CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Zarul Kongsi Gaji Pramugara Tapi Ada Pula Tuduh Sengaja Menunjuk, "Kenapa Busuk Hati?"

29-11-2019 12:25 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 42974| Komen: 175|Original author: Shimmer Shine



Zarul Umbrella antara penyanyi Gegar Vaganza yang laris di pasaran. 

Bekas pramugara ini akhirnya mendedahkan gaji yang  diperolehinya ketika bekerja di syarikat penerbangan ternama tanah air. Ramai BBNU yang suka kerana mendapat ilmu baru, tapi anehnya ada pula yang marah-marah, kenapa?


Menurut Zarul, informasi ini bukan rahsia kerana ia diambil dari laman sesawang Flygosh.com sebagai rujukan. Sementara pengalamannya pula dijadikan sandaran untuk penjelasan lebih lanjut.
Kredit foto:


"Basic salary Malaysia Airlines ialah RM1,200. Macam saya dulu basic masa training dalam RM700. Sampai 16 tahun saya berhenti, basic saya RM3,300."

Zarul juga menjelaskan kru penerbangan ada elaun produktiviti yang mengikut pangkat antara RM20-23 sejam. Ada juga elaun pengangkutan, pergigian, elaun 'night stopper'.

"Kalau nak banyak, kena banyak 'fly' la. Macamana nak dapat banyak, itu atas rezeki sebab jadual tu pihak pengurusan yang buat."



Zarul turut berkongsi gaji pokok pramugara dan pramugari di Air Asia X yang lebih rendah dari MAS iaitu RM1,000 sebulan hingga membuatkan ramai yang baru tahu.

Ig

Bagaimanapun tidak semua yang menyukai perkongsian ini. Ada warganet yang melabelkan Zarul sebagai menunjuk-nunjuk hingga bab gaji pun nak berkongsi. Kritikannya itu membuatkan Zarul 'pin-post' komennya itu.



Namun, ramai yang mempertahankan perkongsian Zarul itu. Ianya adalah fakta dan Zarul cuma memperjelaskan lagi dalam konteks yang mudah difahami. Jadi, mengapa perlu dengki?

Ig


Terima kasih Zarul dengan perkongsian ini kerana bab gaji ini memang boleh buat gaduh sebenarnya. - CARI 



2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 29-11-2019 12:36 PM
Itu basic... dah campur elaun banyak wooooo.... 7 to 8 k pun leh dapat
Quote Kurex 29-11-2019 12:39 PM
terserlah kegayahan dia
Quote missycutie 29-11-2019 12:41 PM
Laah..ada pula netizen yg marah. Thats the fact right. Celah mana dikatakan menunjuk pulak. Huk aloh
Quote awanearisu 29-11-2019 12:43 PM
Edited by awanearisu at 30-11-2019 01:22 PM

Senang je reaksi Zarul. Tak perlu balas lebih-lebih. Terus "pinned" komen.



Edit:
Rujuk komen #20 dan #103 untuk maksud "pinned" komen. Penghargaan cadangan buat @b_n_c
Quote prettyuglybabe 29-11-2019 12:44 PM
dulu memang masyuk..
tu yang ramai kemahen eksyen..
la ni banyak dah kena cut, rasa la standard marhaen..

Quote doubleA 29-11-2019 12:46 PM
lah biar la dia nak share pun, untuk iols yg tak tahu ni iols anggap ni satu pengetahuan juga. cuba jangan semua benda nak busuk hati adoi la mokcikkkkk
Quote Kpoplovers 29-11-2019 12:48 PM
Okaylah,zarul share  tu ..benda  betul


Quote royaldanish 29-11-2019 12:59 PM
prettyuglybabe replied at 29-11-2019 04:44 AM
dulu memang masyuk..
tu yang ramai kemahen eksyen..
la ni banyak dah kena cut, rasa la standard ma ...

dulu gahhhh sangat dimata
sekarang biasa sajork
Quote MeghanK 29-11-2019 01:00 PM
lepas keje 16 tahun basic gaji baru jadi 3.3k
Quote Rapz 29-11-2019 01:01 PM
Sekali zarul kasi pinned da...tk perlu meroyan cenggini
Quote keypochino 29-11-2019 01:02 PM
alah netizen pun.. org share info je kan.. bkn menunjuk.. kalau x, ko pun xtau brapa basic diorg.. bukan dia tunjuk pay slip pun..
Quote September14 29-11-2019 01:03 PM
Tapi btul tgk diorg ni mewah jer, gaya pun tiptop...
Quote KIM.K 29-11-2019 01:04 PM
Bagus je, aku pun baru belajar tentang wages (akta kerja 1955)
Bolehlah buat study case hehe
Quote belacan_gurl 29-11-2019 01:09 PM
Hahahaha sekali dipinned...terserlah kebusukan makcik tersebut padan muka
Quote Fly_over 29-11-2019 01:12 PM
awanearisu replied at 29-11-2019 12:43 PM
Senang je reaksi Zarul. Tak perlu balas lebih-lebih. Terus "pinned" komen.

klu di pinned tu jd apo chuols?
Quote Rainrein 29-11-2019 01:22 PM
Busuk ati onions buruk ni, orang share kott. Bukan dia kuarkan payment slip dia tunjuk berapa berapa dia earned. Padahal dalam ati jeles gaji dia sikit itu yang marah marah ye x
Quote nw111 29-11-2019 01:24 PM
awanearisu replied at 29-11-2019 12:43 PM
Senang je reaksi Zarul. Tak perlu balas lebih-lebih. Terus "pinned" komen.

Makcik rempit tu mmg merata dia komen mengutuk org... Kat video retis lain pun ada je dia komen mengutuk.. Samaada fake acc atau makcik tu mmg mental... Tahan keji lak tu.. Kena bash beramai2 pun sheols kental je..
Quote Suchi 29-11-2019 01:25 PM
Pastu cemana hidup depa mewah? Mcm yg ppuan tu mekap  n skincare bagai je ade elaun ke ye?

Teringat zarul ni dulu masa mula2 buat blog dia mmg sasarkan nk cari duit melalui blog
Nak jd ala2 beautiful nara dan lain2 la yg dpt payment masyuk ngn nuffnang.
Taktau skrg ni dia masih aktif berblog ke tidak or yela dh jd vblog la plakkan.
Dia pun dh benti jd pramugara maybe job berlakon lg masyuk la kot.
Quote awanearisu 29-11-2019 01:29 PM
Fly_over replied at 29-11-2019 01:12 PM
klu di pinned tu jd apo chuols?

Kalau kena "pinned", komen tersebut tetap berada paling atas sekali walaupun dah beribu komen masuk.
Dapat la jadi pemberi komen tersohor.

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top