Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman dikenakan terhadap enam lelaki yang ponteng solat Jumaat di Terengganu, baru-baru ini. Memetik MalaysiaKini, Zaid Malek yang juga Penyelaras undang-undang LFL menyifatkan hukumasebulan penjara dan denda RM2,000 yang dikenakan adalah berlebihan.
“Sudah tiba masanya rasional hukuman penjara dan denda terhadap pihak yang ponteng solat Jumaat dan kesalahan seumpamanya dipertimbangkang semula. “Walaupun tindakan itu dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak dalam masyarakat Muslim, hukuman jenayah adalah berlebih-lebihan dan bukan cara untuk menanganinya,” kata Zaid. Terdahulu, kesemua tertuduh mengaku bersalah ponteng solat Jumaat dengan berkelah di Air Terjun Sekayu antara jam 1 hingga 1.50 petang pada 23 Ogos lalu.
Lima tertuduh didenda RM2,400, manakala seorang lagi dikenakan denda RM2,500. Dalam kenyataannya, Zaid menegaskan Islam sepatutnya sebuah agama kasih sayang, adil, belah ihsan dan sederhana. Justeru, dia menggesa menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam meneliti semula perkara ini. “Dakwaan gagal hadir solat Jumaat ialah perkara peribadi yang negara tidak patut campur tangan atau tadbir,” katanya. - CARI
|
Genkidesuka replied at 5-12-2019 08:11 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Saja nak copy paste buat manfaat kpd semua kita yg jahil.
...
nikaido replied at 5-12-2019 02:42 PM
Enakmen di atas ckp 3kali berturut-turut. Diorang kena tahan sekali je. Mana boleh jatuh hukum lg
Genkidesuka replied at 9-12-2019 10:25 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Masalahnya di sini, kalau sanggup ponteng Jumaat utk ber ...
HannahMontana replied at 4-12-2019 10:18 PM
bunuh orang ,hina Malaysia, hina raja-raja Melayu, sokong komunis, sokong chin peng xkena tangkap pu ...
LadyCarefree replied at 4-12-2019 07:40 PM
Betul. Xsolat adalah perkara peribadi antara satu manusia dn tuhan dia. Apa kes nk tangkap dn hukum ...
ADVERTISEMENT