CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat Apa Nak Malu?" - Ayu Damit Tak Segan Menjaja Di Pasar Tani

28-11-2019 10:37 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15907| Komen: 90|Original author: Oleh: intan

Meskipun sudah kembali aktif di dunia hiburan, Ayu Damit yang dahulunya menjuarai rancangan realiti One In A Million kini semakin rancak berniaga di pasar tani memasarkan hasil tanaman cili beliau.




Ayu ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin akan menjengah ke pasar tani untuk berniaga sendiri jualan cili mereka jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti hiburan.

Menurutnya, ramai juga yang bertanyakan 'tak malu ke jual cili di pasar?'

"Saya cakap, malu dah hilang apabila fikir tentang masa depan anak dan keluarga. Kami mencari rezeki halal untuk survive selama lima tahun ini, dari A sampai Z.

"Melihat hasil tanaman ciri sekarang, ianya menjadi satu kepuasan buat saya," ujarnya. 

Ayu dan suami juga turut membekalkan cili kepada peniaga kecil lain. Kini, hasil tanaman ladang cili yang diusahakan Ayu dan suami telah mencecah 1.4 hektar terletak di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.





Kini, Ayu merancang untuk melibatkan diri dalam penanaman durian selepas membeli 30 anak pokok durian Musang King dan akan menanam anak pokok tersebut di sebuah ladang berkeluasan 2 ekar yang terletak di Perak.

Menyentuh tentang karier seni beliau, penyanyi yang popular dengan lagu Di Mercu ini kini sedang merancang untuk menghasilkan single terbaru, tetapi bukan sekarang. 


Walaupun dilabel cerewet, Ayu mengakui dirinya memilih asalkan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti dan mesra pendengar.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Ayu! - CARI
14

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-11-2019 10:39 AM
aku lagi suka bercucuk tanam macam ni.. serious!!!
Quote dua_chzy 28-11-2019 10:54 AM
Edited by dua_chzy at 28-11-2019 11:57 AM

Tak semua urang hada bakat semulajadi jari hijau bila menanam, subur2 menjadi tanamannya. Tahniah Ayu dan suami. 1.4 plus 2 hektar ladang korang, gila kau nak urus ladang besar gituh bukan senang.
Quote LolaLombing 28-11-2019 10:57 AM
Bestnya ada tanah bercucuk tanam. Ilolls kalau ada rezeki pon suka keje bercucuk tanam ni walopon tak glemer tp ada kemanisan dlm kepayahan
Quote polluxsstar 28-11-2019 10:59 AM
1.4 hektar bersamaan 3.45 ekar
ok sgt tuu
pertanian adalah perniagaan gituuuhhhh
x perlu nak malu
I pun membesar dgn hasil pertanian jgk
helokk je x menyusahkan org
Quote rayray28 28-11-2019 10:59 AM
Manis pulak dia...dia pernah pakai braces ke? I vote dia dlu ni tgk final kt stadium
Quote rayray28 28-11-2019 11:00 AM
LolaLombing replied at 28-11-2019 10:57 AM
Bestnya ada tanah bercucuk tanam. Ilolls kalau ada rezeki pon suka keje bercucuk tanam ni walopon ta ...

Pertanian perladangan ni x glemer..tp incomenyaa selesa laa hidup seisi keluarga
Quote adeqbun 28-11-2019 11:02 AM
takyah la kacau die nak teruskan kehidupan die ngan gaya hidup mcm org biase...aku lg sakit ati tgk retis yg xde job tp menayang mkn anggur rm148..at least die ni berusaha utk majukan kehidupan die tanpa kacau sesiapa..
Quote KakaKiah 28-11-2019 11:03 AM
Dia brniaga..bkn mncuri ke nari bogel ke yg nk malu tu
Quote Shayang 28-11-2019 11:04 AM
Alhamdulillah pedulikan kata2 orang bukan mereka yg penuhkan tong beras kat umah kita.
Kalau kita susah mereka juga akan mengecam kita kata tak beringat bagai.
Quote fadz84 28-11-2019 11:07 AM
adeqbun replied at 28-11-2019 11:02 AM
takyah la kacau die nak teruskan kehidupan die ngan gaya hidup mcm org biase...aku lg sakit ati tgk  ...

menunjuk dan takbur dgn nikmat dunia pompuan kemut tu.. dh kahwin nnti mintak lenyap dari dunia entertainment Malaysia.. x menyumbang apa pun selain ari2 cite pasal bf muka smiley itu..
Quote adeqbun 28-11-2019 11:11 AM
fadz84 replied at 28-11-2019 11:07 AM
menunjuk dan takbur dgn nikmat dunia pompuan kemut tu.. dh kahwin nnti mintak lenyap dari dunia en ...

dh kawen nanti baru paham idup tu xseindah time bunga2 cinta tgh bersemi..kah3x!
Quote kosukeconan 28-11-2019 11:14 AM
ayu xnak masuk gegarvaganza kah
Quote missycutie 28-11-2019 11:22 AM
Alhamdulillah. Semoga murah rezeki. Semakin lawa ayu sekarang
Quote firdAwAni 28-11-2019 11:40 AM
Alhamdulillah.. Tahniah Ayu.. Teruskan tanam cili tau. Kami dh le hantu mkn pdas2 ni.. Biaq p la kt depa yg dok mengondem tu ha. Menyeb0k benor..
Quote imransulaiman 28-11-2019 11:41 AM
Kalau dia masuk GV ni kompom ke final!
Quote justchu 28-11-2019 11:43 AM
Seronoknya....aku suka btl tgk org bertani menjadi je
Quote rantaikendoq 28-11-2019 11:45 AM
ini antara conth terbaik dari artis melayu muda dan jua sbg usahawan...
Quote arm_band 28-11-2019 12:00 PM
seronoknya ada ladang. all the best ayu
Quote kiyudi 28-11-2019 12:01 PM
menten je bertani dek....

akak ni kalo ada tanah ladang nk ngerja kan je.... bior le x glamer

haha

berangan la akak ni.....serai pon tanam x idop......haha...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.079747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top