CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Calarkan BMW Sebab Bapa Lambat Hadiahkan Kereta

3-12-2019 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3918| Komen: 9

Seorang lelaki bertindak kebudak-budakan apabila dia mencalarkan sebuah model baru BMW di sebuah bilik pameran syarikat itu di Jiangxi, Shangrao.

Menurut Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki berusia 22 tahun mencalarkan pintu belakang sebuah kereta berwarna biru menggunakan kunci.


Tindakannya itu meninggalkan kesan calar yang panjang pada pintu kereta berkenaan.


Kredit foto: Shanghaiist

Apabila disoal staf, lelaki itu selamba menjawab dia sengaja melakukannya dan sudah merancang untuk membeli kereta berkenaan.

Sebaik polis tiba, lelaki itu mendakwa bapanya sudah berjanji ingin menghadiahkannya sebuah kereta sebagai ganjaran kerana lulus ujian memandu dan mendapatkan lesen.

Katanya, bapanya terlalu lambat membelikannya kereta menyebabkannya mencalarkan BMW berkenaan.

Terbiasa hidup senang dan dilimpahi kemewahan membuat dia bertindak seperti anak manja yang kehendaknya harus dituruti. Namun, tindakan tidak matang itu menyebabkan dia ditahan polis.


Tidak pasti sama ada bapanya membeli kereta terbabit selepas kejadian atau tidak. - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-12-2019 06:04 PM
memang aku agak dah, dari tanah besar komunis
Quote JohnnySins 3-12-2019 06:06 PM
bukan nak bangga...saya dan saya pasti ramai kawan2 kat sini dah kereja buat loan baru ada kereta sendighi...tak main la mak pak beli...budak2 la ni...mak pak belikan motor belikan kegheta...bila pi kereja kena maki sikit sbb disiplin teruk teghuih beghubah muka...bowdow generasi2 la ni..haghap generasi seteruihnya lebih kuat dan kentai....dan tidak menjadi penduboq lgbt haramjada...wakakakakakakakakakaka
Quote epal21 3-12-2019 10:09 PM
Betul ke? Ntah2 mental.
Quote sukacactus 4-12-2019 07:36 AM
Bongokkkk la!
Quote alaa 4-12-2019 10:31 AM
mengada! aku kutil jugak
Quote zorrro_03 4-12-2019 10:48 AM
JohnnySins replied at 3-12-2019 06:06 PM
bukan nak bangga...saya dan saya pasti ramai kawan2 kat sini dah kereja buat loan baru ada kereta se ...

saya setuju.  semua benda nak kena suap.  dan sanggup melanggar adab sopan...
Quote Artemesiaa 4-12-2019 11:31 AM
Sebab dah biasa dimanjakan dan tahu bapak dia mampu bayar jadi tak hairan ada yang perangai macam ni. Kalau kesana boleh nampak anak si kaya ni pandu segala kereta paling mahal sana sini merambu dengan kengkawan mereka.  
Quote Maria_Juana 4-12-2019 11:42 AM
Ish ish meolls kalau papa belikan kereta meolls terus cuci kereta tu... walaupun firsthand baru kluar kedai {:kill{:kill
Quote Maria_Juana 4-12-2019 11:42 AM
Perangai manusia semalin hari semakin pelik kan...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034869 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top