CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kata Susu Pisang Tapi Sebenarnya Tak Ada Pisang Pun!"- Netizen Kecam Produk Nilofa Over Claim?

29-11-2019 10:26 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 89110| Komen: 456|Original author: intan

Idola para wanita dan juga artis, Neelofa baru-baru ini telah mengeluarkan produk terbaru, iaitu produk minuman susu pisang yang diberi nama 'Nilofa'.


Neelofa yang memang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan  dan memiliki barisan produk hijab di bawah jenamanya sendiri iaitu 'Naelofar' sudah dikenali ramai oleh rakyat Malaysia malah di luar negara!


Jika sebelum ini susu pisang sangat terkenal di Korea dan walaupun boleh didapati di Malaysia, Neelofa memulakan langkah baru memperkenalkan susu pisang jenamanya sendiri, malah harganya juga sangat berpatutan. Rasa lemak-lemak manis itu memang menjadi igauan.


Maka berbondong-bondonglah rakyat Malaysia terutamanya peminat Neelofa mendaftar untuk menjadi agen dan stokis susu pisang tersebut. Dikatakan susu pisang tersebut kaya dengan nutrien seperti vitamin, dietary fibre, mineral. Selain itu, produk minuman ini juga dikatakan dapat meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen serta mengurangkan masalah obesiti. Wah, banyaknya khasiat susu pisang Neelofa ni ya!

Namun, semalam kecoh pula di media sosial Twitter apabila seorang individu mengatakan produk Nilofa ini sebenarnya 'over claim'. Eh pulak?

Rupanya, dalam senarai bahan pembuatan susu tersebut, sebenarnya satu biji pisang pun tak ada. Malah, kandungan gula dalam minuman tersebut juga sangat tinggi dan sangat 'contradict' dengan kelebihan khasiat susu tersebut.

Warga net mula menyedari malah ada yang sudah lama sedar mengenai tersebut tetapi menghiraukan isu tersebut kerana takut dikecam peminat Neelofa. 


Rasanya, tak perlu 'over claim' sesuatu produk jika hanya sekadar untuk melariskan produk. Kalau dah artis jual, sudah pasti akan laku juga barang itu. Betul tak? - CARI 

6

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • yeos

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • elzy

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Knowlesi


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 29-11-2019 10:36 AM
I idaklah gemor susu pisang ni even ms pgi korea mmber borong bwk balik berkodi kodi.
Tp packaging lofa ni cntik nmpak exclusive. Sbb dia pn modal byk trus boleh buat nmpak mnarik.
Mkn pisang emas atau montel aje la. Sdap je mnis mnis buah telan seketul seketul.  
Quote Mfzg89 29-11-2019 10:37 AM
timbang kati.cian korng kena kencing.
Quote kuzaime 29-11-2019 10:39 AM
Letak esen pisang aje kot??
Quote rosli_nurizzati 29-11-2019 10:46 AM
makan pisang jer la.. pisang emas ada,cavendish ada..  gagah nak makan pisang dlm susu.. teringin sgt blend jer pisang ngan susu.. jadi banana milkshake lagi sodap.. sebagai org obesiti, aku pantang produk overclaim ni.. sbb sukrosa main ingredient.. kesian org obesiti yg dok berjuang nak kecikkan badan terpengaruh dgn dakyah susu propa ni..
Quote rosli_nurizzati 29-11-2019 10:48 AM
baru perasan ingredient dia.. permitted flavoring.. hahaha.. adoi.. my friend pun  tegedik gedik nk try susu ni.. padan muka.. susu berperisa ja
Quote Fly_over 29-11-2019 10:49 AM
fibre dtg dr husnuzon tu lawakkkk
Quote natrahn 29-11-2019 10:56 AM
konsep sama macam cucur badak kot.. nama je cucur badak, badak nya takde
Quote HoneyManjer 29-11-2019 10:58 AM
hahahaahhahaha fibre husnuzon...lawak dol
Quote ira_229 29-11-2019 10:59 AM
blend aja sendiri...i kalau malas makan...sebiji pisang delmonte..plus 7 biji kurma rendam smlm...blend bersama susu segar...kenyang! kalau puasa time sahur sehari rasa segar..nak lagi bertenaga letak 2 sudu besar instant oats..
Quote Boomibulat 29-11-2019 11:00 AM
Buat masa ni lofa belum ada pisang lg..dh ada nti baru letak..pisang+susu mmg sdp angat2..
Quote Trunkk_ZZ 29-11-2019 11:01 AM
false marketing ler tu, overclaim
jual je la as susu "berperisa pisang" instead of susu pisang
tak faham aku artis kalau meniaga mesti overclaim, tak boleh jujur ke?
Quote makneng 29-11-2019 11:06 AM
Plis la... Jgn la kayakan manusia yg jual produk sampah mcm ni.
Quote CatMiow 29-11-2019 11:08 AM
Senang jadi artis,  asal ada duit boleh buat produk sendiri. Overclaim,  ingat netizen semua buta dengan title artis dia kot.

Orng yg betul2 biz,  jatuh terduduk buka kilang susu.
Quote mesmerize 29-11-2019 11:08 AM
market je la sebagai penghilang dahaga..dengan khasiat susu.. kowser overclaim ada khasiat pisang pelbagai
Quote Tudungpink 29-11-2019 11:08 AM
Nah gelakkan jer boleh
Quote alexandria_iz 29-11-2019 11:09 AM
natrahn replied at 29-11-2019 10:56 AM
konsep sama macam cucur badak kot.. nama je cucur badak, badak nya takde

Kemain contoh. Hahahhahaha
Quote mesmerize 29-11-2019 11:10 AM
kalau malas buat susu pisang sendiri..beli kat juiceworks atau boost aje.. ada pisang segar blend ngan strawberry + yoghurt, chocolate, oat dan macam2 lagi.. sedap dan berkhasiat..
Quote matchstick 29-11-2019 11:11 AM
Banana flavoured milk je ni.. Bukan banana milk. Nama produk pun dh tipu
Quote mandak20 29-11-2019 11:13 AM
Bukan ker susu pisang ni menggemukkan badan?  Memang tak sesuai la kalau untuk diet kuruskan badan.

Lihat semua komen(456)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.296741 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top