CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Arwah Minta Urut Tangan Sebelum Muntah Darah" - PA Datuk Nassier Wahab Cerita Detik Akhir..

5-12-2019 10:23 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 15718| Komen: 50|Original author: Pink Lily

Kredit foto: Kanda Azizul Khamis
Penyanyi veteran, Datuk Nassier Wahab, 57, dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya. 

Berita menyedihkan itu disebarkan oleh rakan karib Allahyarham yang juga penyanyi era 80-an, Zur Eda menerusi aplikasi Whatsapp kepada rakan artis.

"Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC."

"Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin," tulisnya.

Berita Harian melaporkan Nassier sebelum ini mengalami masalah sakit di bahagian gusi sejak menjalani prosedur cabut gigi, semenjak lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Arwah seterusnya melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi, kimoterapi dan berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih. 

Menurut pembantu peribadinya, Ariff Salim, segalanya berlaku dengan pantas apabila Nassier muntah darah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Sebelum itu, arwah telah meminta Ariff untuk mengurut tangan dan belakang badannya sewaktu sedang berehat, namun menghembuskan nafas terakhir 15 minit kemudian. 

Pemergian Allahyarham secara mengejut itu disifatkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sebagai suatu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air. 


Berasal dari Pulau Pinang, Nassier Wahab memulakan karier dalam bidang seni sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an. Penyanyi Memori Cinta Luka itu juga pernah menyertai Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015 dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah. 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini di kawasan kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-12-2019 10:54 AM
takziah                                 
Quote violetungu 5-12-2019 10:59 AM
Awet muda arwah tapi tu la mati tak kira tuq muda
Quote nazzse 5-12-2019 11:02 AM
Innalillah..al fatihah
Handsome & smart betul arwah ni
Quote Rhyno 5-12-2019 11:04 AM
Al Fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.
Quote meow_tompok 5-12-2019 11:09 AM
innalilah
salam takziah
Quote pensil82 5-12-2019 11:15 AM
al-fatihah....
Quote elzy 5-12-2019 12:21 PM
..انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Salam takziah kepada keluarga arwah..
Quote Ratutulip 5-12-2019 12:48 PM
innalillahi wainnnailaihirojiun
Quote ikanmasin 5-12-2019 12:56 PM

Innalillahiwainnailaihirojiunn.
Quote aemon 5-12-2019 01:16 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote melati00 5-12-2019 02:27 PM
Innalillahiwainnailaihirojiunn semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Quote biozipstar 5-12-2019 02:39 PM
takziah.. pagi2 lagi dah dengar berita tentang dia meninggal dunia... moga Allah merahmati.
Quote boojaat 5-12-2019 02:47 PM
Salam.takziah...
Quote buapakperut 5-12-2019 02:55 PM
muka steady 30an ... al fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga
Quote Acikgomen 5-12-2019 02:58 PM
Mampos la sesapa yg mulut hansuang kata arwah main bomoh buat susuk bagai
Senang je dia hembus nafas, takde pun seksa2 nak putus nyawa
Quote fish 5-12-2019 03:26 PM
Innalillah...
maknanya masa GV tu dia dah sakit la kan
Quote sonet18 5-12-2019 03:30 PM
   
Innalillah. Takziah.Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Quote lil_honey 5-12-2019 03:50 PM
umo 57, tapi awet muda macam 30an...innalillah wainalillahirojiun...
Quote sleepandream 5-12-2019 03:51 PM
innalillah...
tatau pulak arwah sakit and buat chemo..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.559951 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top