem sedap kot
Quote merrissa 13-11-2019 01:18 PM
mental....dgn actor pon jadi
Quote anony-mous 13-11-2019 01:28 PM
Hotnya hitrik dlm filem WAR tu
Quote MsKathryn 13-11-2019 01:29 PM
Org yg terlalu cemburu selalunya akan bertindak luar kawalan berakhir dgn membunuh...  
yg couple tu b4 kawen dh kuat cemburu baik tinggalkn..
bodoh la lelaki tu bini ko minat hitrik sbg pelakon..  tu pn nk jeles
Quote BoLapciOus 13-11-2019 02:00 PM
Narcissistic sungguh jantan tsebut..totally insecure  
Quote matchstick 13-11-2019 02:05 PM
Bangsa ni walau duk kt amareka sinun tetap lah gitu perangai nya
Quote helicornia 13-11-2019 02:06 PM
dok US tp darah leluhur yindia masih ada dlm badan
Quote sehirkedi 13-11-2019 02:07 PM
Hmmm iols membayangkan Dojoy secomel Nora Danish. Yg husband pun cemburu melampau kot yer bini tu comel nau..
Screenshot_20191113-140306.png
Screenshot_20191113-140352.png
Quote lasagnaklcc 13-11-2019 02:15 PM
Ingatkan indian couple yg stay ceruk kampung. Urbanite pon gantung diri jgk.
Quote missycutie 13-11-2019 04:58 PM
Jeles punye pasal..
Quote Artemesiaa 13-11-2019 05:09 PM
Kerja sia2 akhirnya
Quote dua_chzy 13-11-2019 05:15 PM
sarahmirza replied at 13-11-2019 01:17 PM
Kahwin takde cinta ni...
Baca nama dah macam keturunan sama dengan Hitrik...
Kebanyakan mereka ni  ...

Tak. Ni kawin karna terlebih cinta. Jantan tu obses tahap destructive pada bininya. Bininya pula dari awal kawin dah dipukul but bertahan karna sayangkan laki (kata artikel).
Quote dua_chzy 13-11-2019 05:16 PM
sehirkedi replied at 13-11-2019 02:07 PM
Hmmm iols membayangkan Dojoy secomel Nora Danish. Yg husband pun cemburu melampau kot yer bini tu co ...


Lawa la tu. Nak lawa cemana lagik?
Quote LadyCarefree 13-11-2019 05:25 PM
Hadoi. Acik2 forumer jngan jeles2 hohkey. Enjoy je. Klau hasben fantasi dgan pompan lain, look at the pozitip side.
Quote meow_tompok 13-11-2019 05:58 PM
mamat ni mmg pendek akal betul
bini dia minat artis tu lagik selamat
daripada minat org biasa2... tu la yg patut lebih risau patutnya
Quote gideoncross 13-11-2019 07:04 PM
anony-mous replied at 13-11-2019 01:28 PM
Hotnya hitrik dlm filem WAR tu

Lengan dia tu muscular habis, helok yach.

Quote anony-mous 13-11-2019 07:06 PM
gideoncross replied at 13-11-2019 07:04 PM
Lengan dia tu muscular habis, helok yach.

Umur dia dah berapa? Poster pon menarik. See? Dah tua2 pon yummy. Yg pelakon veteren malaysia ada hot mcm ni? Kalau xde, jgn bising bayaran rendah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056905 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top