Siapa sangka anak sendiri sanggup 'mencuri' harta ibunya sendiri ketika wanita itu sedang jatuh sakit. Belum pun mangsa meninggal dunia, namun kerana ketamakan terhadap material boleh membawa kepada pelbagai perkara luar batasan.
Itu yang terjadi kepada seorang jutawan wanita berusia 76 tahun apabila dia menyaman anak perempuannya, bank dan empat pekerja bank kerana didakwa mengambil wang simpanannya berjumlah lebih 250 juta baht (RM34 juta) ketika dia jatuh sakit pada 2014. Difahamkan, warga emas itu dimasukkan ke hospital 5 tahun lalu kerana penyakit arteri koronari, petik Bangkok Post. "Semasa berada di hospital, tertuduh telah mengeluarkan wang daripada kedua-dua akaun menggunakan tandatangan dan cap jari mangsa.
"Sebanyak RM34 juta diambil melalui ratusan pengeluaran," kata peguamnya. Kelmarin, Huay Sriwirat tiba di Mahkamah Tinggi Phra Khanong bagi memfailkan saman sivil terhadap anaknya Mawadee Sriwirat, 53. Menurut cucunya, neneknya mengumpul semua kekayaan ini menerusi perniagaan lebih 3 dekad lalu. Semuanya terbongkar ketika wanita ini menyedari buku simpanannya hilang selepas pulang dari hospital. - CARI
|
ADVERTISEMENT