CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Terlalu Istimewa' Untuk Kanak-kanak Meninggal Dunia - Adibah Noor Minta Jangan Salah Guna

22-11-2019 10:37 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 14005| Komen: 81|Original author: Oleh: ameenarara

Musim kahwin sudah tiba pada penghujung tahun ini. Rasanya, sudah banyak kali penyanyi Adibah Noor menegaskan kepada netizen bahawa lagu miliknya berjudul Terlalu Istimewa tidak sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan.


Lagu yang sudah berusia 14 tahun itu masih mendapat tempat dalam hati pendengar, namun mungkin mereka tidak memahami lirik yang dinyanyikan Adibah dalam lagu tersebut.


Foto: Instagram Adibah Noor


Menerusi Twitter, dia berpesan kepada peminat untuk meraikan lagu tersebut dengan cara dan tempat yang betul. 


Lagu ini dicipta khas untuk anak-anak yang sudah meninggal dunia dan bukanlah untuk tema perpisahan, perkahwinan, orang kurang upaya dan pasangan yang dilamun cinta.

Namun, ada pula peminat meminta Adibah untuk tidak menyekat tafsiran masyarakat kerana lagu itu memang bagus walaupun Adibah telah menerangkan lirik tersebut.



Paling epik, ada yang menggunakan lagu tersebut ketika majlis 'baby shower' seperti yang diberitahu peminat dalam Twitter.



Diharapkan, peminat dapat menghayati lirik lagu sebelum menggunakannya untuk mana-mana majlis. Jangan tengok judul lagu sahaja. Buat malu nanti. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 22-11-2019 11:13 AM
aku fhm perasaan dia..
n antara salah satu lagu yg bila dgr aku confirm nangis...
yg kata jgn limitkn interpretasi lagu tu terang2 ade lirik
'inginku lihat mu dewasa apa daya tuhan lebih menyayangimu...'
aish....tulis ni pun bergenang air mata..
sedih weh
Quote beta_carotene 22-11-2019 11:19 AM
mongoose_kidz replied at 22-11-2019 10:13 AM
aku fhm perasaan dia..
n antara salah satu lagu yg bila dgr aku confirm nangis...
yg kata jgn limi ...

Kan.. Motif main time baby shower.. Macam budak tu dh meninggal pulak
Quote LuvAurora 22-11-2019 11:20 AM
Lagu ni mmg sayu
Quote bondeh 22-11-2019 11:24 AM
ingat lagi lagu nih berkumandang di radio ERA masatu PakNil DJ, kes arwah adik Nurin Jazlin... PakNil cakap sambil tahan nangis... sedihnya...
Quote pencintaABC 22-11-2019 11:41 AM
One hit wonder
Quote aderaderker 22-11-2019 11:53 AM
Kes baca tajuk je latewww...
Quote nadie90 22-11-2019 11:54 AM
Lagu Terlalu Istimewa ni sgtlah istimewa buat anak2 yg sudah tiada di masa usia msih kanak2 ....hrp2 org yg nk guna lgu2 utk special event fhmknlh mksud isi crita sesuatu lgu tu...
Quote HujanBatuTiga 22-11-2019 11:59 AM
Byk je kes orang main lagu tak kene event. Kenduri kawin pasang lagu ukays disana menanti disini menunggu. Bodoh ke camne.
Quote prizadane 22-11-2019 12:00 PM
Bodoh sangat yang gunakan lagu ni for wedding. Jenis tak faham lirik agaknya.

Iols teringat dulu pernah viral video kawin background lagu the immortal. Dah la footage tah hape hape.. kesian pengantin
Quote Acikgomen 22-11-2019 12:01 PM
Lagu ni kakdib buat utk mangsa rogol adik Nurul huda abg ghani
Sampai mati perogol babi lahanat tu keja kan budak tu
Lepas tu boleh pulak hakim hukum penjara 20thn je bukan gantung sampai mati mcm kes suzaily mokhtar
Kena sebatan pun hakim tarik balik sbb perogol tuh dah berumo katanye
Acik takleh dengo lagu ni. Airmata otomatik keluar teringat adik Nurul huda nih

Kalo acik jadi kakdib pun acik tak izin org guna lagu nih utk rai apa2 melainkan tujuan lagu ni utk mangsa2 rogol mcm adik Nurul huda tu
Quote Bergosip 22-11-2019 12:01 PM
Pernah pergi majlis perkahwinan yang ada ruang untuk karaoke tu, ada orang nyanyi lagu ni haha


Btw, penulis lirik ni Adibah Noor kan?
Then, pendapat iols dia penulis lirik yang bagus sebab lirik tak berulang dan memberi kesan kepada pendengar. Hope Adibah Noor dapat release lagu baru or buat lagu baru .

Quote che-cikL 22-11-2019 12:02 PM
serius ... lagu ni getaran dia lain, meresap dalam hati mesti bawa meleleh air mata

aduh... type ni pun rasa duk tahan bergenang air mata
Quote mieymiey 22-11-2019 12:08 PM
Biasa la netizen, baca jer 'Terlalu Istimewa' terus bayangkan cerita indah. Cuba la ambik masa baca lirik.
Quote mongoose_kidz 22-11-2019 12:11 PM
HujanBatuTiga replied at 22-11-2019 11:59 AM
Byk je kes orang main lagu tak kene event. Kenduri kawin pasang lagu ukays disana menanti disini men ...

mst masam muka pengantin perempuan kan....hahhaha
ke x peduli sbb syok kawin
Quote Cuppy 22-11-2019 12:11 PM
Kes ni remind I pasal wedding kawan I. Tgh meraikan pengantin yg baru kahwin tapi korang pasang lagu "Pergi Tak Kembali" by Rabbani. I sebagai tetamu mcm eh? *facepalm*
Quote mongoose_kidz 22-11-2019 12:14 PM
HujanBatuTiga replied at 22-11-2019 11:59 AM
Byk je kes orang main lagu tak kene event. Kenduri kawin pasang lagu ukays disana menanti disini men ...

dulu pernah attend satu knduri kawin...
malam lepas nikah tu ade sesi karoke..ade satu mamat tu bntai nyanyi lagu sedih2...bukan satu dua lagu byk pulak tu..lagu sedih mcm putus cinta..
aku ngan sepupu aku gelak je spnjang masa...ape kehei nyanyi lagu mcm ni time org baru nak mulakn hidup suami isteri..
kalu kat knduri suka dgr lagu pngantin baru saloma ke m daud kilau ke..barula happy

ampun ot
Quote Kurex 22-11-2019 12:26 PM
mongoose_kidz replied at 22-11-2019 12:14 PM
dulu pernah attend satu knduri kawin...
malam lepas nikah tu ade sesi karoke..ade satu mamat tu b ...

ye.. banyak lagu yg lari tema..
masa kecik dulu si ernie suka nyanyi lagu sedih bila ada majlis kawen bawah flat weols.. kau kenapa dikkkkk.. lagu seri mersing la, lagu harapan kecewa la...

Quote NekNgah 22-11-2019 02:59 PM
Laaa.... bukan dah banyak kali ke cakap lagu ni untuk anak-anak syurga yang kembali kepda pencipta.
Quote Tudungpink 22-11-2019 03:04 PM
Lagu ni masa kes arwah nurin jazlin n nurul huda yg meninggal kene rogol guard tnb kat pencawang tnb johor tu..lagu ni sedih..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.516170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top