Penyanyi Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali dengan nama pentasnya sebagai Ernie Zakri baru-baru ini memukau orang ramai dengan persembahannya di pentas Juara Lagu separuh akhir minggu kedua.
Malah, penulis lirik dan penerbit terkenal Aubrey Suwito yang menjadi salah seorang juri pertandingan nyanyian anjuran TV3 itu juga turut sama terpukau dengan persembahan penuh tenaga Ernie pada malam itu. Sampai lupa bagi markah
Aubrey meninggalkan komen di salah satu posting Ernie di akaun Instagram miliknya, memuji kemantapan vokal penyanyi berusia 27 tahun itu. Lucunya, apabila Aubrey turut mengakui yang dia terlampau khusyuk menghayati persembahan Ernie sehinggakan dia terlupa untuk memberi markah bagi persembahan tersebut. Aubrey juga sempat memuji Ernie yang juga merupakan anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain di Instastory miliknya dan mengatakan bahawa Ernie merupakan salah seorang penyanyi terbaik negara. Dalam pada itu, peminat juga tidak putus-putus memuji persembahan Ernie yang menyanyikan lagu 'Ku Bersuara' pada malam itu dan mengharapkan yang dia akan berentap ke pusingan akhir kelak. Tidak dapat disangkal lagi yang Ernie sememangnya memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. Kawalan suaranya juga sangat padu, mungkin juga diwarisi daripada ibu dan bapa saudaranya? Apa pun kami berharap Ernie berjaya ke peringkat seterusnya. Tak sabar!-CARI
|
harisbee replied at 25-11-2019 09:48 AM
Technically mantap tp tone x de aura..
lovelytouch replied at 25-11-2019 09:58 AM
Ya teknikal dia bagus tp nothing to talk about tone dia biashe2 jaa.. x dak apa nak diingati. Gittch ...
helicornia replied at 25-11-2019 09:35 AM
aubrey ni chinese indon ke?sorry tanya soalan off topic.
hyie replied at 25-11-2019 10:41 AM
rasanya heshe baba nyonya melaka
ADVERTISEMENT